10 May 2011

The best being a mom

Eisya macam nak demam. Badan tak berapa nak sehat. Badan panas je, tapi suhu masih belum 37.5. Dan masih lasak, tak reti duduk diam. Sibuk amik kasut suruh pakaikan dan ajak abah jalan kat luar rumah. Dengan cuaca Malaysia yang sedang meluap-luap ni, Eisya asyik la tergaru-garu kepala. Rimas mungkin, rambut dah makin panjang. Maka, tak berbaju lah dia sekarang ni. Berjalan kat luar pun tak pakai baju. Seksi habis (:

Tido malam pun rimas semacam je. Guling sana, guling sini. Kejap kaki atas bantal, kejap lagi atas badan ibu. Bila tak dapat gak port best, dia merengek-rengek sambil tutup mata. Kesian. Dengan ibu sekali kesian, sebab tak bleh nak tido lena. Dah la panas... Dan pagi ni, dalam perjalanan ke school, dia muntah. Muntah yang sangat banyak. Dah muntah, dia terus lena. Lega dah agaknya.

Dan sekarang aku adalah memakai baju yang telah dimuntahkan Eisya. Perrgghh!! Memang terbaik la. Dah basuh guna sabun pun macam tak nak ilang je bau dia. Asal aku lalu je, orang mesti tanya 'kena muntah anak ke dayu?' Dan sambi tersengih aku jawab 'a'ah.. lepas muntah dia berak pulak. pakej' Dan orang tu tersengih balik.

Bila dah jadik mak, pegi office berbau masam muntah pun orang masih boleh senyum kat kita. Best kan jadik mak.

7 comments:

  1. hehe indah kan..walaupon masyemmm

    ReplyDelete
  2. sebab diorg paham...hihihi...
    jadik mak, banyak eksekius...

    tido malam husna pun xlena gak skang nih.. panas betulkan?

    ReplyDelete
  3. btul ar..husna pun asik tergaru2 jer..tido malam xpernah selimut. rambut mcm lepas mandi, basah dek peluh..pg2 buta pun berpeluh..kesian

    ReplyDelete
  4. kesian Eisya. hrp cepat sihat semula.

    pengorbanan seorg ibu. semua org pon faham =)

    ReplyDelete
  5. Cha pun demam jugak ke Dayu.. ?? mmg btol2 pakej.. Alif, Dani dan Raina pun demam jgak.. :)

    ReplyDelete
  6. setakat ni blum demam lagi
    tp rasanya nak demam tu
    esok2 ke
    siap sedia je

    tapi harap2 tak
    kalau tak camne nak gi potluck ahad ni

    ReplyDelete
  7. Itu hari Nashriq merengek tido malam sampai pukul 4 pagi tak tido. Paginya, kita sampai lambat ke opis. Bagi alasan, anak meragam. Boleh terima tak?

    ReplyDelete