04 October 2013

Keinginan yang melampau

Aku memang sukakan laut. Suka dengan segala aktiviti air di laut. Dan sesungguhnya, dari pagi keje aku google tentang segala laut dan pulau. Dari Mabul hingga ke Bali. Dan aku stucked kat Bali dah berjam lamanya. Ya Allah, bestnya watersport kat Tangjong Benoa ni. Membuak-buak rasa teruja dia, rasa macam nak booked tiket dan pergi bulan depan.

Tapi mengenangkan keadaan diri, terus redha dan cuba pupuk rasa sabar supaya menebal dalam hati. Kena pujuk diri, supaya terima kenyataan tak kan ada aktiviti percutian untuk tahun 2014. Duduk diam-diam kat Kuala Lumpur ni, paling jauh pun silap-silap Pulau Pinang je kot. Takpe, aku sanggup kot setelah menyaksikan keseronokan ber'parasailing kat Tangjong Benoa tu. Dan pasti akan cuba ber'scuba pulak. 

Simpan duit dari sekarang, sebab nanti dah berempat. Tadi cuba-cuba usha tiket *walaupun flight untuk 2015 tak keluar pun lagi dalam list..aku kan over* Tiket je dah RM1500++ Tiker MAS lagi murah dari Air Asia kau. Hotel pun dah google. Memang over melampau dah ni. Gayanya macam nak gi tahun depan. Pastu macam confirm je kan.. Takpe, harapan tu kena tinggi. Duit pasport lagi kan. Maka, meh beli tabung pastu tampal label besar-besar 'Bali 2015' 

Duit bonus, duit kutu semua simpan dalam tabung.

Serius, aku rasa kalau tak termakbul keinginan aku ni mesti 3 tahun aku mengigau. Tapi kalau tak dapat Bali, dapat Mabul kurang sikit lah aku punya mengigau.

11 comments:

  1. Ni ngidam ke ape ni dayu???hehehe

    me too, mmg nk ke Bali..tp xde la nk buat aktiviti cm dayu tu..just nak holiday!insyaAllah..mari kt menabung sesama..yeay!

    ReplyDelete
  2. haha parah ibu mandong mengidam ni.. aku nk repeat bk mabul.. tapi tunggu bb beso la kot makanya tahun 2015.. thn depan tahun mendeco rumah je la...

    ReplyDelete
  3. ibu mengandung ni macam2 keinginan kan. aku kalau ikut plan asal aku nak ke USS dan Krabi. Tak tahu kenapa dua tempat ni aku aim dari dulu. kalau ikut plan asal nak ke USS dulu baru fikir bajet ke krabi. tup-tup aku pregnant. adik aku Dhila pulak dalam masa yang sama baru balik USS dan dia bagitahu kalau orang pregnant tak sesuai pergi USS. so aku pun potpone lah hajat di hati.

    masa AA buat promo best bulan puasa hari tu tak silap aku lah, aku dah terasa nak klik beli tiket pergi krabi. tapi tengok time travel untuk tiket tahun ni je. dengan keadaan aku memboyot ni tak berani pulak aku nak ke krabi jauh-jauh tu. so nak lepaskan keinginan berjalan berholiday ni aku klik amik tiket pergi langkawi je lah. takpelah pergi bercuti dekat2 dulu. kira bawak anak berjalan dan babymoon. jadilah pulau jugak. hahaha.

    ada rezeki lepas beranak pergi holiday jauh sikit tp mcm ko ckp lah kenalah sediakan bajet dulu. apalagi marilah kita menabung. hehehehe

    ReplyDelete
  4. Dayu, berat betul mengidam kau kali ni hahah.
    Aku fly over the sea paling last bulan depan la in sha Allah. Ikut hati mmg nak je beli tix next yr tp memndngkan tix next yr yg aku dh beli pun bakal burn makanya sabo je la. Pejam mata urut dada haha.

    Simpan duit dulu lah beb. Dua tahun lg terbang jauh sikit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh bukan kau ngan Hany ada beli tiket ke krabi ke beb?? yg tu ke terpaksa diburn beb?
      huhuhuhu... takpe beb, ada lagi rezeki tu

      Delete
    2. Krabi dah p bulan May aritu. Kebetulan terjumpa Hany kat sana. Tix next yr p China, hopefully dapat pergi wpun 90% rasa mcm x dpt pergi haha.

      Tahun depan tutup buku pasal byk duit nk pakai utk rumah. Next two years lah, in sha Allah :)

      Delete
  5. ni memang ngidam tahap kritikal namanya. memang kena pastikan jadik realiti. iye, simpan duit dr sekarang. 2015 boleh bercuti puas-puas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan tinggal daku... nak ikut gak... wa no hal bila2 pong. hahahaaa

      Delete
  6. eh nak tumpang mengigau gaklah hahaha

    ReplyDelete
  7. salam perkenalan dari
    ida
    tahniah ye preggy jaga diri bebaik
    jemput singgah blog ida ye
    umielman.blogspot.com
    dah follow blog ni no672

    ReplyDelete
  8. hehe....sabar yer dayu, sat je lg dh 2014..bercuti2 malaysia dgn 4 org mesti lg meriah, dan yg penting cha dh de mmber =)

    ReplyDelete