09 May 2011

Fasa Kehidupan Terindah

Pagi Ahad aku berangan, bangun pagi-pagi celik biji mata akan dapat meyaksikan Eisya duduk kat depan aku sambil tersengih dan akan berkata 'ibu, happy mother's day!!' Dan terus menghadiahkan aku kucupan secara bertalu-talu sambil tersengih-sengih.

Itu impian aku sempena hari ibu.

Tapi kedengaran mustahil. Iye memang tak mungkin. Berharap yang bukan-bukan, mana nak dapat. Anak baru setahun 2 minggu, berangan nak anak wish selamat hari ibu. Tak berpijak di bumi yang nyata sungguh. Tapi walau tiada ucapan hari ibu, pagi ahad aku tetap Eisya ceriakan. Dia bangun jam 7.45 pagi, mungkin lebih awal, cuma aku je yang lewat sedar. Bila aku sedar, dia kat hujung kaki aku tengah sibuk nak turun katil nak selongkar bakul baju dia tak pun nak gi keluarkan pampers dari plastic bag *ini aktiviti favorite masa kini*

Terus panggil dan wish good morning kat dia. Tersengih-sengih anak aku, terus datang kat ibu landing kat celah ketiak ibu. Owwhhhh!!! Sweetnya rasa.

Dan seperti biasa,bergolek-golek la kami 2 beranak atas katil. Gelak-gelak, geletek-geletek. Gigi atas Eisya dah nak tumbuh. Comel je bila dia tersengih-sengih tu. Dah puas buang masa atas katil, kami 2 beranak gi kacau abah yang tengah syiok lagi memeluk bantal. Tanpa perlu aku suruh, sepeti biasa terus Eisya tepuk-tepuk muka abah da suruh bangun. Takde respon, dia tarik rambut pulak. Tapi abah dia boleh je terkebil-kebil bijik mata, kiss anak pastu sambung tido balik. Tapi itu pun anak dah puas hati, terus terkedek-kedek carik ibu kat dapur pulak.

Aku tak mengharapkan apa-apa hadiah istimewa sempena hari ibu ni. Ada aku terima, takde pun wa no hal. Tak terasa hati. Sebab tanpa sebarang sambutan, tanpa sebarang majlis pun aku tetap akan sentiasa berusaha memberi yang terbaik untuk anak-anak aku. Aku akan tetap pegang jawatan sebagai ibu tu dengan penuh dedikasi. Tak ngelat-ngelat, biar badan penat macamana sekali pun, mustahil tanggungjawab yang satu tu akan diabaikan. Tapi Hari Ibu tahun ni bagi aku memang terbaik. Eisya beri hadiah paling best. Tak dapat dengar dia wish hari ibu dari mulut dia sendiri *ok, yang ni aku tunggu lagi 2 tahun lah* Dapat tengok dia berjalan mengikut aku ke dapur adalah cukup menggembirakan.

Yes!!! Eisya sudah boleh berjalan!! Berjalan terkedek-kedek sambil tersengih-sengih.

Dan sekarang asal dah bosan selongkar kotak mainan, dah bosan main dalam rumah. Dia pegi kat rak kasut, amik kasut, berusaha nak sarung kasut kat kaki, tapi memang tak kan berjaya. Pastu mulut bising minta tolong. Datang lah abah hulurkan bantuan, Bila dah ada kasut kat kaki sibuk suruh bawak berjalan.

Sekarang Ekwan dah ada tugasan baru. Setiap pagi, kena bawak anak dara dia pusing satu level. Tak cukup sekali pusing, anak tak mahu masuk rumah lagi. Pusing la lagi sekali. Hahahahha.. tak lama lagi dia demand nak turun naik level lain pulak. Aku intai je dari tingkap dapur. Sangat sweet pulak aku tengok 2 beranak tu jalan beriringan.

Menjadi ibu adalah fasa kehidupan yang terindah!!

terima kasih tuhan, bagi aku peluang merasa segala keindahan ini

10 comments:

  1. woww..congrats Eisya!

    best ahh da boleh main kejar2 dgn Naurah Ahad nanti..hehe

    syok ahh =)

    dayu, anak dh pandai jalan nie rasa ringan sket tau beban kita. rasa lebih mudah. love it =)

    ReplyDelete
  2. sangat tepat! menjadi ibu adalah fasa kehidupan yang terindah... ;)

    ReplyDelete
  3. besnye cha dah leh jalan..tak sabar nak tggu qaseh jln gak...

    bes bes

    ReplyDelete
  4. tengok anak sihat dan gembira adalah hadiah hari ibu paling sempurna!

    ReplyDelete
  5. i setuju.being a mom memang fasa paling best.hadiah paling bermakna yang Allah swt bagi :)

    ReplyDelete
  6. Wah, eisya dah pandai jalan ye. bestnta, tgu turn husna lak nak jalan. dia baru dapat 5-6 tapak je..

    Bestkan main golek2 dgn anak ari2..kalau lah dapatkan?

    ReplyDelete
  7. hati berbunga2 kan semalam Mother's Day.... jiha yg tlg ucapkan on behalf of Aqeef... hehehe

    ReplyDelete
  8. waaa jeles nya cha da pndai jalan.. x saba nk tggu turn dani

    ReplyDelete