31 May 2011

we make it!!

9 tahun yang lepas kita bertemu buat pertama kalinya. Kita mengenali satu sama lain. Kita berkawan. Dan siapa sangka, ada keserasian antara kita. Dari berkawan, kita berkongsi rasa. Lalui semua bersama. Tak kira time happy atau time susah. Ingat lagi masa kita sama-sama meredah hujan, duduk berteduh bawah terowong kat lorong motorsikal tu.. Macam kelakar tp skrg pagi-pagi pergi keje bila tgk lorong motor kat Federal highway tu, tersengih je.

Sama juga bila lalu semula kat tasik belakang masjid tu.. Kenangan.. kenangan, banyak sangat kenangan kita di Shah Alam sana.

Alhamdullilah.. 2 tahun sudah kita bersama membina keluarga. Mustahil tiada pernah bersengketa. Sedangkan time bercinta, tidak meluangkan seharian masa bersama pun boleh bertegang lidah, inikan pulak bila dah kongsi segalanya bersama. Tak banyak, sedikit mesti ada kita tak sefahaman. Tapi bila dah duduk serumah, kongs bilik, kongsi kereta pergi keje. Tak bercakap sehari janggalnya jangan kata. Mana mungkin mampu nak membisu sedangkan berlaga mata setiap masa. Walau ego menebal dalam diri. Dengan sendirinya kita bersuara ajak makan. Baju nak pakai gi keje tetap tersedia.

Itulah indahnya sebuah perkahwinan. Konfrantasi berlangsung dengan sangat indah dan tempoh maksimumnya pasti tidak lebih 48 jam.

Dan semoga pelbagai keindahan akan terus tercipta dalam hubungan kita. Kita akan terus utuh bersama. Sama-sama kita berganding bahu membina keluarga bahagia. Membesar dan mendidik puteri sulung pujaan jiwa raga kita dan bakal anak-anak kita nanti. Sama-sama kita belajar dan baiki diri. Semoga kita akan terus utuh bersama.

Happy 2nd anniversary sayang!!

27 comments:

  1. happy 2nd anniversary dayu...tahniah kerana dapat mengharungi cabaran berumahtangga..moga kekal hingga ke akhirnya..amin

    ReplyDelete
  2. hepi 2nd any...semoga bahgia selalu :)

    ReplyDelete
  3. Happy 2nd Anniversary dayu..moga kekal bahagia hingga akhir hayat..

    ReplyDelete
  4. Happy anniversary kak dayu =)

    ReplyDelete
  5. hepi 2nd anniversary.kejap je kan masa tu berlalu.semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  6. hepi 2nd anibeseri Dayu... semoga berkekalan dan bahagia selalu.. :) so sweet kapel.. :)

    ReplyDelete
  7. Gambar tu buat kita rasa sayu. :))

    Happy 2nd anniversary Dayu. Semoga rumahtangga yang dibina kekal membawa ke Jannah.

    ReplyDelete
  8. Selamat Ulang Tahun ke-2 Dayu & Ekwan!

    semoga bahagia hingga ke syurga :)

    ReplyDelete
  9. happy anniversary! Semoga bahagia kekal selamanya..

    ReplyDelete
  10. auwww....entry penuh kecintaan.....happy 2nd anniversary dayu.....moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat...

    ReplyDelete
  11. terima kasij kawan sekalian
    semoga doa kalian akan terus mengiringi hubungan kami
    dan juga untuk kamu semua

    tiada lebih bermakna dari kebahagiaan ebrumahtangga

    ReplyDelete
  12. semoga semua doa2 itu dimakbulkan, na tlg amin kan aje..
    hehehe
    hepy anniversary dayu :)

    ReplyDelete
  13. Happy anniversary dayu dan ekhwan!
    Semoga kekal selama-lamanya.AMin

    ReplyDelete
  14. hihhihi mcm pantun plk bc..tp versi ayt perenggan..so sweet n comel..make sure ekwan bc ni
    btw happy anniversary dayu
    smga rumahtangga dirahmati Allah

    ReplyDelete
  15. so sweet...
    happy anniversary dayu n ekwan..
    moga berkekalan hingga ke akhir hayat..

    *entri baru Lotih-tren-rosak..

    ReplyDelete
  16. happy anniversary dayu....wan nyer anniversary bulan ni jugak....hehe....doakan semoga rumah tangga yang dibina utuh sehingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  17. epi 2nd anniversary dayu...moga bahgia hgga ke syurga

    ReplyDelete
  18. Happy 2nd Anniversary!
    Semoga bahagia ke akhir hayat..;)

    ReplyDelete
  19. Happy Anniversary Dayu! Semoga kekal dunia akhirat :)

    ReplyDelete
  20. happt anniversary dayu & ekwan...:)

    ReplyDelete
  21. terima kasih..terima kasih rakan sekalian diatas tanda ingatan dan doa kamu semua

    ReplyDelete
  22. happy 2nd anniversary, too dayu!
    :)

    ReplyDelete
  23. semoga berkekalan hingga akhirnya..;)

    ReplyDelete