23 May 2011

MomBloggersPlanet Cutest Baby of the Planet - May 2011

Dulu masa dikhabarkan dengan hebahan ni, selalu rasa frust sebab tak layak.

Tapi kali ni, bila email masuk maklumkan berkenaan CONTEST: Cutest Baby of the Planet telah kembali dan bermula bulan 5 ni. Aku jadik excited. Jadik teruja.

Hadiah dah la memang menarik kan. Tu yang lagi terpesona.

Tema bagi bulan Mei adalah Cutest Baby In Red!!

Terus aku selongkar folder-folder gambar Eisya yang melambak-lambak tu. Tapi baru perasan, Eisya tak banyak gambar dengan baju kaler merah. Pastu baru perasan, baju merah dia ada 2 helai je. Satu shirt, satu sweater. Hahaha.. Kesian anak aku. Aku suka je warna merah sebenarnya, tapi entah kenapa Eisya takde koleksi baju warna merah yang banyak.

Terus lepas tu, asal nak beli baju dia mata mesti terkam merah dulu. Pastu ingat balik, apa lagi kaler yang dia takde (:

Contest ini adalah hanya layak untuk disertai oleh bayi berusia sehingga 2 tahun. Kalau takde anak sendiri nak dicalonkan, selain gi produce lagi satu dan join next year nyer contest. Anda juga boleh mencalonkan anak-anak sedara anda. Dengan keizinan pentingnya. Dan tempoh untuk menyerahkan pernyertaan adalah bermula pada 15 Mei - 30 Mei 2011. Cepat!! Ada seminggu sahaja lagi. Selepas itu proses pengadilan akan dijalankan melalui sistem pengundian dia MBP Facebook page. 6 keping gambar dengan paling banyak LIKE akan disenaraikan pendekkan sebagai pemenang.

Tarikh untuk menklik button 'LIKE' adalah berlangsung selama 10 hari bermula 1 - 10 Jun 2011. Seperti biasa, anda dibenarkan untuk melancarkan kempen meraih undian.

Dan ini adalah penyertaan saya.

Nama: Eisya Elyssa Bt Mohd Ekwan
Tarikh Lahir: 20 April 2010

Tidak lupa diucapkan kepada semua penaja bagi contest ini. Hadiah 1st prize memang sungguh menggoda. Kalau dapat memang seronok (: Tapi yang lain pun menarik gak. Memang membakar semanagat. Tq ye penaja sekalian.

Photo and Print: www.photoandprint.com.my bagi 1 Photo & Photobook 20 pages bernilai RM190 untuk juara.

KedaiGambarKami: http://kedaigambarkami.blogspot.com pulak taja 1 evoucher bernilai RM40 dan cash RM40 untuk naib johan. KedaiGambarKami juga taja hadiah 3 saguhati bernilai RM20

IzzahKids: http://izzahkids.com berbesar hati memberi hadiah pakaianbayi bernilai RM 30 dan wang tunai RM30 bagi pemenang tempat ke-3.

Sape-sape ada blogshop, nak jadik penaja pun sangat-sangat dialu-alukan.


3 comments:

  1. bila amsuk bab LIKE tu yg malas tu..

    ReplyDelete
  2. good luck cha!
    awak boleh!
    hehe

    ReplyDelete
  3. wah mcm teringin nk msukkan si bujang..

    paten skrg contest LIKE ek..huhu...

    *entri baru Mangsa Tragedi 1 Syarikat

    ReplyDelete