30 May 2011

Kisah kegagalan

Semalam aku merajinkan diri mencuba bakat nak membakar kek. Maka, try la buat Kek Karamel menurut resipi yang dikongsi oleh NaNo. Tengok gaya dia citer macam sangat senang je. Pastu bahan pun macam simple dan murah. Kalau percubaan gagal, tak lah ralat sangat kan. Aku punya semangat, bangun-bangun pagi terus masak untuk tengahari. Sebab aku dah tak sabar nak membakar.

Bagi Eisya makan siap-siap dan aku pun mulalah beroperasi kat dapur. Dan seperti biasa, anak dara aku ringan tulang nak membantu. Bagi la dia mangkuk plastik sebijik ngan senduk satu, duduk la dia situ sambil mulut bising borak entah apa. Ibu kat dapur jangan harap dia nak duduk depan, puas lah abah dia panggil ajak main ke apa.. Nak jugak teman ibu kat dapur. Baik sangat la tu kononnya..

Sebenarnya aku dah risau dah. Kemungkinan untuk projek gagal adalah tinggi ni. Aduan tak menjadi seperti mana yang sepatutnya. Tapi aku gamble je. Teruskan juga. Buat-buat yakin. Isi dalam loyang, masuk dalam oven dan berdoa 'mintak-mintak boleh la makan kek aku ni' Hahahaha.. giler desperate. Sementara nak tunggu dia masak tu, aku tinjau-tinjau la gak isi oven tu. Bau sedap dah.. rupa entah camne. Best je satu rumah bau vanilla..

Anak ngan bapak dah tertido dah. Maka, sementara tunggu kek masak. Rajinlah aku mop lantai segalakan. Dan tengah sedap lipat baju, timer oven pun berbunyi. Dengan penuh debaran aku serbu oven.

Hhhmmm... rupa macam okay. Keluarkan, sejukkan kejap. Dan aku terus frust bila time nak masukkan dalam fridge, aku tgk kek aku dah mendap. Confirm bantat kek aku!! Kecewa okay!! Frust je. Tapi tak mahu berputus asa, aku masukkan la jugak dalam fridge. Ptg nanti tgk camne, boleh makan ke tidak.. Ke tong sampah jawabnya. Bila bangun Ekwan layan Cha borak 'mana kek ibu Cha?? ibu tak hidang pun. ni mesti tak jadik, kalau tak mesti ibu dah sibuk suruh makan kan Cha' Chaiittt!!! Tak bermanfaat!!

Tapi boleh lah nak makan. Masuk tekak sendiri boleh la. Nak hidang kat orang, sila lah jangan. Buat malu je.

*frust aku, terus google camne nak buat meringue
* next time nak cuba lagi. kalau failed jugak.. bawak-bawak la sedar diri tak berbakat membakar
* kek tak jadik tak kan nak tayang kan.. maka no picture (:

6 comments:

  1. cuba lagi. jangan putus asaa.....

    ReplyDelete
  2. dayu, merinque tu mcm na ckp tu la,
    na dlu ms buat cheese kek, xmnjadi gak merinque,
    utk kek ni bru mnjadi,
    silapnye dlu sbb start pukul dgn volume yg slow ke laju,
    sbenarnye start pkul trus gune speed yg plg max, dlm 5miniit dh siap..
    hehe xpe2 cube lg..

    ReplyDelete
  3. x jd tuh la pembakar semangat...
    cuba lagi :)

    *entri baru Manjaku sale..

    ReplyDelete
  4. Dayu,
    satu pantang meringue, even ada telur kuning sikit pun dia takkan jadi. so, sila cuba lagi sampai jadi ya. :)

    ReplyDelete
  5. oohhhh
    ye ke ann, sikit pun tak bleh ada kuning telur eh
    patut la tak jadik
    mmg ada sikit kuning telur tercampur
    damn!!! terus failed karamel kek ku

    okay
    akan cuba lagi dan pastikn menjadi

    ReplyDelete