Mak ngan anak bersosial, ayahnya kenalah ikut sekali. Kalau tak sape nak tolong bukak tutup stroller, mak budak ni mana reti.
Hari Ahad lepas berkesempatan gi menyibuk kat karnival TV3, Moms and Baby Day Out kat Sri Pentas. Memang meriah. Orang ramai sungguh. Panas dah semestinya. Tapi alhamdullilah, Eisya tak meragam. Cuma dia kurang sporting sebab mengantuk.
Dan seperti biasa, aku kan perasan anak fotogenik. Tak sedar diri anak dah kurus melengking sebab kurang makan. Dah la baru baik dari cirit-birit, pun ada hati lagi nak calonkan anak pertandingan bayi comel. Alah, saje suka-suka mengisi hari minggu. Dari duduk rumah melanguk depan tv sambil lipat baju. Baju sebakul bape minit dah habis *cehhh..berlagak* pastu main-main remote tukar channel. Dari buang masa gitu, marilah kita keluar bawak anak bersosial.
Aku dah daftar online siap-siap. Kenalah efisen. Dan bila orang TV3 call hari Jumaat, aku memang berdoa banyak-banyak, harap Eisya akan pulih segera. Camne nak bergaya atas pentas kalau asyik tercirit. Alhamdullilah, dari Sabtu dia semakin pulih.
Sampai Sri Pentas dalam 12.30pm terus daftarkan Cha. Orang dah sgt ramai. Dengan panas teriknya. Nasib baik Eisya tengah heran tengok orang ramai. Pastu dapat pulak belon 2 bijik, diamlah dia duduk dalam stroller tu. Tapi mata tetap tak lepas pandang ibu. Siap daftar trus aku tolak dia masuk dalam kawasan ada aircond sementara nak tunggu contest mula kan. Ingatkan nak jalan-jalan kat booths tapi panas.
budak muka tension sebab baru tido dah kena letak dalam stroller. pastu kena pakai hat pulak. lagi monyok muka dia
Eisya masih bermuka ketat. mak dia je tersengih over
Macam-macam okay gelagat Eisya nak kena layan sementara nak tunggu contest start pukul 2. Tapi setakat main kejar-kejar ngan dia, apalah sangat kan. Dari dia nangis ngamuk layan je lah dia ke hulu hilir. Puas ibu abah suruh tido tapi jangan harap. Keliling ramai kawan, ingat boleh budak ni tutup mata.
Seronoknya ramai kawan-kawan!! Nak main. Nak main, tak nak tido.
Nak tido duduk rumah la ibu.
muka tak puas hati sebab kena angkat bawak naik atas kerusi
Sebab seronok sangat mengukur kawasan, bila kena panggil suruh berkumpul dia dah letih. Muka ngantuk, bagi susu pun minum layan je. Mata macam nak terkatup. Tapi nak buat camne, kena la jugak naik pentas beraksi. Dan saksikan la muka monyok, ketat kelat dia. Camne la juri nak terpikat.
Eisya, bye-bye Cha.. Bye-bye kat abah..
-muka monyok ngantuk-
puas pujuk suruh dia senyum tapi tetap tak berhasil
Dengan muka monyok, badan kurus melengking camne nak shortlisted. Baby-baby yang shortlisted mmg gebu-gebu, comel-comel sungguh. Aku pun geram. Kalau Eisya ter'shortlisted mesti orang confuse. Mak budak ni rasuah juri ke apa?? Hahaha..
Banyak lagi acara dia sebenarnya, sampai ke petang. Tapi sebab Eisya dah mengantuk dan mustahil dia boleh lena dalam suasana hingar-bingar begitu. Maka, dalam pukul 3 beransur pulang la kami. Cuaca pun masih panas terik. Tak tahan lah nak stay lagi kat situ. Best memang best. Memang seronok lah budak-budak. Ada banyak game, masing-masing jinjing macam-macam hadiah.
Tapi kalau dia buat dalam air-cond mesti lagi best.
Sebelum balik. Sampai ke sudah anak aku monyok. eh ada lah gambar dia tersengih.
hati gembira jumpa pokok ngan tanah nak buat main (:
dayu p kol bp? ainul p jgk.terjumpa plk.ainul p kejap je..
ReplyDeletengantuk la plak si comey nie...kalau tak mesti juri terpikat ngan senyuman eisya
ReplyDeletealahai
ReplyDeletesape la kacau mood cha hr tu,
dayu, gmbar yg last tu
patot msuk dlm contest yg dayu msuk td
cantekkkkkk...serius
tukar2
baju merah gak ni kan??
eisya makin terserlah comelnya bila pakai baju kaler pink dayu :)
ReplyDeleteseronoknye dayu..kiter rassa macam nak pergi tapi tak berkesemepatan..dengan perut tengah sarat ni..heheh tapi myabe next time zahirah dan zahrah akan merasa:)
ReplyDeletecantik baju cha. hurmm tp kalo dorang wat momy kontes konpem dayu leh shortlist punya lah ekekeke
ReplyDeletebesnyer...mar nak pegi tapi epoi keje plak....
ReplyDelete