Alhamdullilah, perkembangan Eisya adalah sangat mengalakkan. Sesuai dengan umur dia. Mungkin dari segi fizikal dia dia tidak lagi setembam dulu, tak semontel masa umur bawah 6 bulan. Kesihatan juga memuaskan. Walau duduk bercampur gaul dengan ramai orang di nursery, aku cukup syukur sebab dia jarang jugakla demam. Kalau demam pun sehari 2, sehat lah dia. Itu tak bleh nak elak la. Duduk ramai-ramai kan..
Tapi yang seronoknya bila hantar anak ke nursery ni, social skill dia sangat bagus. Dia pandai bermain, pandai bawak diri. Tak berapa takut dengan orang tapi menyombong tak mahu dengan orang tu tetap ada. Biasalah anak manja.
Dan bila kawan-kawan ramai, dia tak kesah kalau aku biarkan dia sendiri. Sape yang join gathering kat Cyberjaya tu, nampaklah camne aku boleh makan dengan rileks nya dan Ekwan boleh borak sesuka hati sementara anak aku berborak entah apa kat dalam pool tu. Tapi tu bila dia jumpa kawan, kalau kat rumah jangan harap. Ibu abah kena ada depan mata dia sentiasa, takde dia teriak.
bertegur sapa dengan Imaan
masa birthday Qaseh
ni nak ajak borak ke nak ajak gaduh ni Cha?
Sometime aku rasa ada bagusnya hantar anak ke nursery. Tang masalah kesihatan tu memang betul-betul disadvantage lah. Tapi tang social development ni. Ada bagusnya. Aktiviti semua tersusun. Ada 2,3 orang babysitter even ramai-ramai kan. Takde la, derang akan ditinggal sendirian. Perhati tak perhati tu adatlah. Bukan jaga anak kita sorang kan. Dulu aku memang tercari-cari babysitter kat kawasan rumah tu. Tapi bila ada orang tinggalkan iklan dalam peti surat 'Anda perlukan babysitter' Dan orang itu berada di satu blok apartment, kami tetap berkira-kira sama ada nak survey tengok ke tidak. Hati kini lebih kepada nursery.
Di usia 13 bulan, Eisya semakin bijak *okay, aku puji anak sendiri* Semakin pandai mendengar arahan. Dah pandai nak kenakan ibu ngan abah. Sekarang kalau ajak dia mandi, dia akan bangun gi depan pintu bilik air dan tunjuk paip. Kalau tanya 'Eisya berak ke?' Sambil sengih-sengih dia pegang bontot tunjuk bilik air, tapi bila check takde pun. Agaknya dah sebati, berak, mandi kena masuk bilik air.
Yang tak menahan sekarang dah pandai kedekut dengan ibu abah. Dah pandai main-main kan ibu. Dulu kalau dia pegang apa-apa, mintak mesti dia bagi. Sekarang beriya, hulur-hulur tangan sambil 'nah.. nah' Tapi bila ibu hulur tangan nak amik, tersengih-sengih dia tarik balik. Pastu hulur balik. Dan aku sebagai mak, layan je lah anak bergurau senda. Yang ibu geramnya, ngan abah elok je lah. 2 kali mintak dapat lah. Ngan ibu sampai ke sudah dia tak bagi. Geram.
Dan yang paling comel bila tanya 'abah mana cha?? abah mana?' Time abah dia takde kat rumah lah. Dia akan terus tengok pintu. Bangun gi kat pintu, pasti pandang ibu dengan muka blur sebab abah takde kat pintu. Sebab selalu bila Ekwan balik, abah dia akan amik dan dukung dia depan pintu. Alah kesian anak aku.
*setiap progress adalah meneruja dan mengagumkan
budak cerdik! aku suke cha! cha ajarlah payin jalan. heeee
ReplyDeletedayu bab tanye abah kat mane tu same cam qaseh...ase cam alahai comel n bijak asenyer...mar pon ble tanye kat qaseh'papa mane qaseh'trus die ngk pintu pastu tunjuk2 pintu...mase ase...alahai...heheh...comel kan dayu ble dorang mkin memesar makin panjang akalnyer...indah sungguh sume ni kan...
ReplyDeletemya pulak kalo tanya papa mana? konpem pegi jengah atas katil dlm bilik.nmpk sgt lah papa dia tu kuat tido kan keh keh keh. btw mya lebih suka berkawan dgn bdk besar.sbb environment dia xde rakan sebaya kan
ReplyDeleteok xpe, ank 1st na surrender
ReplyDeletedah besor bru nk antor nursery
dia dah manje ngade2 xmo ngn org luar sbb dh kenal org
but, tggu ank yg ke 2 nanti
kecik2 lg nk set nk antar nursery la..hahaha
nanti kawan ngan kysha gak ek :)
ReplyDeletetp kysha nie ngan budak2 sebaya tak berapa sangat.suka kawan ngan budak2 besar
bestkan tgk perkembangan anak...:)
ReplyDelete*entri baru Taklimat Harta Sepencarian..
hihi..kite pon suke Naurah ddk nursery except bab flu & sakit etc.
ReplyDeletemmg lain kan dayu bdk ddk nursery dgn bbsitter/family nih. mmg diorang pandai bawak diri. senang sket keje kite =p
nnti klu mil da pencen pon, still xnk dia jaga. biar la ddk nursery aje. bg dia berdikari =D