25 May 2011

Kejayaan

Aku rasa 2,3 hari ni semua kusyuk je mengadap skrin komputer. Tangan tu kat mouse je. Klik sana, klik sini. Masing-masing nak rebut peluang. Tak mahu terlepas promosi AirAsia yang super gempak ni. Tiket RM 0.10 je. Sape tak mahu.

Now Everyone Can Fly!!
No Fuel Surcharge. Kalau takde Airport taxes lagi bagus. Dan aku rasa lagi ramai yang berduyun-duyun berebut nak beli tiket.

Biarpun masa nak terbang tu lama lagi. Tahun depan, tapi masing-masing sangat confident je menempah. Peduli. Yang penting grab je dulu. Jangan sampai ralat.

Bulan Ogos tahun lepas pun aku buat benda yang sama. Tahu je ada promosi AirAsia terus menghadap komputer. Tapi tahun lepas macam teragak-agak sikit, dah dapat yang tiket RM1, boleh pulak nak pikir-pikir dulu. Tak sedar yang orang lain berlumba-lumba nak tiket RM1 tu. Sudahnya dapat lah tiket RM10. Jadiklah. Tapi sebab akan travel bersama Eisya yang masih di dalam kategori Infant, orang lain total RM64 je, aku RM 220. Tiket ibu abah RM10 je sehala, Eisya RM50. Tapi takpe, tinggalkan dia sama sekali mustahil.

Dan kali, tepat pukul 12 tengahari aku dah masuk website AirAsia. Memang jammed. Asyik la kena masuk waiting room tu. Kalau dapat proceed pun, asyiklah Error. Nak berebut dalam talian ni memang perlukan kesabaran yang tinggi.

Sampai ke malam aku cuba. Bila malam dia macam free skit. Ramai yang dah mengalah kot. Tak pun ramai yang dah berjaya. Tapi usaha aku tetap belum berhasil Dan yang paling tension bila semua dah siap. Tinggal nak bayar je. Tapi boleh pulak dengan Maybank2u sekali hang. Punyalah lama nak dapat TAC, sampai expired session aku kat AirAsia. Dan sudahnya aku kecewa dan fed up. Terus tutup laptop masuk bilik tido.

Esoknya masuk je opis terus ngadap website AirAsia lagi. Memang gigih sungguh aku rasa. Tapi tetap gagal. Dan makin kecewa sebab tiket RM 0.10 semakin habis. Nak travel time wiken memang jangan harap la. Nak tak nak kena pilih weekdays. Dan tempat-tempat yang hot memang macam jangan mimpi lah nak dapat. Aku beriya nak Krabi. Semalam merasalah jugak pergi RM 0.10, balik RM10. Tapi hari ke-2, smua tiket rege RM100++ Mahu tak mahu, lupakan je lah. Takde rezeki. Cuba-cuba destinasi lain, pun macam takde peluang.

Terus macam frust. Terus merajuk. Tak nak dah bukak wesite AirAsia lagi

Tapi aku kan macam tak reti nak menyerah kalah lagi. Lepas lunch macam nak cuba lagi. Dan tak sangka, kali ni macam senang lak. Tak kena antar ke waiting room. Takde error. Smooth je step dia. Dan yang palin seronok, dapat pulak tiket pergi balik RM 0.10. Suka occay!! Sangat gembira. Tersengih-sengih aku depan PC time tu. Bila sampai step nak bayar pun, senang je. Dan yes!! Berjaya!!

Confirmed!!!

Tiket RM1 je pergi balik untuk 5 orang, tapi taxes sampai RM500
tiket rege seposen, tapi akhirnya sorang RM 135 (2 hala). bolehlah, cuba kalau tiket je dah RM100++, berapa sorang?? memang tak mampu. ni yang berebut tiket seposen ni

Paling aku tak bleh blah bila mintak refund dari Ekwan, ayat dia memang tak menahan 'kata tiket seposen, apsal sampai seratus lebih??' Eleh saje lah tu. Apa ingat airport tu macam bus stop tepi jalan ke?? Sape nak bayar maintainance toilet yang awak guna sementara nak depart tu? Aircond tu semua sape nak bayar? Dah kita guna airport tu kan, kita la bayar. Tak suka tapi nak buat camne.

Insuran memang aku amik. Tak kira la gi mana pun, dekat ke jauh ke akan tetap amik. Beringat sebelum jadik apa-apa, tak mahu ralat di kemudian hari. Lagi-lagi bila travel dengan Eisya. Insurans adalah sangat diberi keutamaan. Luggage saje je amik. Mana lah tahu ter'shopping lebih nanti. Dari kena caj double, amik je lah siap-siap.

Walaupun nak pergi lambat lagi. Setahun lagi. Tapi teruja tetap teruja okay. Siap dah google segala. Over.

*tiket yang beli tahun lepas pun tak pergi lagi.

9 comments:

  1. wah!!!ni yg mau jeles banyak2 nih. bestnye. tibe2 rs nak keje opis pulak. boleh apply cuti weekdays. kalau pegi time cuti sek memang takdelah tiket murah :(

    ReplyDelete
  2. Jelesnye. Kire xreti nk brsesak2 kt sane, tp nakkkkkkkk

    ReplyDelete
  3. Dayu,
    Ann pun nak pergi Karbi. tapi x dapat. hari tu pun konon merajuk tak nak masuk airasia lg, tp masa tido pun bole teringat2 so mmg wajib lah cari smpai dapat.

    x dpt luar mesia, dlm pun jadiklah. haha.

    tapi ann x pernah lg ambil insuranc. sebab fikir kami semua dah ada insurance sendiri. ke personal insurance tak cover utk plane accident?.

    ReplyDelete
  4. wahhh..sy pon dah book tiket, pegi jakarta..jammed gila kan, msuk waiting room je..siap mencarut2 lg bile nk byr, mybank2u hang...last2 pas 6 jam dpt gak..rm200 return for 3 persons...hehe...slmt travel yeee :)

    ReplyDelete
  5. hahha mmg gigih..
    yana 3 kali try tros malas dh..ade pun tiket yg seposen tu g hari ni balik esok..huhu yg tu mengabihkan boreh je..
    last2 pasrah aje la..ade la rezeki kot lain pulak

    ReplyDelete
  6. tak pasti pulak life insurance biasa cover tak untuk air crash
    tu yang amik jugak tu even masing2 dah ada insurans
    tu kena refer balik ke agent tu

    jadik lah RM 135 untuk return tiket ke phuket. mana nak dptkan kalau tak ada AA promo gini

    tapi rm200 return air ticket ke jakrta untuk 3 org sgt best ok..
    mesti airport tax jakarta murah tak macam phuket nyer

    ReplyDelete
  7. hoyeh...taun depan byk org g bejalan kn..mar pon taun depan book tiket g bandung...heheh...tapi bulan 6...lagi setaun kan...lambat lak asenyer...oleh itu dari skang leh kumpul duit .nnt leh shopping puas2

    ReplyDelete
  8. memang geram tgk tiket murah tu. tp nk dpt kan TAC no yang leceh. end up, malas nak book.

    ReplyDelete
  9. tahun dpn kami mcm xberjln je. plan nak pi korealah konon tp xde ticket 10sen. paling murah pun 3 angka so pendam jelah dulu.

    attractions phuket dgn krabi sama je cuma phuket tu mcm penang, krabi pulak kat mainland. dr phuket nak ke phi phi and pulau lain jauh sikit dr krabi so kalau dr phuket mmg mahal sikit. dari krabi dekat so murah.

    selamat bercuti!

    ReplyDelete