23 May 2011

Pengkritik Bebas

Semalam telah berjaya memenuhi keinginan hati nak menonton movie yang amat dinantikan ramai. Nur Kasih the movie. Ikut niat asal nak tengok masa hari ke-3 tayangan tapi tiket sold out, maka dapat tengok masa hari ke-4 pun jadiklah. Nak tunggu kat Astro First macam takut takde pulak, lagipun dah tak boleh nak menahan. Kuat sangat godaan promosi dia.

Disebabkan expectation yang terlalu tinggi, keluar panggung rasa biasa-biasa je. Tengok orang lain cover-cover kesat air mata, cover mata merah tapi aku macam 'kenapa aku macam tak sedih pun?' Adalah gak babak-babak yang tersentuh hati, sayu tapi tak berjaya buat aku nak meleleh air mata. Lagipun mungkin sebab aku bukan jenis yang mudah nak mengalir kot. Tapi ye, scene Adam ngan mak dia kat dalam bilik tu memang touching. Aku bab-bab melibatkan mak ni memang kalah.

Tapi bagi aku, Nur Kasih versi drama adalah lagi baik dan seronok dilayan berbanding filem dia.

Mungkin aku terlalu membandingkan hasil-hasil karya Kabir Bhatia sebelum ni. Kali ni nampak dia macam kurang teliti. Buat filem macam nak kejar dateline. Banyak benda macam dia terlepas pandang. Dia ada jalan citer yang best, tapi takde kesinambungan yang baik. Macam terabur je antara setiap scene tu. Plot dia macam tak berapa tersusun. Banyak scene yang aku rasa tak perlu.

Ke aku yang tak faham apa perlunya scene budak bertumbuk-tumbuk kat ChowKit tu. Tak perlu kot smua tu sekadar nak mengambarkan ChowKit tu macamana.

Tapi sinematografi dia memang terbaik. Jordan digambarkan sangat indah. Scene-scene kat sawah padi kat kampung memang sangat menenangkan jiwa. Scene masa Nur ngan Adam melukis bawah pokok kat sawah padi memang sangat romantik. Rasa nak je peluk Ekwan tapi dia dah takde, dia dah bawak Cha keluar panggung sebab dia macam dah bosan pastu anak lak sibuk nak berjalan sana-sini.

macam lukisan

Dialog-dialog juga sangat berkesan. Aku paling suka masa babak Jehan ngan Nur. Walau pendek je, tapi sangat penuh makna. Sama gak masa dialog Adam ngan sorang ustaz tu. Short tapi penuh penyampaian. Dialog Mariam (MiaSara) memang sangat comel.

'ni lukisan abang ke lukisan Nur?'
'lukisan kita berdua'
' bukan... kita bertiga'

Aku tetap jatuh cinta dengan hasil Kabir yang lepas, Sepi. Pastu baru sibuk tengok Cinta. Walaubagaimanapun, Nur Kasih the movie hasil air tangan Khabir Bhatia adalah jauh lebih baik berganda-ganda dari filem-filem pakcik prof tu.

Ini pandangan peribadi aku je. Tak membantutkan hasrat korang gi menonton sudah.

4 comments:

  1. so true!!!
    pd za pon cite ni biasa2 je.
    nasibla bayo rm5 je. hikhik. takdela rugi sangat.

    ReplyDelete
  2. malam ni nak g tengok...t wan bagi pandagan plak..mana tahu berbeza

    ReplyDelete
  3. mcm tu tgk dvd je lah ye tp nak tgk kat wayang gak. hehehe :)

    ReplyDelete