12 November 2009

baby sayang

Arini ada appointment, nak scan baby. Appt pukul 8 pagi, tp tahu pukul bape aku masuk jumpe doktor?? Pukul 10.15am ko, giler lah.. Memang betul2 menguji kesabaran guwe, nasib baik perut aku kenyang, kalau tak lagi mengelupur aku jadiknya.

Sedangkan kat dlm tu 5 minit je. Ilang ke'excitedan aku nak tgk baby.. *damn!!*

Tapi tetap suka. Dia tengah tido. Lambatnye bangun.. :) Tak dpt tgk tangan dia melambai-lambai say hye to mummy. Doktor tu cuba nak tgk jantina dia, tp mcm tak nampak. Tapi doktor tu kata 'takde pun telur terjuntai2, kemungkinan, 70% perempuan ni' Lawak siot ayat doktor tu. Pape lah doktor, tak kesah lah dia laki ke pompuan, asal dia sehat, sempurna, selamat.. tu lagi penting. Apa pun jantina dia, tetap anak kami berdua, takde bezanya. Kalau dapat hidung dan rambut mcm daddy.. mummy akan sgt suka.. Mata sila ikut mata mummy ye *mata daddy kecik sgt lah*

Alamak, doktor tu kata kan, baby macam kat bawah sgt. Dan doktor tu mcm selamba je kata 'next scan kalau dia masih kat bawah lagi, awak kena lah keluarkan dia ikut atas ni' sambil bawak cursor tu ke arah atas. Huhuhu.. issskk doktor ni, saja buat i seram tau. Tggu 2 jam, benda ni dia kasik dengar. Uiihhhh...

Ohhh baby sayang, silalah bergerak ke atas ye. Jangan la block jalan kuar tu sayang..kuar ikut tingkap tak best lah sayang,kenalah kuar ikut pintu ye..

13 comments:

  1. aisha dulu pon uri kat bawah. doktor pon cakap kalau tak gerak should caeser. takut time tu.

    dayu cuba cari tukang urut yang pandai untuk gerakkan baby. yang betul2 pandai. kalau tak, takut jugak.

    masa aisha pantang hari tu, makcik tu memang pandai alihkan budak songsang dan dan kes uri bawah ni.

    kalau dayu berani, maksud aisha nak mencuba. nanti aisha kasi no pon dia.

    ReplyDelete
  2. syok nye gi scan baby...gi klinik mana sampai kene tunggu 2 jam tu..alahai

    ReplyDelete
  3. takpe dayu baru lagi kan..maria dulu pn bawah gak..skrg so far dah naik atas dah..ckp baik2 ngn baby yek..

    ReplyDelete
  4. sha setuju kata org atas. kena carik tukang urut. adik sha pon macam tu juga aritu...

    ReplyDelete
  5. hehehe 2 jam kire ok la...elly kalau tak 3 jam tak sah....

    ReplyDelete
  6. dayu...monthly check up di mana? kalu gov sgt lmbt kan service. tp nurul buat dua2 sekali kat gov n private. pi gov pun sbb nak buku color pink tu je.

    doc itu sgt kelakar boleh pulak buat lawak dgn kamu dayu. take care ye mummy.

    ReplyDelete
  7. zuris baru g cekup smlm
    uri zuris kat bawah gak
    doc pun cakap benda yg sama
    harap2 next checkup uri dah naik atas lah.risau gak...

    ReplyDelete
  8. moga2 bb lam keaadaan sihat, dayu cuba interaksi ngn bb lam perut tu,, usap2 perut tu... :)

    ReplyDelete
  9. hehe...nanti dia pandai la carik pintu tu.semoga semuanya selamat.ko wat check up kat mana?

    ReplyDelete
  10. ruginya dayu xdpt tgk baby gerak2. yun aritu baby aktif sangat.sonok.emm agak2 bleh urut ke perut tu kasi naikkan baby ke atas.try la tanya yur mom

    ReplyDelete
  11. hehe klu x nmpk telo tu mmg slalunya kompem pompan...

    emmm...cari yg btul2 pndai urut yekk..

    ReplyDelete
  12. kelakar jugak doktor tu..hihi..sabar jerlah..hope u and baby sentiasa sihat

    ReplyDelete
  13. ginilah gayanya kalau buat check up kat klinik gomen, entah nape lah agaknya. agaknya mmg wajib kot, kalau tak duduk at leasr 2 jam.. bukan klinik gomen namanya

    guwe tahu lah free..*huhuhu*

    hhmmm..takpe lah,setakat ni tak payah lah kot nak gi berurut ke apa kan
    insya allah nanti dia naik lah kan
    awal lagi..tapi kalau nanti dia tetap kat bawah tu.. confirm aku beranak kat HUKM je

    ReplyDelete