11 May 2011

selera anak

Semenjak Eisya masuk usia setahun ni, aku dah makin kebuntuan idea. Tak tahu dah apa nak masak untuk dia bawak bekal gi school. Tiap hari bila aku keluarkan ayam, sayur tu semua aku termenung jap. Fikir apa aku nak buat ngan benda2 tu smua. Sudahnya, sup jugaklah jadik. Tak Sup Ayam, sup sayur. Makan dengan nasi *aku masak nasik lembik skit untuk Eisya* takpun ngan baby pasta.

Cikgu kat school kata dia dah makin kurang makan. Puas mengejar nak bagi dia makan.

Memang dia tu. Sekarang memang mencabar kesabaran sungguh nak suap dia makan. Lagi-lagi kalau dah bagi susu dulu, memang puas lah nak tunggu dia telan makanan tu. Dia kemam lama-lama dalam mulut, telan nya tidak. Tak pun bila kita suap dia bukak mulut, dia kemam kejap pastu dia sembur buang. Memang bersepah la rumah. Mahu tak mahu aku tambah lah skit garam bagi makanan dia berasa. Dan seboleh-bolehnya aku akan cepat-cepat masak makanan dia, bagi makan dulu sebelum dia merengek minta susu.

Di usia setahun ni, dah macam-macam budak tu telan sebenarnya. Tapi selagi boleh kawal, memang aku sekat lah.

Bila aku google-google, banyak yang kata untuk anak berusia 12-18 bulan, keperluan makanan dia adalah sama dengan keperluan seluruh isi keluarga. Dan bilangan makanan juga perlu bertambah, dari 3 kali ke 4 kali (breakfast, lunch, minum petang dan dinner)

Peergghhh.. aku bagi Cha kurang makan ke? Aku bagi 3 kali je. Tu pun kadang2 petang dia makan biskut je dalam kereta. Sebab sampai je rumah dia dah tido. Huhu, patutlah macam mengecil je badan anak aku. Sorry Cha.. Okay, ibu akan susun balik jadual pemakanan awak. Ibu buat siap-siap bagi 1 copy kat school.

Contoh makanan yang sesuai:
• Breakfast (7.30 – 8.30 pagi): Sekeping roti bakar @ cereal+susu (nestum, cornflakes)
• Lunch (11.30 – 12.30 tgh): Nasi panas+sayur yang dipotong halus+ikan salmon@ayam
• Tea (3 – 4 ptg): Fruits puree + yogurt
• Dinner (6 – 6.30 ptg) : Keledek + kentang + carrot + daun saleri yang direbus sekejap, digaul bersama dan dilenyek.

Bila tgk contoh kat atas, rasa macam aku ni main-main je bagi anak makan. Pagi dengan tengahari makan benda yang sama. Petang makan biskut je, tak pun roti. Dinner memang takde lah. Harapkan susu je lah. Tak pun suap dia sikit-sikit nasik yang kitaorg makan. Alahai sian anak aku. Buah pun jarang makan. Nasib baik sayur memang aku bagi tiap-tiap hari.

Aku kena semakin merajinkan diri. Sediakan bekalan anak setiap hari. Takpe. Aku tak kesah. Seronok ada.

*nak gi beli bekas makanan baru lah untuk Cha, isi siap2 untuk 3 meals ke school.

8 comments:

  1. Susah kan jadi emak? Tapi seronok sebab kita jaga keseluruhan tentang anak kita sendiri.

    Nashriq pulak kuat makan. Biskut Marie kena selalu bawak bekal. Dia suka menguyah. Takut jugak kalau budak kuat makan ni. Haih.

    ReplyDelete
  2. imaan pun same je mcm cha. kdg tu xmkn langsung just kunyah ntah apa-apa. dah cuba bagi dia mkn apa yg kita makan pun dia xnak juga. asik keluarkan balik. minum susu je lah.

    ReplyDelete
  3. aku pon same cam ko ha. okeh displin balik!

    ReplyDelete
  4. owhh mcm tu ek..
    err maybe na xambik berat lsg pasal jadual pemakanan ni
    sbb ape yg kite mkn dia nk mkn jugak,
    so breakfast pg sah2 la nasi minyak ke mee grg ke,
    tghari ns berlauk,
    ptg kuih2,
    lepas magrib belasah ns lg,tu je..huhu
    :|

    ReplyDelete
  5. Masalah dayu sama dengan masalah Fashya. nak masak pagi2 menung dulu nak buat apa...

    badan husna pun dah kerempeng. Adoi, susah betul nak bagi makan skang. dan suka pegang makanan sendiri.

    Pagi tadi buat macam roti sardin roll, tp inti dia letak telur burung puyuh rebus, nmpak laju je dia makan. ce try dayu untuk bfast.

    ReplyDelete
  6. adoi la qema pun main bagi je makan ammar. tak ikut jadual..kadang-kadang 5 kali kadang-kadang 3 kali, sebab ikut kerajinan..kena lebih disiplin & rajin dah pasni demi anak.

    ReplyDelete
  7. bukan main2 dayu tp bila hntr anak kt org ni blm tntu org tu ikut jadual kita walaupun kita dh bekalkan mcm2

    ReplyDelete
  8. feveret mikhail skrg nasi kosong...camno tu?kalo cmpo kuah/kicap...dia kuo kn smule...so mmg terpaksa kasi nasi kosong..kalo nk kasi dia mkn lauk...kasi kt tgn dia n dia suap sendiri...tp kena la bersyukur gak t least skrg dia nk mkn dlm qty yg byk la jugak compare ngn sebulan yg lepas...hhehehehehe

    ReplyDelete