17 May 2011

Penyambung Kehidupan

Bahan pemakanan Eisya kini adalah 20% Susu Ibu dan 80% Susu Formula.

Sekarang kalau nak keluar rumah lebih dari sejam, barang yang perlu diangkut adalah banyak. Dengan bekalan 2 pasang baju Eisya, pampers 3 keping, tuala nak lap hidung, tuala nak lap bontot kalau berak. Tu belum lagi kalau aku terlebih rajin angkut grooming box dia. Tu beg menghias diri. Pastu beg barang-barang nak bancuh susu lak. Dengan thermos, botol ais masak, bekas susu.. Pergghhh.. sarat ngan barang dia je.

Kadang rasa rimas, tapi terpaksa.

Rasa macam rugi sangat tak dapat nak breastfeed Eisya lagi. Kalau bulan lepas, malam-malam boleh lagi aku bersenang lenang tak payah bangun bancuh susu. Susu badan macam masih mampu nak mengenyangkan dia. Start 2,3 hari lepas, macam berakhir sudah kelenaan tido ku. Lepas ni kenalah bangun bancuh susu jam 3 pagi. Tapi rasanya aku nak angkut thermos, susu semua siap-siap masuk bilik la. Senang skit keje. Lagipun kang si Eisya tu tgh bergolek-golek merengek nak susu, jatuh katil lak kang.

Dan sejak umur setahun, Eisya aku berikan Fernleaf. Dah asyik sangat ngadap iklan 'Apa yang tidak penting adalah gula tambahan...' Tak banyak, sikit terpengaruh gak aku.

Konon-konon nak bagi Anmum, tak pun Mamil Gold sebab sebelum ni Eisya minum susu formula keluaran Dumex kan. Tapi bila dikira-kira, dari sebulan 2 je anak aku merasa minum susu mahal, pastu ibu tak mampu dah. Nak mengajar semula buat susah je. Maka, dari sekarang lah kita sedar diri ye.

Tak dapat Anmum, yang satu company ngan Anmum pun jadiklah. Fernleaf pun sekarang dah kurang manis, tanpa sukrosa.

Alhamdullilah, Eisya memang tak cerewet bab susu. Dia terima dengan senang hati. Aku amik seminggu bagi proses transaction dari Dumex ke Fernleaf. Hari pertama memang macam kurang skit penerimaan dia, tapi dah 2,3 hari ok je. Redha je dia. Kang tak minum lapar pulak. Telan je lah. Tapi tak tahu lah dia yang kuat menyusu ke sejak dah mula berjalan ni, nak banyak guna tenaga.. Banyak sangat dia menyusu. Sekali minum 6oz, selang sejam dua nak susu lagi. Dengan makan lagi. 1kg susu tu tahan seminggu lebih je..

Sekarang dah pandai bangun amik botol susu atas meja bagi kat ibu. Mintak susu lah tu.

Paling aku tak menahan pernah satu pagi tu, aku lewat bangun agaknya. Bila sedar, tengok botol susu dia dah kosong tergolek-golek tepi bantal. Dia dah kejekan susu dia yang bancuh entah pukul 3 ke 4 pagi tadi.. Lapar sangat lah tu agaknya. Raba-raba jumpa terus hisap.

Bila Eisya dah banyak menyusu dengan formula. Aku rasa macam sedikit senang la. Bukan apa, dulu masa dia banyak breastfeed, asal nak tido nak bergayut. Lagi-lagi kalau dia tahu ibu dia ada sama. Bila dah minum susu formula ni, senang la. Aku masak kat dapur, Ekwan bleh tidokan dia. Kalau tak dulu, berlari-lari la aku. Lepas tidokan dia, terus masuk dapur lak. Budak tu dah lah kalau bleh nak bergayut je, dah tertido pun syiok je lagi menghisap bukan nak lepas.

Walau ada rasa sikit senang, aku tetap ada rasa terkilan. Insya Allah, time adik Cha nanti aku nak lebih gigih. Dari dalam pantang aku nak kumpul stok banyak-banyak.

*niat kena pasang awal-awal. tang bila Cha nak dapat adik, jangan ditanya bila

14 comments:

  1. Dayu, fernleaf tu brape?
    Na still gune ducth lady step 2 tuk 6m-18m, sbb try gune DL 123, manis cirit2 je bdk tu, nk pkai anmum xmampu gak, hehe nanti nk try fernleaf gak la :p

    ReplyDelete
  2. macam tu lah.. ada lebih n ada kurangnya.. ;)

    ReplyDelete
  3. jeles la kt dayu.sy still tak berjaya mengurangkan bajet blanje susu setiap bulan.susahnya nk ajar anak tukar susu nih eiiii

    ReplyDelete
  4. mmg kalau bf anak akan bergayut, nk masak nk buat kerja rumah mmg terkejar2 sbb die nk tidur ngn kita skali kene landing..silap2 berdengkur sekali ngn dia..dayu, naper dh kurang bf? sorry tnya

    ReplyDelete
  5. Kalau boleh nak Eisya terus breastfeed tp apa nak buat.. susu makin kurang. aku malas nak mengepam.. makin lama susu makin tiada. kena lah bergantung harap dengan susu tepung..

    ReplyDelete
  6. dayu...mika debab yg fully bf ni pn..susu mak dia mmg dh makin kureng..npk sgt x cukup...tp dia masih degil x mo isap fm...x tahu la ble dia nk beralah..nk tunggu kering btol2 gamaknye...huhuhuhu...
    adik mikhail nnt pn nk kasi breast milk..tp ajar botol siap2 n buat stok siap dr dlm pantang..x mo dh gayut2 cm mikhail ni...cian kat dia jugak ble x reti n x mo menerima fm n botol

    ReplyDelete
  7. hi dayu,

    baru perasan anak kita share the same birthdate... cuma lain tahun je.. :)

    atleast dayu dapat jugak bg cha bf sampai berbulan2.. i dont have enough milk.. ditambah dgn jaundice.. baby yang 25 hari nih dah 70% formula.. 30% bf..

    oh soal bajet.. mmg takbleh nak kata lah.. hhuhu sekrang ni mmg semuanya.. 'tentang dia'

    ReplyDelete
  8. klu nak pergi tempat dekat ayu selalu guna bekas tahan panas je dayu, bancuh siap2 dengan air panas lebih sikit...mula masuk air masak, susu, air panas...tahan 1 hari...masih suam..:)

    ini ikut penyusuan anak lah kan...
    klu muadz dalam 2 botol panjang...
    spare botol kecik..utk 1x menyusu..jadi sehari dapatlah 4x menyusu...:)

    klu nak blik kg ke, travel ke, jauh baru lah berangkut segala termos bagai tu...

    *entri baru SABA..SABAR ye

    ReplyDelete
  9. rasa nak tukar susu gak tp raina ni mcm memilih susu pula

    ReplyDelete
  10. nak tanye jugak, bile?

    hehehhe.. :P

    ReplyDelete
  11. walaupon bgn mlm2 bancuh susu tp Eisya da tak nak sakitkan tulang belakang mama sebab bf kan dia sepanjang malam :)
    cerdik Eisya ni tak cerewet

    ReplyDelete
  12. fernleaf tu mmg xmanis kan. rase lemak je. ada gak cuba bg imaan tp die tolak 100%. baru bau dia dah tolak botol. masuk mulut buat2 muntah. haha.

    ReplyDelete
  13. Go go utk next baby...aisya pun da xbreastfeed...dia sndiri yg rejek breastmilk... bkn setakat rejek cik B tp dia susu2 cik B dia xmo...redha je la...huhu

    ReplyDelete
  14. dani pun macam tu, suka sangat raba2 carik botol susu yang entah basi ke tak.

    yeah, afni pun da berkobar2 nk fully bf adik dani..doa2 =)

    ReplyDelete