Tapi itu bukan bermakna aku tak sayang mak aku. Tak ingat kat dia. Tidak sama sekali.
Cuma aku tak pernah dibiasakan dengan semua tu. Seingat aku, sejak kecil lagi kami tak pernah diajar meraikan hari ibu. Agaknya adalah kot cikgu kat sekolah dulu suruh buatkan kad ucapan dedikasi khas untuk mak-mak sempena hari ibu. Tapi itu je lah. Lepas bagi, ucap selamat hari ibu. Peluk cium sikit, sudah. Takde majlis apa-apa dianjurkan untuk mak aku. Mungkin kena tanya ayah aku lah, nak harapkan kami anak-anak yang anjur. Macam tak mungkinlah dulu. Tapi aku tak salahkan ayah, mungkin dia pun tak rasa perlunya majlis sebegitu bagi menghargai jasa dan segala keringat mak yang dah memebesar dan menjaga anak-anak dia.
Takde majlis meraikan tak semestinya anda tidak dihargai, tidak bermakna.
Tapi bila aku dah pegang status 'ibu' ni, dah ada anak sendiri. Bila aku ingatkan kembali, aku rasa kesian kat mak aku. Macam tak hargai pulak segala pengorbanan dan jasa dia. Biarpun aku tahu dia tak kesah, tak ada rasa terkilan di hati. Tapi pastikah aku yang dia kesah? Tak terkilan dengan anak-anak dia?
Ya Allah, rasa sekarang juga aku nak balik Johor nak peluk cium dia puas-puas. Nak bawak dia gi mana-mana je dia nak. Nak gembirkan dia.
Biarpun aku tahu itu semua tak kan cukup dan memadai nak membalas jasa dan segala susah payah dia membesarkan aku. Penuhi segala keperluan aku. Tapi aku rasa cukuplah nak mempuaskan hati aku sebagai seorang anak. Aku tahu aku bukanlah anak yang baik. Dari dulu selalu je susahkan mak. Degil, tak dengar kata. Selalu rasa aku sentiasa betul. Selalu nak orang setuju dengan segala keputusan aku. Tapi mak tetap berikan yang terbaik untuk aku. Ya Allah bertuahnya aku masih memiliki mak. Masih ada tempat aku nak mengadu nasib.
Aku tahu, aku memang bukan anak yang baik. Sering abaikan tanggungjawab aku. Sering aku lupa nak jaga perasaan mak. Lama tak balik jenguk dia, call pun tak selalu. Dah lah aku ni satu-satunya anak perempuan dia. Tapi bila aku tersedar, bila aku hubungi mak. Dia tetap seperti biasa. Tak simpan sikit pun rasa marah kat anak. Tapi aku tahu, mesti dia ralat sebenarnya. Mak pandai simpan, tak nak anak-anak pulak yang terasa hati dengan dia. Tapi mesti dia banyak je makan hati ngan perangai anak-anak kan.
Esok pagi-pagi aku nak call mak, nak wish selamat hari ibu kat dia. Nak call malam ni mesti dia dah tido. Seronoknya lah kalau JB-KL tu tak terpisah 329km jauhnya, kalau tak mesti aku dah start kereta terus balik umah. Boleh peluk mak malam ni jugak.
Aku rindu kat mak aku.
No comments:
Post a Comment