12 May 2011

TV3 Mom & Baby's Day Out 2011

Sedang sedap menikmati Nasi Goreng Paprik tengahari tadi di pantry sambil menonton Wanita Hari Ini kat TV3, pengacara dia ada buat hebahan umum tentang Karnival Mom and Baby's Day Out bersama TV3 pada 22 Mei 2011 ni sempena nak meraikan Hari Ibu.

Dan seperti biasa, aku yang mudah terpengaruh ini adalah tertarik dan terpikat.

Katanya ada macam-macam pertandingan. Pertandingan bakat si cilik, pakaian kreatif (2-6 tahun). Dan yang aku paling berminat adalah pertandingan bagi bayi usia 10-18 bulan. Apa lagi, pertandingan bayi comel lah. Biasalah kali pertama jadik mak, biar apa orang nak kata. Aku tetap pandang anak aku lah yang paling comel (:

Pertandingan untuk bayi berusia 10-18 bulan. Cepat Join!!

Kalau berminat, sila daftarkan anak anda sekarang sebelum 18 Mei 2011. Emailkan ke wanita@tv3.com.my

Dan aku selaku duta tak berbayar TV3, ingin mengajak dan mengalu-alukan kedatangan korang ke Sri Pentas 22 Mei ni nanti. Alah, dari boring duduk rumah. Jomlah bawak anak bersosial. Ini maklumat lanjut berkenaan.

TV3 Karnival Mom and Baby's Day Out 2011
Tarikh: 22 Mei 2011 (Ahad)
Masa: 10 pagi hingga 6 ptg
Tempat: Sri Pentas, Bandar Utama

*geng, sape berhasrat nak pegi. kasik maklum lah

6 comments:

  1. alahai...22hb sudah di sarawak kami...

    dayu wakilkan icha jelah masok pertandingan nnti

    klu menang hadiah kongsi ngn naurah yerrr....

    hihi

    ReplyDelete
  2. kita pun takdalah Dayu, pergi cuti2 ke Melaka..chaiyok Cha chaiyok masuk pertandingan tu k..hehe

    ReplyDelete
  3. ramai yg gi bercuti-cuti malaysia ye
    takpe lahh
    maybe lain kali

    a'ah la kan
    tv3 kena melebarkan sayap ke negeri2 lain la

    ReplyDelete
  4. wow weeee..nak join jugak..memang pun dayu..kita je yang yakin anak kita comel..tapi semua bb memang comel pun..hehehe

    ReplyDelete