08 August 2012

Berbuka kat luar

Secara jujurnya aku memang kurang berminat nak berbuka puasa secara buffet. Sebab rasa macam membazir. Yelah, paling minima bayaran untuk setiap seorang dewasa bagi buffet ramadhan ni rata-rata mesti RM20++. Ni dah kira murah dah ni. Tu belum lagi kalau tengok buffet ramadhan kat hotel-hotel terkemuka. Ada sampai RM99.. Rasa macam 'membazirnya!!' Macam mustahil je akan mampu makan, makanan yang bernilai sehingga RM99. Kalau gi makan seafood kat Kuala Selangor pun belum tentu semahal tu. Inikan pula untuk makan dalam tempoh 2 jam.

Tapi bila memikirkan inilah peluang untuk duduk berkumpul ramai-ramai dengan sedara mara, dengan kawan-kawan. Tolak tepi lah sekejap isu pembaziran tu. Kita utamakan ikatan ukhuwah yang sedang dieratkan. Berkat dia kat situ. Mungkin.

Dan ke Cyberjayalah kami pada minggu pertama berpuasa. Nasi arab sajian Restoran Saba menjadi pilihan. Dengan tawaran harga RM35 setiap seorang, yang mana dirasakan masih berbaloi. Nasib baik puas hati. Sajian makanan adalah ditahap yang memuaskan. Sedap dan memenuhi selera. Tapi biasalah, mana mungkin mampu nak makan nasi arab tu sampai 2,3 pinggan. Ratah kambing je lah jawabnya. Lauk-lauk dia pun pelbagai. Kambing ada 3,4 jenis. Ayam pun sama. Desert dia pun sedap gak, cuma manis sangat. Tak boleh nak makan banyak-banyak.


Menunggu azan di televisyen. Dapat duduk dekat dengan makanan memang syok sungguh

Terima kasih belanja kami berbuka kat sini. Sayang kamu banyak-banyak

Berbuka kat luar memang best. Best sebab tak payah masak, tak payah kemas dan bersihkan dapur, tak payah basuh pinggan segala, Seronok. Tapi kalau difikir-fikirkan leceh sebenarnya. Nak berebut-rebut makan, nak kejar maghrib. Dahlah kebanyakan restoran-restoran ni takde sediakan surau yang proper. Nak sembahyang kena bergilir-gilir. Tu yang adakalanya lebih baik makan kat rumah je.

Tapi tulah, bila memikirkan nak jumpa kawan-kawan.. layankan je lah. Nak jemput kawan berbuka kat rumah, beramai-ramai tak mampu pulak. Lain kesempatan mungkin.

Sesungguhnya, berbuka kat rumah adalah lebih menyeronokkan.

7 comments:

  1. klu berbuka kat luar ai prefer pegi lepas maghrib. buka kat umah ala kadar. pastu baru kua makan

    ReplyDelete
  2. senang tak yah basuh pinggan mangkuk

    ReplyDelete
  3. aku pun kurang minat berbuka kat luar sebab tak bebas...hehe..tapi kalau dah orang ajak kita pergi je kan...satu lagi rasa rugi sebab makan tak banyak mana pun..lainla memang kaki makan...

    ReplyDelete
  4. betol dayu.. agreed.. ktorg belum lg buka kat luar... leceh bila pk terkejar2 nak sembahyang, pastu makan pun bape la sangat. kat umah nasi sepinggan dah kenyang...

    camne nak mkn buffet? mmg perot ni tak boleh bawa makan buffet..

    ReplyDelete
  5. aku pon fobia kes ritu bayaran xberbaloi dgn mknn yg ada.teros x berbuka luar dah sampai skrg. tp next monday buka kt hotel sblh opis ni. tu pn sbb kompeni habi tanggung semua bil.sesi beramas mesra dgn staf & keluarga

    ReplyDelete
  6. rumah ku kan syurga ku
    segalanya adalah lebih baik dilakukan di rumah

    ReplyDelete