Tu yang aku besar hati sungguh bila company Ekwan ada sediakan kemudahan penginapan untuk staff dia. Walaupun sekadar di Port Dickson, achik tetap gembira. Lagi-lagi tahun ni dah tukar lokasi ke Ancasa Allsuite & Resort. Bertukar angin. Kalau tak merasalah tiap tahun melepak kat Tiara Beach Resort tu. Tapi kalau dah 100% free, aku selalunya tak banyak komen. Terima je dengan penuh rasa bersyukur. Tapi dalam hati ada gak komplen sebenarnya.
Ekwan try booked resort ni untuk cuti Hari Malaysia tu, tapi tak dapat. Dapat tarikh 7 - 9 September. Layan je lah. Orang kat KL sibuk beraya, open house sana-sini. Kitaorg gi lepak-lepak, rehatkan kepala kat Port Dickson. Sebelum pergi haruslah google kan. Tengok website 'hhmm..macam menarik. dekat ngan pantai..best..best' Kami siap mintak half day Jumaat tu sebab nak manfaatkan cuti-cuti 3 hari 2 malam kami kat sana. Rugi kalau check-in malam. Kalau sampai petang, boleh bagi Eisya mandi kolam dulu seround. Dah lah budak tu kemaruk tido dengan baju renang baru malam Khamis tu.
turun-turun kolam terus join abang ngan kakak mandi kolam. terus buat harta pelampung orang
sesi belajar berenang bersama abah, kali ni memang ekstrem lah. selamba Ekwan lepas kan Cha dalam kolam tu. ibu dia terjerit je. tapi tengok budak tu rileks je.. ok, proceed please
selamba kodok pakcik ni celup anak dia dalam air. kononnya nak bagi dia belajar kawal pernafasan. objektif bapak budak tu berjaya bila anak dia tak mengelupur dalam air tu. boleh tahan lama ok ekwan celup, bukan takat masuk tarik keluar. dia mmg nak suruh cha tahan nafas.. sian awak Cha dapat trainer gini
Rumah tajaan untuk 3 hari 2 malam. Cukup selesa.
Retreat kali ni beserta dengan breakfast untuk 4 orang dewasa. Kat Tiara dulu takde breakfast.
Pagi-pagi bangun gi breakfast kat cafe *tak payah susah-susah nak prepare*, amik meja kat tepi boleh nampak kolam. Makan anak beranak, memang super heaven. Pastu lepak kat lobi baca surat khabar. Dah lah pagi tu berangin semacam, sejuk je rasa. Kalau lah dapat macam tu setiap hari, akulah manusia paling happy. Ok, tak payah setiap hari, setiap weekend pun cukuplah. Dapat luangkan masa macam ni dengan anak dan suami, sangat berharga.
muka gembira bangun tidur boleh terus turun isi perut. tak payah susah-susah masuk dapur masak nasi goreng
punya lah seksa nak bagi budak ni makan, sebab dia dah tak menyabar nak terjun kolam
orang baca surat khabar dia pun sibuk nak baca jugak. memang peniru dia ni
Jalan-jalan menyusuri pantai adalah harus kalau dah namanya pergi ke kawasan peranginan bernama Port Dickson. Dah lah asyik tenung laut dari balkoni. Port Dickson macam dah best. Teringin nak main banana bot, main jetski tapi takde sape nak tologn jaga Cha. Ikut Ekwan dia kata angkut je Cha sekali naik jetski. Bawak la slow-slow. Alahai dia tu, semua nak main selamba je. Sian Chacha.
Seronok lepak minum air kelapa tepi laut, makan keow teow goreng. Cha seronok main pasir. Penuh pasir dalam pampers.
Seronok lepak minum air kelapa tepi laut, makan keow teow goreng. Cha seronok main pasir. Penuh pasir dalam pampers.
sebijik tak cukup sebenarnya, nak order lagi sebijik malu
bab posing budak ni memang boleh tahan hebatnya
-wajib masuk album family vacation-
TQ ayang for this trip. Walaupun sekadar PD, tetap seronok tetap best. Tempat tu tak penting sangat, tapi pengisian tu. Dapat luangkan masa bertiga, duduk lepak-lepak tengok tv, tak payah pikir nak kemas rumah, nak masak.. best oowwwhhh!!! Insya Allah ada rezeki kita repeat self re-treat macam ni lagi eh..
macam best je bilik tu dayu.elly suka kalau bab2 short trip nie.. skali skala 2 3 bulan skali best kan kalau dpt luangkan masa ngan family mcm nie..
ReplyDeletecha nak eh main pasir..isya?? erm pijak pasir pun kene pakai slipar..kalau tak.. akuttt akut..sabar aje la
Ehhh.kitorang pun g holiday raya kat PD.
ReplyDeleteHoliday dekat laut adalah best kan... :)
family day company 2010 wat kt sini lah.tgh2 padang ancasa tuh.ehh dayu tak pegi spa ke? tmn situ pon cantik.
ReplyDeletep/s: ekwan dah boroi
ruginye g pd xnaik banana boat!! huhu xpe tggu cha bsr skit ehh
ReplyDeleteBestnya g bercuti ngsn kuarga....
ReplyDelete