*mood masih berbunga-bunga..menanti malam hari (:
Kalau berkenan, kalau dari awal memang dah jatuh hati, dah suka, dah minat. Silalah tetapkan pendirian. Teguh dengan pilihan hati yang awal tu. Jangan mudah goyah. Jangan buang masa, buang tenaga nak mencari-cari option yang lain sebab pasti yang pertama tadi jugak akhirnya jadik pilihan.
Tak percaya??
Korang mesti selalu berdepan dengan situasi:
1. Kat kedai kasut. Nak beli kasut baru. Masuk-masuk je kedai mata dok target satu kasut kat rak dengan label 'New Arrival' Biasalah. Item terbaru jugak yang hati berkenan. Gi belek-belek. Harga pun macam mampu milik lah. Tapi macam ngada-ngada. Macam nak tengok-tengok yang lain dulu. Tapi dalam dok membelek yang lain, hati, kepala semua dok terbayang je kasut yang tadi.
2. Sedang melilau-lilau dari sebuah kedai ke sebuah kedai di Jalan TAR. Sambil mata menerawang menikmati kecantikan shawl-shawl yang melembai-lambai ditiup angin. Dan tiba-tiba terpandang sehelai shawl yang sangat lawa, sangat comel. Hati kata nak beli, tapi macam biasa 'nanti lah dulu, nak tgk yang lain dulu'
Dan juga lain-lain situasi yang melibatkan konflik yang sama. Hati dah berkenan, kata nak tapi tak terus beli. Dengan alasan nak fikir dulu. Nak balik opis dulu, nak list down kenapa patut beli dan kenapa tak patut beli *aku buat gak kadang-kadang* Dan selalunya situasi ni berlaku bila tengah bulan. Di kala, peruntukan sedia ada adalah cukup-cukup je nak tunggu peruntukan baru tiba. Tu yang kena buat 'value management' tu. Kedengaran melampau kan..
Tapi kalau awal-awal bulan, peruntukan baru tiba. Akal macam kurang rasional sikit. Main tibai je membeli. Membeli macam lupa diri banyak lagi duit nak guna. Sedar, ingat tapi buat-buat lupa je lebih *sengih kambing*
Sometime ada gunanya jugak kalau kita buat perbandingan harga ni. Sebab adakalanya kita boleh dapat benda yang lebih kurang sama, fungsi yang sama dengan harga yang lebih berpatutan. Tapi tu lah, selalunya kita tetap jugak akan berkenan yang mula-mula kita jumpa kan. Macam dah tak nampak benda lain. Dan akan lebih frust bila kita kembali ke kedai pertama tadi, barang yang kita nak dah tiada. Dah habis. Memang rasa menyesal sungguh.
Itulah yang terjadi kat aku tengahari tempoh hari.
Aku sebenarnya dah berkenan sangat ngan kasut tu. Suka sungguh. Ikut rasa hati yang tak berapa rasional ni, nak je beli Jumaat lepas. Tapi nanti kelihatan over pulak berbelanja dalam satu hari walau hakikatnya nanti sama saje. Dengan orang yang sangat ramai, aku tangguhkan la hajat tu. Pujuk hati 'alah.. Isnin nanti datang la semula' Dan itulah yang aku lakukan. Tepat je waktu rehat *lebih awal sebenarnya* aku terus gi kedai tu. Ye, tiada orang. Lengang je. Suka. Aku pun terus ke rak kasut idaman. Pegang dan cuba sarung. Memang cantik. Memang suka. Memang kena beli kalau tak nanti mengigau malam hari.
Tapi sebab nak tengok yang lain, aku biarkan dulu. Aku membawa diri ke Sogo. Dan seperti biasa, otak tetap terbayang-bayang kasut yang tadi. Terus kembali ke sana.
Kali ni tak berlengah. Terus mintak saiz. Dan kekecewaan pun bermula 'kak, yang kaler ni takde la size 7, kaler putih ada' Huhuhu.. aku dah mula nak frust. Salesgirl tu hulurkan size 8. Aku cuba dengan harapan fit lah dengan kaki aku. Dan hati mula nak berbunga kembali. Macam sedang elok je. Aku mintak size 7 kaler putih tadi dan cuba. Ohhh, ketat. Tidak muat. Nampak nya memang kena pakai size 8 pun. Yeay!!! Memang rezeki aku!!
hari ni menyarung kasut baru
*baru tersedar macam dah lama tak beli kasut sendiri, asyik kasut Eisya je
memang pun..asyik kasut anak je..hehe..kalo terbeli pun sebab memang tido tak lena punya pasal la..tapi kalo takat minat biasa2..mesti utamakan barang anak dulu..kan dayu kan..hehe
ReplyDeletecantik la.. bahagian mana?
ReplyDeletetaste ko ngan aku same!
ReplyDeleteaku pon suke jenis wedges cenggini. sedap jalan. aku paling x minat ade tumit2. saket kaki. sebenarnye lebih kepada x reti pakai :)
aku lagi da lame x beli kasut. nak tau last bile? hahaha mase dapat sandal kawen aritu. itu lah last. takot gile kalau beli kasut, pastu duit belanje xdek. padahal aku memang gile kasut. gile bag. gile baju. gile perfume. hoi aku pompuan yang normal x? hahahaha!!
sesuai je ngn kaki dayu,
ReplyDeleteekekke
na keje pkai slipar jek :p
dah ada anak ni
ReplyDeletenak beli barang sendiri pun berkira2 kan. budget habis2an
sedangkan bukan mahal mana pun
tapi tu lah
semua peruntukan pergi ke dia
tapi kali ni nekad
kena gak beli untuk diri sendiri
cantik nya dayu...aku berkenan jugak...brand apa dayu? nak cari gak?
ReplyDeletecntik...
ReplyDeleteCANTIK! sogo kat mana tu Dayu. jumaat ni kita nak pergi la.
ReplyDeletecantik suka kasut tu mana beli dayu?
ReplyDeletehhhahahha kejadian awk nih sebijikkk ok sama persis dgn saya..lastly saiz 8 juga yg sesuai! haaisss..
ReplyDeleteadkalanya mama pun nak vouge juge kan ;)
dh lame xmerasa pakai kasut tinggi sejak preggy lg smpai skrg..dan skrg selipar getah asadi jer diusung ke pejabat..hahahaha xde etika berpakaian langsung..kwang2
ReplyDeletehahaaa..panjang nye mukadimah rembat kasut baru ek
ReplyDelete;)
hhahahaah
ReplyDeletedah semua berkenan kasut ni
ada kang smua sarung kasut sama gi gathering kan
tapi wa no hal
boria pun boria lah
ni Marie Claire kat Bata je pun
gi terjah skrg jugak sebelum kehabisan saiz
nice shoes =)
ReplyDeletehye dayu.....best jgk bace blog awak...:)
ReplyDeletebtol tu dayu..lagi2 kalo peruntukan tu dari poket sendiri.. 10 kali nk pikir.hehe
ReplyDelete