Eisya kini adalah kemaruk nak berjalan. Dan asal nampak kasut je, dia akan amik letak kat kaki dan suruh pakaikan. Lagi-lagi bila dalam kete.
Yang paling tak boleh tahan, dia tak mahu didukung. Dia mahu berjalan. Mahu test power kaki sendiri. Kalau angkat dukung dia sebab ibu dengan abah dah tak larat nak pimpin tangan dia sambil membongkok, dia akan menjerit dan meronta-ronta minta diletak ke bawah dan mahu berjalan sendiri semula. Mahu tak mahu, akurlah kami. Layan la dia berjalan terkedek-kedek semula walau dalam kesesakan orang ramai di Alamanda.
Anak tengah bersemangat, layankan aje.
where are we going abah??
abah, jap.. jap. stop jap. ada sale tu, 70% tu diskaun, tak mahu singgah ke?
jangan lah pandang ibu tu abah, buat-buat tak nampak je.
Dan kemaruk dia bukan setakat di mall tapi asal turun je kereta dia mahu berjalan sendiri. Merasa lah abah dia bawak anak berjalan keliling kaki lima sementara isteri selesai berurusan di bank sampai anak puas hati dan mahu masuk semula ke kereta. Tapi mana budak tu reti puas, merengek-rengek dia masuk kereta.
Eisya.. Eisya.. Kamu teruja ye, tak percaya yang kamu boleh berdiri dan berjalan sendiri rupanya. Tu yang bila dah dapat sikit kemahiran tu, asyiklah kamu nak mencuba.
Secara rasminya Eisya mula melangkah sendiri tanpa perlu dipegang atau memapah adalah 2 minggu lepas ketika di rumah PakTeh. Sedang diagah-agah dan disuruh berjalan sendiri, tiba-tiba dia bangun dan melangkah 2,3 steps sebelum terduduk semula. Ramai-ramai kami tepuk tangan, dan dia pun diri semula tepuk tangan untuk diri sendiri kemudian merangkak datang semula ke kami. Begitulah kisahnya. Dan selepas tu dia semakin rajin mencuba. Dan setiap kali dia berjaya menapak sendiri, kami berikan tepukan hargai kejayaan dia.
Dan Sabtu lepas ketika bermain-main dengan opah di pagi hari, dia makin giat berjalan. Bertapak-tapak dia melangkah. Berjalan mengejar opah. Aku perhati je dari dapur. Walau terhuyung hayang, Eisya dah boleh berjalan sendiri. Jatuh kemudian bangun semula, gigih sungguh dia. Dan aku menjangkakan, 2 minggu dari sekarang dia akan lincah berjalan. Berjalan atas kaki sendiri meneroka setiap penjuru rumah. Dan siap sedialah aku main kejar-kejar dengan Eisya lepas ni, terutamanya bila nak bagi dia makan nanti.
Tapi tak mengapa, i'm ready for it sayang!!
Malah ibu tak sabar adalah.
blh dah lepas sket2 kat playland tu..lagi syok cha berjalan..*clap2*
ReplyDeletehehehe..samalah mcm mirza..tp eisya baik sikit coz mirza takmo kite pegang tangan dier tau..hahaha..nak berjalan sendiri....pastu kalau jumpa pape semua nak di pegangnya...
ReplyDeletexpe dayu..bleh kuros pasni..xyah jogging dh...kejo cha je..kekeke..
ReplyDelete*entri baru Cerita kami….
*j0m teng0k New Cuties & Clearance Sale item….
syabas eisya.. syabas..
ReplyDeletehaa.. lepas ni kurus la ibu dia.. heheheheh
yay, progress icha same mcm imaan. tp die belum kemaruk berjalan sgt. smpi one time akan merengek minta dukung jugak.
ReplyDeleteaku pon terujaaa!!
ReplyDeletefahrin belom lagi. aku tunggu fahrin reti berjalan. time tu cemanelah rasanya kan?
eiysa sangat cool lah berjalan di tepi abahnye gitu. macam sempo gile okay anak beranak jalan berpimpinan tangan :)
besnya dayu...
ReplyDeletecha dah boleh jalan....boleh main kejar2...
tak sabar mahu merasai detik yang sama juga...
xsabar nk tunggu husna dapat jalan sbb skrg xlarat nk dukung dia..nk bawak stroller ayahnya xmo..huhuhu
ReplyDeleteYeay eisya dah jalan! Congrats :)
ReplyDeletemsti sgt comey cha...:)
ReplyDeletebravo cha!!
ReplyDeletecomel je kan tengok diorang terkedek2 jalan.
bila anak membuas,harap2 kuruslah kita pasnie ;P
Lps ni dgn ibu dia pun kerja mengukur jalan je lah ye :p
ReplyDeletetahniah eisya. yay! :)
ReplyDelete