01 February 2013

Kuching, Sarawak

Dari Borneo Highland Resort kami ke Kuching. Sebab esoknya mahu ke Pasar Serikin. Lagipun mahu membeli kek lapis. Kek lapis Sarawak ni, yang kat Kuching je sedap. Sebab rasa yang kat Sibu macam tak berapa menepati piawaian rasa. Kurang kick. Dari Borneo Highland Resort nak ke Kuching dekat je, tapi dalam sejam jugaklah. Dekatlah lagi compare perjalanan dari Sibu aritu. Kat Kuching kami bermalam kat hotel bajet je. Setakat nak tidur je, jadiklah.

Tapi bajet pun RM115 gak. Mentang-mentang hotel depan Waterfront. Hotel ala kadar pun mahal. Hotel aku kat Labuan yang RM98 tu pun lagi best ok. Tapi layankan je lah.

Kuching Waterfront Lodge.

Kami sampai Kuching dalam pukul 2, lepas check-in. Mandi-mandi, rehatkan diri. Lepas asar Kak Fatin dah whatsapp ajak keluar semula. Nak gi naik sampan beli kek. Tapi sebelum tu aku shopping beli souvenir dulu kat kedai sebelah hotel. Senang. Malas nak mencari kat tempat lain. Beli 2 helai t-shirt, fridge magnet dan keychain. Semuanya berjumlah RM80. T-shirt budak takde kain yang elok sikit. So Eisya takde t-shirt Sarawak. Next time okay baby. 

kain batik dia lawa-lawa tapi mahal. maka tak beli, lagipun esok nak gi Pasar Serikin

pilih Fridge magnet pun pening kepala. pastu pening pilih shirt lak

ibu shopping anak bawa diri dengan sepupu

Aku beli fridge magnnet kat kedai ni, 4 bijik RM10. Sekali masa jalan-jalan kat Waterfront menuju ke sampan melambak orang jual 5 pcs RM10, yang 6 keping RM10 pun ada. Memang kena gelak lah aku dengan Ekwan. Sebab tadi dia dah sound suruh tengok kat kedai lain gak tapi aku gelojoh semua borong kat kedai tu. Padan muka aku.

Lepas borong souvenirs terus menuju ke Kuching Waterfornt dan mencari jeti sampan nak menyeberangi sungai nak membeli kek lapis. Teringin nak naik cruise tapi tak sempat. Misi nak membeli kek lapis perlu dijayakan terlebih dahulu.

berlatar belakangkan Dewan Undangan Negeri Sarawak

berjalan menuju ke jeti sampan 50sen

5 pcs RM 10.

mereka ni semua dah jauh ke depan, kami gak terhegeh-hegeh kat belakang. biasalah tak fit

penat berjalan, akhirnya jumpa gak sampan yang akan bawak kami ke seberang sungai.

gayat jugak sebenarnya

yang berat semua duduk one side terus sampan senget sebelah. hahaha. Eisya cuak je naik sampan ni. Dia pegang Ekwan punyalah kuat, tak lepas langsung lak tu.

bergambar adalah kemestian. kata pelancong.

pemandangan di tepian sungai Sarawak. malam-malam lagi lawa.

Sampai-sampai terus menuju ke Mira Cake House. Kak Fatin kata ni lagi sedap. Aku yang tak tau apa ni setuju je. Kek lapis bagi aku dah cukup sedap. Kami sampai dah lewat petang, pilihan pun dah tak berapa banyak. Tu pun boleh buat pening kepala nak memilih. Ikutkan hati semua nak ambil sumbat dalam bakul. Beli 10 ketul dapat free 1. Memang lebih lah dari 10 kan, Kak Fatin memborong je penuh sebakul. Ramai yang memesan.

Kos perbelanjaan di Kuching: RM360

Hotel = RM115
Souvenirs = RM80
Kek Lapis = RM100
Ikan terubuk = RM30
Makan malam = RM30

3 comments:

  1. mcm mana lah kita boleh tak terserempak kat kuching tu akn beb. pada hal ko ke situ dengan aku beza sehari je kot. aku kat sana 4 hari. ulang alik naik sampan tu. kalau jumpa mau kecoh sebagai pelancong

    ReplyDelete
  2. gambir sarawak tak beli ke kih kih kih

    ReplyDelete
  3. teringin nak ke sarawak pulak..cornfirm n3 dayu ni akan alynn jadikan sbg rujukan..thanks sharing is caring..

    ReplyDelete