Oh hoi..dah 2 bulan usia Elma. Sangat pantas. Jangan cepat sangat membesar dik, ibu tal puas gomol awak. Lagipun, bila awak makin membesar, makin dekat lah dengan tempoh berakhirnya cuti-cuti, bersenang lenang ibu ini. Elma dah 2 bulan. Dah 5.2 kg. Makin tembam, makin berisi. Dah pandai memberi respon bila ibu, abah atau kakak ajak borak. Senyum je bila orang tegur lagi-lagi bila bangun pagi.
budak 2 bulan yang 'happy..happy...happy'
mitten tetap kena pakai, kalau tak bercalar balar lah muka. suka bebenor gosok muka dia ni.
Alhamdullilah, Elma membesar dengan sehat. Tapi Elma sama macam Eisya, kulit sensitif sungguh. Kena gigit nyamuk/semut sikit mesti berbekas hitam. Maka kenalah aku merajinkan diri, setiap pagi dan malam kena sapu dan vacuum rumah. Eisya dah lah suka makan biskut bersepah-sepah. Yang jadik mangsa, adik.
baju ni beli masa Elma dalam perut, di mana dia dijangkakan lelaki. cute jugak baby girl pakai jumper design boy. Anak aku kalau lelaki, gini kot rupanya.
elma mcm mayyah kene geget semut jadik tanda hitam.. kesian sgt..
ReplyDeleteJap jew dh 2 bulan kan..kalo boleh jgn ler cepat sgt membeso..nanti sure rindu baby..dayu cuti 3 bulan yer..
ReplyDeleteyang kaler pink tu cantik sangat la..anak membesar kejap je rasa...sayu hati
ReplyDelete