14 May 2011

Sesekali

Sesekali blogger.com buat perangai.. mengelabah blogger sekelian alam. Masing-masing mengelupur bila tak boleh update blog. Tu nasib baik dia bagi 'Read Only' Agaknya kalau dia shutdown terus sementara dia upgrade tu, mesti lagi haru masing-masing. Lagi mengelabah jadiknya. Melanguk dok menunggu bila lah blog nak pulih sepenuhnya.

Hhhmm.. ke aku sorang je yang macam tu? Orang lain cool je??

Serious beb, aku memang macam tensen semacam je Jumaat lepas bila tak bleh nak sign in blog, tak boleh nak drop komen kat blog orang. Rasa macam tak tentu hala. Macam tak sempurna je perjalanan hidup.

Pastu mulalah, dah tak boleh nak create new entry. Mulalah menyelongkar entry-entry lama. Mula-mula baca kisah beranak kan Eisya. Pastu terasa nak baca balik kisah-kisah zaman bercinta. Tersengih-sengih aku depan pc membaca hasil tulisan zaman muda-muda dulu. Malu je rasa. Rasa macam nak je edit semua entry-entry tu. Tapi tak best pulak rasa. Sejarah mana boleh diubahkan. Hehehehe.. biarkan je lah. Dari bahan-bahan lama tu lah orang boleh kenal siapa Dayu dulu (:

Aku risau sungguh kalau-kalau dalam proses blogger nak naiktaraf servis dia, akan berlaku kesilapan teknikal yang secara tidak langsung menjejaskan kestabilan blog aku. Tak stabil je takpe, dibuatnya dia lenyap terus. Memang meraung 7 hari 7 malam lah aku jawabnya.

Jangan buat pasal. Aku tak sanggup kehilangan blog ni. Sayang sungguh.

Dan selamba laki aku kata 'pe lagi yang, beli domain sendiri lah' Ada terfikir. Tapi biasalah. Aku kan pengemar benda free (:

*tapi akan menimbangkan kembali perkara tersebut di atas

6 comments:

  1. klu dilit terus blog nih mcm mana lah kan..bnyk kenangan2 atau info2 yg berguna dpt kite refer kan..;)

    ReplyDelete
  2. aah btol! xsenang duduk weh walaupun sbnrnya bz sgt2 byk keje nk wat nak gak create new entri...sib bek leh bw kan...blogger down kali ni pnya la lama kn? berdebar rasa takut blog lenyap trus... bli je domain baru dayu! cadangan yg bernas... lgpun blog dayu ramai follower...sian diaorg kalu blog dayu ilang tiba2...hehe

    ReplyDelete
  3. Dayu,
    satu perkara yg ann perasan since blogger buat hal last friday is, ada entry yg telah hilang komennya. entah kemana. tapi tak apalah, biar komen yg hilang daripada entry hilang. tu baru betul nangis 7 hari 7 malam. :D

    ReplyDelete
  4. Dah besar dah cha...lama sungguh aku tak berblog....

    ReplyDelete
  5. kan?mar dah le semggu tak bukak blog...bile bace blog orang nak tggal jejak sekali tak boleh...siyes jadik tak tentu hale...

    ReplyDelete
  6. haha..serius memang gelabah la jumaat lepas. ni pun habis ilang comment2. sedey oh!

    ReplyDelete