tertonggeng-tonggeng
Kecik-kecik comel lah tido gini gaya. Cuba dah besar panjang.
Geleng kepala ibu tengok anak ibu tido macam ni
Kami berdua (aku dan Cha) masih tido di atas katil sehingga kini. Nak bukak katil punyalah asyik bertangguh dan sampai ke sudah tak bukak-bukak.
Iye, Eisya makin lasak. Makin buas waktu tido. Malam-malam kalau tersedar dia boleh ada kat mana-mana je. Yang paling seriau kalau dia kat hujung katil dah. Bantal buat benteng semua habis dia langgar. Setakat bantal dah takde maknanya dah. Ohh, sekarang suka tido peluk bantal besar. Bantal baby size tak main lah. Tak best. Kalau dapat peluk bantal ibu bukan main sengih lagi dia.
Walaupun dia macam dah boleh nak turun katil sendiri, aku masih tetap tak percaya nak bagi dia turun sendiri. Sebab kaki dia macam tak boleh nak cecah lantai lagi. Dia turun pun selalu harapkan tarik berpaut kat cadar je. Tapi selalunya kalau takde orang pantau dia turun memang dia tak turun. Dengar je lah tangisan dia panggil orang. Puas ajar 'Cha jangan lah nangis gini, panggil lah... ibu!!! abah!! Cha bangun dah ni' Hahaha.. Ibu awak over Cha.
Sekarang tak nak makan bersuap. Nak pegang sudu sendiri. Nak ada mangkuk sendiri. Tapi ibu malas nak layan sebab ibu malas nak lap lantai. Tapi kalau tak bagi, tak nak bukak mulut pulak. Maka, ibu redha je lah kalau nasi adalah bersepah-sepah di mana sahaja. Asalkan perut anak berisi.
Dan paling ibu tak tahan sekarang adalah reaksi dan memek muka awak kalau kena marah. Kelakar lah Cha buat muka merajuk. Muka ketat je. Dah la main ikut suka je campak barang kalau kena marah. Pastu buat muka tak puas hati tengok muka ibu. Marah sangat lah tu. Hahahaha.. comel la Cha.
Boss kecik
dani pun da start suk tido pesen ni. kdg2 riso leher tergeliat ke apa
ReplyDeletebos kecik minta perhatian ni..;)
ReplyDeletekita takut x smpai..
ReplyDeletetp mmg gitu bdk nk trun..
sebenarnya dia nk blaja camana cara nk turun..
klu dia tak konfiden dia x jd turun...dia naik balik...
klu dia konfiden dia akan sikit2 turun ikut cara dia pastu kompem pndai turun...
mmg akan turun dgn kaki tegapai2 nk cecah lantai...
tp pastikan ibu ayah ada lah ye..hehee...tkut silap langkah tegolek...
gambar last nampak cam dah besar sgt2...comel lah....
ReplyDeleteCha dah makin besar lah Ibu. takmo dah bantal kecik. pandai Cha :)
ReplyDeleteAnak-anak sebaya Cha n Husna,perangai lebih kurang sama je.. HAHHA. Comelkan diorang ni. Kadang2 geram, kadang2 kelako je
ReplyDeletehehe cha nk berdikari sdiri yekk..
ReplyDeletenk suap ns sdiri, mika ibu suap lg, tp penat gak..kene melayan je dia tawaf 1 rumah main itu ini..
nk abeskan spinggan tu..huhu
kami pon sama lah tak bukak katil pon.3beranak dok melintang tido atas katil.tp si kecik kt tetengah tu xmelintang lah.mcm2 gaya dia nye posisi.tido lasak jgk. so far alhamdulilah xde jatuh katil dah.coz dia becok.bgn tido terus wat bising.so kita pon terjaga
ReplyDelete