15 June 2016

Puasa 2016

Bulan puasa, tapi takde lagi entry pasal kisah berpuasa. Sah mood blogging dah semakin merundum. Merundum jatuh ke tahap paling teruk. Kalau dulu, tiap hari kot ada entry. Update tayang gambar lauk buka semalam. Tiap hari susun makanan lawa-lawa atas meja, amik gambar, transfer trus masuk dalam PC. Esok pagi-pagi laju post new entry. Sekarang?? Takde masa... Hahahaha... Tapi keinginan untuk terus ber'blogging tu masih ada. Tapi tu lah, tahap kekerapan memang makin berkurang lah. Blogging not a priority anymore.

Alhamdullilah... Seminggu pertama Ramadhan berjaya dilalui dengan jaya. Eisya masih belum berpuasa. Hari pertama dia cuba jugak. Semangat dan masih tak tahu apa itu puasa sebenarnya. Beriya sebelum tidur pesan nak bangun sahur sama-sama. Tapi sudahnya tak bukak mata pun. Agaknya dia ingat sahur tu breakfast pun. Dan abah dia lupa pesan kat cikgu yang Eisya tak puasa. Sudahnya sampai muntah dia kat taska. Perut masuk angin kot. Petang aku amik lembik je badan. Muka pun lesu semacam. Balik umah, bagi milo, minum macam kebulur sungguh. Bila dirisik-risik, tanya cikgu tak bagi makan ke? Dia kata 'Cikgu tanya siapa puasa, Chacha angkat tangan.. pastu cikgu suruh duduk dalam bilik toy.. budak 4 years je cikgu bagi makan' Kesian.. Ni lah namanya buat benda tapi tak tahu apa yang dia buat. Huuhuhu.. Malam tu lepas buka, aku tanya semula esok nak puasa tak.. terus jawab 'tak naklah, nanti Chacha muntah' Offer separuh hari pun tak nak... Takpelah, next year kita cuba lagi.

Dah duduk dekat dengan opis ni. Dan berpeluang pulak balik pukul 4.30pm.. Dapat lah aku memasak setiap hari. Kalau tak masak tu memang malas je lah alasan dia. Yelah, 5.30pm dah sampai rumah. Dengan ada noxxa lagi. Takde alasan kot tak nak masak. Kecuali malas. Hehehe... Nasib Ekwan pun kadang layan je malas bini dia. Alah bukan apa. kat depan umah ni ada pasar ramadhan yang super best kot. Macam meriah je aku tengok. Nak lah jugak gi sibuk-sibuk tengok apa ada. Tapi tu lah, sekali pergi beli macam-macam, habis sampai RM50 tak mustahil.. Membazir.. Cukuplah kot sekali 2 melawat kawasan. Kenalah kurangkan rasa malas tu. 

Resipi kat Facebook pun melambak. Berlegar-legar je kat newsfeed setiap masa. Pilih je nak masak apa. Tapi selalu aku masak simple-simple je. Cuma bulan puasa ni macam rajin skit. Adalah 2 lauk. 1 sayur. Kalau tetiba roh rajin menjelma, adalah simple desert.. Banyak masa katanya. Hahaha.. Tapi selalu pukul 6pm baru ahkak masuk dapur. Golek-golek dulu atas katil rehatkan badan.

Oklah ahkak nak gi google menu nak masak petang ni. Cadangnya aglio olio je.. *ahkak malas*

-entry ahkak takde gambar-

06 June 2016

Beli kain kat mana?

Kat mana nak dapat kain design lawa-lawa, corak comel-comel? Yelah, kalau browse gambar-gambar design baju, kita ni selalu tengok design kain baju tu.. Nampak lawa, terus berkenan.. Design baju tu macamana jatuh no.2. Ke korang tak? Ke aku je perangai gitu? Tapi kalau tengok baju-baju yang omputih tu jahit dalam tutorial derang, kain semua lawa-lawa. Design simple je tapi kalau dah kain tu lawa, terus meletop tau baju tu jadiknya. 

Masalahnya, alahai susah okay nak dapatkan kain lawa-lawa, tapi harga mampu milik kat Kuala Lumpur ni. Designer Cotton sampai berpuluh ringgit semeter, Huhu.. Nak beli 2 meter pun seram sejuk je rasa. Aku ni kalau membeli kain, susah nak kawal diri. Rasa semua kain aku nak.. English Cotton pun banyak jenis. Ada yang mahal. Tapi kebanyakannya dalam range RM16.90/m. Mampulah lagi nak membeli. Design pun boleh tahan lah comel. Boleh lah buat aku tak keruan dalam kedai tu. Tengok tu nak, pegang yang ni pun nak.. Kalau browsing online pun, ramai je yang jual designer cotton ni. Boleh beli sharing lagi. Sebab kalau nak dapat murah, kena beli terus segulung kain tu. 

Antara tempat aku mencuci mata membeli kain adalah kat group-group gila kain kat Facebook tu. Makin banyak group join, makin kemaruk. Makin rambang mata. Tak tentu hala. Semua suka. Semua lawa. Sudahnya order semua. Hahaha!! Penyakit sungguh. Susah nak kawal nafsu. Dulu tengok orang asyik beli kain, rasa macam entah pape je perangai dia ni. Hah!! Amik kau bila dah terjebak sama. Duit habis beli kain je. Yang order 2 hari lepas tak sampai lagi, dah order yang lain. Hambek...

Hanya yang seangkatan je memahami semua ini.

Kedai-kedai online lak, boleh refer:

POPULAR FABRIC
Kain dia memang cun-cun. Lagi-lagi designer cotton dia. Tapi harga pun cun. Memang sekadar untuk cuci mata je lah buat aku. Tapi kalau korang memang jenis sanggup berhabis demi kain, silalah terjah.

Tapi kalau nak puas hati, nak pegang-pegang dulu kain tu. Nak rasa keras/lembut kain tu. Pergi je lah kedai terus. Kedai yang selalu aku terjah adalah Kamdar sebab tu yang paling hampir dengan aku. Tapi pilihan tak banyak sangat lah. Kain dia memang banyak, tapi yang memenuhi selera aku tu agak limited lah. Sebab tu aku prefer beli online. Kat FB dengan Instagram tu melambak-lambak group jual kain yang terwujud disebabkan kegilaan membeli kain ni,..

Dulu aku macam pandang serong je kat member-member yang hobi menjahit ni dok kemaruk beli kain. Sikit-sikit beli kain. Ada je post update kain dia sampai, siap kena sorok tak mahu bagi husband nampak... Macam 'eh korang ni, dah kenapa kemaruk sangat beli kain?' Tapi bila sendiri dah terjebak, baru aku paham perasaan diaorang, Tengok kain semua lawa. Semua nak.. Tak beli takut menyesal, maka gunalah formula 'Beli Dulu, Menyesal Kemudian' Hahaha.. Nasib lah setakat ni masih belum kena jeling ngan Ekwan sebab asyik beli kain je. Mungkin sebab kain aku menyusut kot. Kalau menimbun, beli penuhkan almari.. Mau kena bertempek-tempek..

Aku suka beli cotton. Local cotton kita sekarang pun dah cun-cun. Tapi yelah, masih tak boleh lawan design Designer Cotton. Tapi bila mengenangkan harga tu.. Bawak-bawaklah redho.

Ini antara fave cotton seller aku:-

Kewl Cotton

Lasufi Cotton

E-Cotton Galore

Ni antara 3 tempat aku selalu membeli cotton. Suka design-desgin D'Comel, Kewl Cotton ngan Lasufi Cotton. Memang mengeram je kalau derang update new stock. Dah tak memasal, setiap kali ada stok/design baru.. Mesti nak beli, Dapat semeter pun jadik lah. Tapi jangan jaranglah berjaya beli hanya semeter. Huhuhu.. Sebab dah pilih 1 kaler, mulalah pilih 2nd color. Konon yang biru ni untuk Elma, Eisya kaler merah lah... Pastu selalu kain-kain new release ni mana bleh beli 1m. Minimum 2m.. Sebab nak beli 2 kaler, belilah 4m semuany. Tu kalau 1 design, kang tetiba tak boleh kawal nafsu tengok design lain.. order lagi.. dan lagi dan lagi.. Tahu-tahu dah bermeter-meter...

Hanya mereka yang berperangai sama je akan memahami. Sila berjangkit dulu penyakit asyik nak beli kain ni.. Nanti korang paham lah...