Setiap hujung minggu di bulan Mei adalah sudah terisi dengan pelbagai program. Macam sangat padat. Macam sangat busy. Ada je aktiviti hujung minggu. Bagus memamg bagus, tak bosan duduk kat rumah. Tapi bila balik, tengok rumah macam tak berkemas. Terus serabut balik kepala, rasa nak keluar semula (:
Minggu ni, jadual kami padat dengan aktiviti melawat rumah orang, kongsi kegembiraan majlis anjuran kawan-kawan.
Hari Sabtu kami ke Presint 8, Putrajaya. Meraikan majlis ulang tahun pertama anak Mar, Qaseh Nur Azzalea yang bermata bulat itu. Dengan bantuan GPS, berjayalah kami sampai ke sana tanpa sesat. Dan lebih cemerlang, sampai awal dr yang dijangka. Syabas aku uapkan untuk diri sendiri. Kan selalu asyik lambat je. Kali ni giler awal aku sampai. Sebab dah awal, maka singgh lah jap umah Jue sementara tunggu Ana sampai. Bersosial la Cha ngan Alif.
Selamat Ulang tahun yang pertama Qaseh!!!
-aunty suka your banner-
Lebih kurang 2.30pm kami terus serbu rumah Mar. Cha yang dah macam selalu sangat gi birthday party orang, asal nampak pool yang penuh dengan belon, terus dia nak serbu. Ok, bagus. Senang keje ibu ngan abah. Letak dia kat situ dan bleh makan dengan aman. Tapi jangan harap, dia macam tak bleh lak tgk ibu dia takde depan mata. Tak tenang dia dalam pool tu, tangan pegang belon, mata melilau carik ibu.
Tgh leka main, tak heran ibu dia hilang
hah?? ibu mana?? ibu hilang!!
terus tak senang
Sebab datang awal berpeluanglah aku nak menyaksikan upacara pemotongan kek. Dan dapatlah anak aku sama-sama menyibuk tepi birthday girl.
Qaseh sedang merengek tak puas hati mama tak kasik dia pegang pisau nak potong kek sendiri. Cha pulak seronok hisap batang lollipop. sorry la, ibu mmg tak nak kasik awak makan. kang sememeh habis baju
Sementara birthday girl potong kek, inilah agenda anak aku dan boyfriends baru dia. Memang sesuka hati. Buat macam majlis sendiri.
sampai tak cukup tangan pegang lollipop. tamak sungguh
Eisya: ibu tak nak bukak kan plastik ni, cha hisap gak
memang tamak la anak aku. tapi biasalah, dia jarang jumpa benda-benda gini. sekali ada depan mata, tu yang tak cukup tangan tu
Nasi ayam Mar memang sedap la. Ikut hati nak makan buat kali ke-2 tapi malu. Hehehe, lagipun sedar diri yang dah makin mengembangkan. Maka, makan muffin 2,3 bijik sudah. Diringi pulak dengan sausage dan nugget 2,3 cucuk. Tak lupa juga buah-buahan 3,4 cucuk. Dan hasilnya sama je kalau aku amik nasi lagi sepinggan. Tak bermanfaat kan.. (:
Lama gak kami melepak kat situ. Sampai anak-anak dah meragam. Susu dah habis sebotol. Siap tumpang bilik air tukar pampers, baru lah kami reti nak balik. Bukan apa, tunggu Nurul sampai. Kang kesian lak, dia sampai smua dah balik.
budak-budak ni dah kepenatan lepas puas membuas. dan sebelum Qaseh masuk beradu. penat ok jadik birthday girl
dan ini kewajiban sebelum beransur membawa diri. terima kasih diucapkan kepada Mar dan Saiful sebab sudi jemput kami sama-sama memeriahkan majlis birthday Qaseh.
*dulu masa bujang setiap minggu sibuk gi kenduri kawin. sekarang sibuk gi birthday anak kawan lak. ok..nanti dah tua gi kenduri kawin anak kawan lak...
bestnya korang2 area lembah kelang kan? dapat jumpe2....waaa. jeles ah..
ReplyDeletesonoknya. nak dtg tapi ada wedding pula. sob sob.
ReplyDeletemeriahnya semua... tambah dgn belon2 tu. colorful.best2
ReplyDeletebestnye...igt nak join tp sambut birthday mama, jiha dn family yang lahir bulan 5 same date ngan party qaseh... huhuhu takpe lah lain kali
ReplyDeleteinshaAllah, bday kakal i akan pegi
ahaha, kan. sibuk gi birthday party pula dah ada anak ni. tak sabar nak jumpa Cha n semua sabtu ni!
ReplyDeletenak datang tapi. apekan dayooo. farid ade job. terpakse aku duduk diam2 kat umah. hehehe
ReplyDeleteko manade gemok lah. aku tengok makin tirus jek muke ha. makin tajam. makin kurus lagi ado
dayu...tq so much sbb sudi datang memeriahkan majlis...
ReplyDeleterase hepi sgt2 tgk geng2 blogger datang...
tq again tau...n sory lah klu time tu ade yang terkurang yerk...
aku jugak yg belom buat entry bufday Qaseh..huhu
ReplyDelete