2,3 hari ni banyak pulak aku terbaca entry luahan perasaan kaum-kaum ibu yang gigih memberikan terbaik untuk anak-anak ni. Rasa kecewa bila usaha diaorang memerah, menyediakan bahan pengisian terbaik untuk anak-anak semacam diperlekehkan orang sekeliling. Aku pulak yang macam hangin bila baca tu semua. Kenapa perlu nak runtuhkan semangat orang? Kalau rasa tak suka, tak setuju ngan pe yang orang lain buat, pedulikan je lah. Kenapa nak sibuk-sibuk komen macam-macam. Bukannya ganggu perjalanan hidup orang lain pun aktiviti mengepam ni. Mungkin lah amik masa skit nak mengepam tu kan. Tapi bukan lama pun, paling pun satu sesi 15 min je. Kalau sehari 3,4 kali baru sejam. Tengahari pump time rehat. Alah, boss tak kesah, orang lain pulak yang rimas tgk kita keluar masuk surau ye. Pelik kan?
Alhamdullilah, aku tak berada dalam situasi tu lagi setakat ni. Takde lagi yang memberi kata-kata buat aku hilang semangat. Sokong ada. Kat floor ni, aku sorang je yang buat aktiviti ni. Harap-harap dapatlah mendorang kawan-kawan lain yang bakal jadik ibu tu untuk sama-sama memberi susu badan kat anak-anak. Nanti boleh la sama-sama memerah dalam surau. Dan syukur juga, pantry kat pejabat ni ada peti ais. 2 pintu pulak tu.
Ye, dulu memang aku tak berniat nak susukan Eisya dengan susu badan. Walau sedar kebaikan susu ibu, aku mcm terasa leceh, malas dan nak bergantung harap kat susu tepung tu. Tapi bila Eisya sendiri memberontak tak nak susu tepung, automatik aku set niat dan azam baru. Dan dalam masa 2 bulan ni, aku boleh rasa kepuasan dia. Tak rasa susah. Tak rasa tugas menyediakan bekalan untuk Eisya tu membebankan. Kalau kita kata susah, memang lah rasa susah. Tapi kalau kita enjoy apa yang kita buat tu, mesti seronok kan.
Terkenang masa 2 minggu masa Induksi. Walau terpaksa merayu kat urusetia carikkan peti ais, tebalkan muka ketuk pintu rumah orang nak tumpang simpan susu. Demi anak tercinta, lebih dari tu pun sanggupkan. Esok Eisya 4 bulan. Maka, dah 2 bulan dia dibekalkan dengan EBM di siang hari. Alhamdullilah, dia tak cerewet. Tak reject susu perahan. Mungkin sebab dia selalu dapat fresh EBM, jarang sungguh merasa frozen EBM. Nak sediakan yang fresh pun ibu dia ni terkejar-kejar.
Orang kata kalau anak minum susu ibu, jarang sakit. Mungkin ye bagi yang tak dihantar ke nursery. Tak terdedah dgn pelbagai jangkitan. Walaupun Eisya minum susu ibu dia, seminggu lepas ke nursery, dia demam buat pertama kalinya. Merasa lah dia telan ubat demam, ubat selsema, ubat batuk. Tapi kuasa susu ibu kan, Eisya segera sehat. Cepat je demam dia hilang. Kalau anak sakit, susukan la banyak-banyak. Insya Allah... cepat dia sembuh. Masa dia jaundis dulu pun, susu ibu gak lah membantu. Puas dah cuba mandikan dia ngan macam-macam jenis air, last2 air susu ibu gak yang berhasil.
Dan silaplah kalau ada yang kata 'budak minum susu badan ni kecik je badan, tak cukup susu lah tu' Mana lah dapat fakta ni. Cuba tgk anak-anak yang bf ni, montel-montel je semua. Bulat-bulat, tangan kaki berketul-ketul.
Kalau ada suara-suara sumbang yang cuba memperlekehkan usaha kita ni. Tak salah kalau tarbiah dia sikit pasal kelebihan susu ibu ni. Yang penting, kalau ye tak suka benar tgk org susukan anak ngan susu badan, tak payah la condemn. Diam-diam sudah. Dan jadikkan lah semua ni sebagai semangat untuk kita terus gigih berusaha beri yang terbaik untuk anak kita
btlla...chacha pehanye....geram...mcm nk gigit je...
ReplyDeletemanusia jenis cm2,mmg kena tarbiah...tp kalo nk laser jgn dpn ank tgh nyusu...cannot...saboooo...
hahah..anak maria BF sepenuhnya tak kurus pn..siap berketak2 lg..em maria dlu pn takda niat nak BF aqil..tp alhamdulillah semuanya dah terbuka..jom sama2 kita teruskan BF..harini dah 8bulan 1hari maria BF aqil..syukur
ReplyDeleteya dayu....saye sokong awak...siyes saye pon jadik geram ble bace luahan ibu2 yg dikritik ble bg susu badan kat anak...
ReplyDeletetapi takpe...ramai rakan2 blog yg masih menyokong...same2 kite truskan usaha murni ini ya...
*ase geram lak ngk pehe cha...
salam kenal ya...
mane ade kurus bb yg breastfeed. seme ketak2 oke. bam2 diorang sbnrnya lain dgn bam2 FM. blh nmpk beza sbnrnya. bam2 susu ibu nie daging dia lebih pejal & mantopp dr bam2 FM. mcm Naurah, scr keseluruhan nmpk slim tp ketak2 tu tetap ada & tegap badannya. i like =D
ReplyDeletemaybe org tuh tak bf anak dia kot. so dia rasa jealous dengan ibu2 yg bf anak mereka. biasa lah, manusia nih kan tak abis2 dengan hasad dengki. yg penting, teruskan perjuangan dayu untuk chacha. ;)
ReplyDeletetersenyum baca luahan ketidakpuasan hati dayu.. hihihi :)
ReplyDeletebatul susu ibu byk khasiatnye...montok² semua...
ReplyDeleteTP..
ada juga ibu² yg ebm ni mengecam hebat ibu² yg fm..x baik juga tu..kita xtau mslah mrk..klu yg M tu mmg jd mslah...ada atrnya sbb kshtn dll..
*jgn begitu ye..sama² mengambil iktibar..
Memang sedap lah peha Eisya. Silap besar siapa kata BF baby ni kurus tak cukup zat. Memang patut kena ceramah free 2 hari 2 malam. Kita panggil Dayu suh bagi ceramah. Hehehehe.
ReplyDeleteDayu, Aishah tak sabar nak rasa pengalaman yang sama. Last year, masa Maria ajak Aishah beli Madela Swing, Aishah buat tak tahu aje. Bila Nachah dah takde, perah susu badan sendiri bagai nak rak, baru tersedar.
Dan sekarang, tak sabar nak lalui apa yang BF mommy lalui. Doakan Aishah berjaya ye?
:)
minum susu ibu ni mmg bagus... sihat.. dayu selagi boleh bagi, bagi je...
ReplyDeleteEhh Eisya baju sama macam baju Myiesh when she was younger!
ReplyDeleteBeli di FOS ke?
Excited pula bila tengok gambar ni. :D
saya setuju dayu...anak2 yg minum susu ibu badan lagi fit..yang bestnya kalau muntah and poo poo dia bau lite2 jek tak macam yang minum susu formula...part antibodi tu pun betul,kita dpaat tengok sendiri kat anak kita kan...happy breastfeeding
ReplyDeleteyup!
ReplyDeletebest apa dapat pam susu ni..sehari tak pam, rasa cam xbest lak..hehe
kita pun geram kalau ada org yg memperlekehkan susu ibu ni.biar kan je la diaorg dayu.kesian kt diaorg sbb tak tau nikmat & khasiat susu ibu.jgn putus asa ye.( mcm la kita ada pengalaman kan..hihihii) tp nk belajo dr awak la nanti
ReplyDeletebagi yang BF ni mmg lah sama2 kan rasa terbakar bila ada rakan sepejuangan usahanya dimain-main kan gini
ReplyDeletetapi tang kecik2kan org yg tak bf anak dia, lg tak patut kalau bukan kehendak dia sebenarnya
yeah, we're enjoying bf
dan sgt tak suka kalau org perlekehkan our passion..tapi tu lah, jgn putus asa
kita tahu apa yg kita mahukan
peduli la org nak kata apa
Alahai.. bestnyer tgk eisya tdo.. siap terlentang lg.. hehehe..
ReplyDeleteyeahhh!!!!
ReplyDeletebtol2...
kysha time fully bf,mmg bambam giler
bila dh campur fm nie trus berat atas garisan.huhuu...
so..susu ibu adalah terbaik!
dayu, fashya pun alhamdulillah, takde sape-sape lagi kondem bab-bab bf ni, sume macam support je...peti ais kat pantry pun fashya konker sorg2 letak susu, sebab nak letak kat rumah, peti sejuk kongsi2, nak letak ayam daging sume... Diorg kat opis sume faham.
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah..:)
chiayok...!!!
ReplyDelete