06 January 2014

Konsert Akhir Tahun Eisya

Ok, lama tak update blog. Takde sebab yang lebih utuh selain malas. Sedangkan banyak benda nak citer. Sebab rasa ada keperluan untuk catat peristiwa ni dalam blog, aku rajinkan diri untuk menaip. Haruslah kisah anak sulung kesayangan, Eisya.

3 minggu lepas dah kejadian ni. Tapi takpelah, asalkan tak update katanya.

Setiap tahun memang taska akan buat majlis akhir tahun ni. Meraikan semua yang ada kat taska tu. Dari baby hinggalah yang dah nak meninggalkan tadika dan masuk sekolah rendah. Tahun ni Eisya ngan kawan-kawan kena buat persembahan. Cikgu dia memang dah maklumkan awal-awal yang Eisya akan ada persembahan, siap request kalau boleh jangan ponteng datang sebab nak berlatih. Macam beriya je. Tapi kebetulan minggu tu banyak kali pulak Eisya tak datang sekolah, sebab ibu dia ponteng keje. Huhuhu...

Majlis hari Sabtu. Memang liatlah aku nak bangun pagi-pagi hari Sabtu kan. Tapi demi anak, aku gigihkan diri. Tambahan pulak dah terlepas hari sukan hari tu. Kali ni aku bersungguh. Pagi-pagi aku dah gegar Ekwan. Majlis bermula jam 8.30am katanya. Kalau ikut tahun-tahun lepas memang lambatlah. Memang janji melayu sungguh. Tapi kali ni, aku saja punctualkan diri. 8.30am dah breakfast siap-siap dan tercongok kat taska. Dan tak sangka kali ni majlis mula on time. 

Sampai-sampai je cikgu terus amik Cha dan siapkan dia. Kena pakai custome harimau. Hahaha, tergelak aku tengok gelagat Cha. Dia je dia. Baik sungguh kalau dengan cikgu, dengar je cakap cikgu. Cuba kalau dengan aku ngan Ekwan, harus berkejar-kejar dengan dia nak pakaikan custome tu.

muka cuak je dia. redha je cikgu buat apa-apa kat dia. bila tanya 'cha pakai baju apa ni?' slow je jawab 'tiger' pemalu terlebih anak aku.

My Shy Little Tiger

patuh sungguh dengan arahan cikgu. suruh beratur nak mekap, diam je. budak-budak memang kan, dengan cikgu dengar kata sungguh, ngan ibu abah.. adeih, selagi tak ibu jadik tarzan selamba je dia.

Budak-budak playschool senior kena nanyi 2 lagu. Lagu 'A,E,I,O,U' dengan lagu 'Bila Gajah Menari' Memang kelakar. Budak-budak ni semua lupa step, kenalah cikgu berjoget sama tunjuk step baru derang ni bergerak, kalau tak masing-masing kaku atas pentas. Nak upload kat sini, Cha dah terdelete video tu dari handphone. Sajalah tu, sebab dia cukup malu kalau aku ngan Ekwan nanyi lagu tu semula. 

Tahun ni aku tak masukkan dia tadika lagi, still duduk dalam kelas playschool senior. Tahun depan lah baru masuk tadika. Tak pun tengah tahun ke nanti tukar. Nak bangun pagi pun liat budak tu, inikan pulak nak mandi. Hmm, tapi kena ajar jugak ni. Sebab sepatutnya sekarang pun kena mandi dulu sebelum datang, aku je yang selamba hantar dia mamai-mamai pakai baju tido lagi.

Okay, jom survey water heater. Sebab tak kuasa nak masak air pagi-pagi untuk bagi Eisya mandi. Dan marilah belajar tidur awal ye Eisya.






09 December 2013

Gula ohh Gula

Selamat pagi.

Hari ni sepatutnya aku kena ke Klinik Kesihatan Tanglin tu sekali lagi. Pregnant kali ni memang keje aku berulang-alik ke sana je. Banyak sungguh appointment nya. Semua sebab ada disahkan ada darah manis ketika pregnant kali ni. Kantoi masa MOGTT kali pertama, bulan lepas. Sikit je pun, 8.3 MMOL/L je pun. Maksimum sepatutnya 7 MMOL/L. Tapi demi kesihatan diri dan anak dalam kandungan, aku akur bila diarahkan untuk buat BSP (Blood Sugar profile) test pulak. Tapi dalam redha, nyampah gak aku nak kena berulang-alik ke klinik setiap 2 jam. Apa ingat aku takde keje lain ke.. Klinik tu pun bukanlah sebelah opis, walaupun dekat.. nak berulang-ulang.. adeihh...

Dan akhirnya aku amik keputusan untuk beli sendiri Glucometer tu dan buat je sendiri BSP tu. 

Aku beli alat ni kat farmasi kat Sogo. Sebelum gi beli tu aku siap call dulu tanya, ada tak jual Glucometer. Tanya harga siap-siap. Sebab member kata dia beli brand One Touch, dalam RM200+. Rasa macam mahal pulak. Tapi bila kira betul-betul. Memang gitulah harganya, Macam yang aku beli ni, brand GlucoDr. Harga dia memang much cheaper, tapi lancet dan test strip yang procided sekali dengan device tu sikit je. Lancet ada 10, strip ada 25pcs. Yang mahal test strip tu lah, 50pcs dalam RM80++. 

Kalau sayang duit, sediakan je lah masa berulang-alik ke klinik kesihatan berdekatan ye. Aku sayang gak duit, tapi tak rajin nak habiskan masa berulang ke klinik. Maka, pejam mata.. beli je lah alat ni.

Blood Glucose Monitoring System. Kini saya dan dia berkawan baik.

menjalankan ujian ke atas diri sendiri untuk bacaan jam 8.00 pagi, selepas menahan lapar dari tengah malam tadi. Bacaan cun, 4.5 MMOL/L 

Bacaan jam 10 pagi. Lepas je cucuk, terus carik biskut. Lapar sebab start pukul 9am dah tak leh makan. 

Bila ada diabetes time pregnant ni, rasa macam insaf sekejap. Beiya aku jaga makan. Sekarang memang minum air kosong je. Takde dah air manis-manis yang aku amik. Jimat lah gula kat rumah, sebab laki aku pun cara tak langsung takde lah gedik-gedik request air teh ke, nescafe ke malam hari.. dalam peti pun takde dah jus berkotak-kotak. Kalau tak, mesti peti ais aku tu sentiasa ada jus 2,3 kotak. 

Nak makan nasik pun berkira-kira. Nak makan banyak pun macam takut. Aku lebihkan sayur dengan lauk je. Harap-harap terkawal lah gula dalam darah aku ni. Dan secara tak langsung, terkawal lah berat badan aku. Alhamdullilah, kali ni tiada kenaikan yang mendadak. Malah menurun, macam tak percaya. Walau hanya 2 kg. Masa awal check-up (dalam 3 bulan) berat aku 77 kg. Sekarang 75 kg. Boleh ke hah? Takde lah nurse tu membebel. Tapi kalau dia bebel gak, memang aku sembur dia balik. Dah kena makan skit, memang la hilang berat badan cik weh...

Dan harap-harap, bila bersalin hilanglah diabetes ni. Tak sanggup aku nak pantang makan lama-lama weh.. banyak benda teringin nak makan, tapi semua gula tinggi.

*dan aku tak sabar nak shopping barang adik baby, sebab rasanya kalau tunggu 6-7 bulan nanti mesti aku tak larat. tapi gender adik tak tahu lagi.. tak seronok nak shopping.