16 May 2011

Football players is ONE!!

Minggu ke-2 bulan Mei adalah hujung minggu yang dinanti. Aktiviti sudah terancang rapi seawal bulan 4 lagi. Menunggu masa nak dilaksanakan aje. Dan alhamdullilah, aktiviti yang dirancang pada 14 Mei 2011 berjaya direalisasikan. Perancangan mahu sama-sama berkongsi rasa gembira meraikan majlis ulang tahun pertama Ariff Haikal, putera sulung pujaan hati Puan Wardah@Fie.

Jemputan di FB diterima seawal 3 minggu lepas. Aku tanpa fikir panjang, tak tanya dulu kat Ekwan, terus klik 'I'm attending' Bila dah klik akan datang, terus mark kat kalendar. Balik terus maklumkan kat Ekwan. Dia angguk je. Biasalah laki aku, setuju je dia. Selalunya kalau tak menganggu gugat rancangan dia, dia on je. Tapi Khamis lepas dia tanya semula 'yang, birthday kat Setapak tu pukul bape?' Aku pun semak balik invitation Fie kat FB tu 'start 11.30, sampai pukul 3' Dan aku bagi soalan susulan 'kenapa?' Dia pulak jawab 'orang keje Sabtu ni'

Laki aku memang gini, suka setuju dengan segala perancangan aku tanpa semak jadual keje dia. Tapi nasib baik stand by je.

Maka merasalah aku ikut dia gi keje sebab dia ada job kat JW Marriot. Tak kan nanti dia nak berulang semula ke Subang, pastu nak ke Setapak pulak. Sementara dia berurusan kat Marriot, aku dan Eisya berlegar-legar di Pavillion. Dan merasalah aku kepenatan melayan kerenah Eisya yang tak mahu didukung. Sibuk nak berjalan sendiri. Tak nak berpimpin pulak tu. Berlagak, nak jalan sendiri. Yang paling tak tahan, puas lah ibu ni memanggil tapi tetap dia mengekor orang lain. Bahaya ni, memang tak boleh terlepas pandang.

Dalam 1.30pm Ekwan datang kutip kitaorang. Tengah sedap-sedap belek baju untuk Cha, dia dah panggil suruh gi parking. Oklah tu, dah lambat lagi pun. Majlis start 11.30, 1.30 aku kat Pavillion, apa kes..

Masuk kete terus on GPS. Tapi Ekwan degil, selalu tak dengar cakap GPS, sibuk dia nak ikut Jalan Genting-Klang, sedangkan GPS suruh ikut Jalan Semarak. Sekali Jalan Genting-Klang jammed, pusing balik ikut Jalan Semarak. Degil lagi. Dah la lewat, membuang masa gitu je. Distance 5.8km je, tapi dalam 2.30pm jugak baru sampai. Nasib baik ada GPS, kalau carik sendiri, memang tak sampai kot kami ke Taman Sri Rampai tu.

Sampai-sampai tengok majlis macam dah tamat. Jenguk-jenguk tiada muka yang aku kenal. CallJue, tapi dia tak angkat. Nak tak nak, masuk je lah. Yang penting aku kenal tuan rumah. Dan dari dalam lagi Fie dah tersenyum menyambut kedatangan aku yang kelewatan ni. Malu pun ada. Tapi nak buat camne, laki keje la pulak. Bila Fie kata Jue pun belum sampai, lega rasa hati. Sedang aku ceduk-ceduk nasi, Jue pun sampai. Tak sangka Shaz ngan Raisya pun ada sekali. Wah!! Suka..suka!! Terus tak jadik makan aku. Dok sibuk nak dukung Raisya, tapi awek tu baru bangun tido, belum panas enjin lagi. Tu yang nak berpeluk je ngan mama dia.

kami yang tidak mengikut tema. mak takde jersi. anak mak pun takde.
anak mak dah serabut sebab penat dah membuas. tertonggeng-tonggeng kuar masuk pelampung. jalan sana, jalan sini. ni pun marah sebab angkat dia bergambar.

Bila dah ada anak ni, biasalah. Makan ala kadar je. Nasi tomato yang Fie sediakan memang terbaik lah. Hajat hati nak tambah, tapi sebab nak makan yang sepinggan tu pun macam seksa, aku cukuplah dengan sepinggan. Lupa pulak aku nak pass Cha kat Ekwan masa makan tu, sedangkan aku dah bagi dia makan siap-siap dulu. Dia pun macam lupa agaknya anak dara dia tu, sedap berborak ngan Amer pasal kedai tayar agknya. Macam masa nak balik, beriya aku ngan Jue ingatkan Amer tengah bagi direction nak ke Cyberjaya esok, rupanya sibuk bagi direction ke kedai tayar. Hampeh!!

Takpe..bagus gak. Bagi derang mesra alam skit. Senang lepas ni kalau nak angkut ke event-event blogger. Takde lah dia malu-malu kucing.

Disebabkan kami datang lambat, orang dah sibuk-sibuk mengemas dah. Tak dapat lah nak duduk lama-lama. Tapi sejam gak kami kat situ. Puas jugak borak. Sempat gak la anak-anak bermain-main. Time nak balik tu, Reen call kata dia baru nak gerak, mintak kami tunggu. Tapi nak buat macamana, masing2 ada plan lain. Maka terpaksalah tidak dapat nak menunggu dia.

ini adalah gambar yang mesti ada.
cerita disebalik gambar:
cerita 1: Kakal dan Raisya curik-curik main mata. ibu ngan mama sengih tanda bagi green light
cerita 2: Cha dan Alif, seperti biasa berebut belon. budak berdua ni mmg kejenya berebut je. rebut mainan, rebut lollipops..

amik peluang bergambar dengan tuan rumah dan birthday boy.
seperti biasa, mak-mak yang over anak buat muka takde perasaan.

Anyway, jutaan terima kasih kepada Fie@Wardah sebab sudi jemput kami datang meriahkan majlis birthday Ariff Haikal@Kakal. Sorrylah ye datang lambat, orang dah nak lipat meja baru kami muncul, tu pun sudi lagi melayan. Tq..tq..

*invitation bulan 6 dah masuk.. tiap minggu kita gi birthday party Cha!!

3 comments:

  1. tq sudi dtg ye Dayu & Cha. kelakar la Kakal ni pandang2 Raisya mcm tu. mak2 mmg hover k takleh dinafikan. haha..

    ReplyDelete
  2. sbb Raisya dah nak ujung2 tu jadik hyper pulak. tu yg kakal pandang je tu. kasik warning jgn ober. hhehehe

    ReplyDelete
  3. kalau duduk kl tu..
    seronok je dapat pergi jemputan sana sini..

    :)

    ReplyDelete