24 May 2011

ke mana sahaja

Dulu masa aku masih belum menatap Eisya di depan mata, ketika dia masih hanya menumpang hidup dalam rahim. Aku dengan yakin, penuh kepastian keluarkan kenyataan 'nanti lepas pantang nak gi jalan-jalan lah. nak gi pulau. nak snorkelling. dah lama tak pegi laut' Pastu bila biras aku tanya 'baby camne?? tak kan nak bawak kecik-kecik gi pulau, naik bot semua' Dan tanpa pikir apa-apa aku jawab 'alah, tinggal la dia kejap kat tok dia ke opah dia ke' Jawab tanpa rasa apa-apa dan sangat yakin.

Bila orang kata 'kesian baby awak, dia dalam perut lagi awak dah ada niat nak tinggalkan dia. awak gi bersuka ria'

Kemudian jawab pulak 'alah.. bagi peluang kat mak ayah dia nak honeymoon sekali lagi'

Serius. Dulu masa keluarkan kenyataan ni takde langsung perasaan 'eeh, tak patutnya' Rasa macam perkara biasa nak tinggalkan anak kat mak ayah sementara aku pergi bersuka ria. Aku assume mesti tok nenek anak aku akan lebih gembira kalau aku tinggalkan anak aku kat derang. Bagi derang jaga anak aku 2,3 hari sementara aku ngan Ekwan gi bersuka ria. Tak langsung rasa bersalah. Tak langsung rasa menyusahkan mak ayah.

Tapi bila Eisya dah depan mata. Dah bersama, berdua dengan dia sepanjang tempoh masa berpantang. Menyusukan dia. 24 jam sehari masa habis dengan dia je. Bangun tido nampak dia. Nak tido cium dia bertalu-talu. Pada masa tu, aku yakin dengan sepastinya. Aku tak kan mampu nak berenggang dengan dia. Dan aku sentiasa cuba bersedia untuk kembali bekerja.

Hari pertama keje selepas 2 bulan bercuti adalah penuh emosi. Kawal sehabis baik. Hakikatnya tangan dok belek hp hadap gambar anak.

Dan kini bila dah setahun dia hadir dalam hidup kami. Membesarkan dia, menghadap dia setiap hari. Mengurus segala keperluan hidup dia. Aku makin pasti, aku tak kan mampu nak berpisah dengan dia. Kalau setiap pagi hantar ke nursery pun macam sayu. Bila dia peluk bahu kuat-kuat tak nak ikut cikgu dia pun aku dah rasa macam nak angkut je dia gi opis. Macamana nanti aku nak tinggalkan dia sambil aku heret beg gi airport??

Dengan dia yang dah semakin faham bila ibu abah nak gi berjalan, tengok orang pakai lawa-lawa sikit pun dia dah sibuk kepit kaki mintak dukung, takut kena tinggal. Tak kan aku sampai hati nak tinggalkan dia.

Selagi tak memudaratkan dia, selagi boleh, aku akan bawak ke mana dia ke mana sahaja kitaorang pergi. Tak kan tinggalkan dia. Lagipun nanti dia dah besar dia tengok gambar, dia tengok dia takde, pastu dia tanya 'ibu, ni ibu gi mana?? nape Cha takde?" Tak terkulat-kulat nak menjawab. Apa nak kelentong? Selamba nak jawab 'ibu ngan abah nak berseronok berdua, tu tinggalkan awak. kalau awak ada leceh' Merasalah anak kecik hati sebulan. Kalau sanggup. Aku tak sanggup.

Lagipun aku rasa, kalau dia takde sama. Mahu tak keruan aku nak bergembira. Tak gembira langsung jadiknya. Dok teringat anak je. Snorkelling tgk ikan pun nampak muka anak (:

Sesetengah orang berpendapat, sometimes pasangan suami isteri tu perlukan masa berdua sahaja tanpa anak-anak. Tapi bagi aku banyak lagi masa lain yang kita boleh manfaatkan berdua. Even kalau gi bercuti pun, ada lagi masa nak berdua. Time anak tido, duduk la berdua kat luar tu makan aiskrim tengok laut. Kena pandai-pandailah curik masa. Dan aku rasa, orang laki pun belum tentu sanggup nak tinggalkan anak dia, dia gi seronok-seronok. Sedangkan nak tinggalkan anak kat kampung pun tak sanggup, mintak mak yang dtg sini tolong jaga. Inikan pulak nak bagi mak jaga, diri sendiri gi seronok-seronok.

Tapi tetap terpulang kepada cara masing-masing. Keluarga masing-masing kan. Lain orang, lain pendapatnya. Lain caranya.

Bagi aku, selagi kesihatan dia mengizinkan. Tak memudaratkan, selagi tu anak-anak aku akan turut serta ke mana sahaja aku pergi. Kalau nanti dah beranak 2,3 orang, masing-masing dah mula melasak, tak reti duduk diam. Tak larat dah aku nak kawal. Sama ada there will be no more vacation, tak pun aku akan angkut pakcik/makcik dia sekali tolong jaga anak-anak sedara buas diaorang. There will always an option.

*seingat aku, mak ayah aku tak pernah tinggalkan aku adik beradik masa kecik-kecik dulu.

15 comments:

  1. btol la dayu..mak bapak pja pn x penah tinggal kitorg adek badek..smpai skrg muke bapak pja banga gle kalo dia dpt usung anak menantu sume p kenduri..wahahahahah...

    ReplyDelete
  2. dayu.. akak pn x sanggup deh..
    sbb tu.. kalu nk gi bercuti.. akak angkut dgn bibik sekali..
    amik dua bilik...
    dorang nak buat kapal pecah ke apa ker dalam bilik.. lantak...
    akak dgn hubby enjoy kuar berdua.. hahahaha

    ReplyDelete
  3. betul tu dayu..wan pun gitu...cuma kadang2 tu ada tinggalkan jugak kalau nak g dating ngan papa der..tapi balik mesti belikan hadiah kat dia.....

    ReplyDelete
  4. Setuju! Sama pendapat and perasaan!

    ReplyDelete
  5. hafiz pun mmg x suka tinggal kan anak dia. mana2 pegi, kena heret anak dia sekali.

    ReplyDelete
  6. itulah naluri seorang ibu. normal la tu

    ReplyDelete
  7. btol dayu..memula ckp tu mcm eksyen je bunyi nye sanggup je tinggal kejap tp bile tiba hari sebaliknye ok :)

    so far memang x sanggup nk tgal budak tecik tu

    ReplyDelete
  8. haah betui tu dayu...ase cam tak sanggu je kan nak bejauhan nagn anak...sedangkan g kusus yang ekat2 pon dok teringat . ni plak nak g besuke rie n tggal kan anak...mar tak sanggup...hehhe

    ReplyDelete
  9. betullah dayu. Ayat paling best:
    Snorkelling tgk ikan pun nampak muka anak. Hihi. macam kelakar plak rase ayat tu.

    Sebab tu g mane2 angkut je anak. g outstation pun angkut anak. Malam takboleh xde dia. sedih.

    ReplyDelete
  10. walaupn ke mana rs nak bawa aqil..maka segala aktiviti yg leh meninggalkan anak2 akan ku tolak selagi boleh..hehe..

    ReplyDelete
  11. masa aku pregnant pun fikir mcm ada masa nak pi honeymeoon tinggal anak. bila anak keluar mmg tak smpi hati.

    now imaan dah setahun aku mcm terfikir nak tinggalkan dia jugak psl kononnya dia dh besar tp bile fikir balik mmg kesian. confirm teringat2.

    tp xmustahil aku akan tinggalkan dia jugak and pi bercuti ber2 kalau ada org yg sanggup jagakan imaan nanti. hati senang ke tak itu belakang kira psl as mother kdg kita terlalu pikirkan anak smpi lupa jg hati suami, mcm kita cuba jaga anak kita.

    suami aku mmg dah lama nak pi cuti berdua psl so far kami pi bercuti bila bwk anak mmg kena mengadap anak je.

    ReplyDelete
  12. betul lah..ms preggy trniat cmtu tp bila da dpn mata rs x sggp plak nk tggl lm2..

    ReplyDelete
  13. betul kan...rasa bersalah bila kita enjoy2 tanpa anak di sisi

    ReplyDelete
  14. Ituhari waktu rehat ajak Wahid gi makan KFC. Pastu dia diam lama nak fikir. Tanya dia kenapa? Dia jawab;

    "Tak sampai hatilah nak makan sedap anak takde".

    Halamak, aku pulak yang macam kejam. Kekekekeke.

    ReplyDelete