13 October 2014

Photoshoot Pagi Raya

Aku kan memang pantang nampak kamera. Lagi-lagi bila pakai baju baru, lawa-lawa.. Mesti mengedik suruh Ekwan amik kan gambar. Tapi sebab konon malu bergambar sorang-sorang, tarik lah Ekwan sekali. Nak ajak Eisya memang dia buat tak layan. Ajak Elma, muka dia takde ekspresi..garang je. Ekwan lah jadik mangsa. Nasiblah laki macam paham perangai bini dia. Dan terima kasih jugak kat adik ipar yang rajin layan kerenah laki bini ni.

So pagi Aidiladha memang masa yang sangat sesuai untuk aku jalankan aktiviti kegemaran aku ni.

jatuh hati kat gambar ni. okay, tukar terus jadik profile pic segala sosial akaun yang ada. walau muka laki aku macam 'dah kenapa tu kerut-kerut dahi??' yang penting aku perasan macam comel je sengih-sengih gitu. 

mesti ekwan tanya 'apsal tak upload yang ni?? awak ni suka upload gambar yang muka orang apa-apa' hehe..minta maaf lah ye. gambar ni ordinary sangat. kenalah upload yang lain dari yang lain sikit.

ni pun ordinary. okay..kena mula pikir kan pose yang rare untuk dijadikan koleksi. eh, ko dah kenapa dayu kembang-kembang hidung tu..

Terima kasih kepada akak ipar ku sebab sediakan lokasi yang sangat lawa untuk aku ber'photogedik. Setiap angle menarik. Lepas ni aku nak amik gambar kat kolam dia, pastu kat gazebo pulak. Kat pagar pun menarik. Kat dalam rumah pun belum puas. Huhu..maafkan lah perangai adik ipar awak yang sorang ni. Nak buat camne, rumah awak lawa sangat. 

walaupun gambar ni silap focus, muka aku blur bunga kat belakang tu yang clear, nak gak upload sebab rasa gambar ni best. 

anak muka terkejut takpe, yang penting muka mak maintain comel. 

tetiba tengok Elma rupa abah lah pulak. cer try abah pakai headband, mesti 90% seiras.

memang failed lah aku nak posing ala-ala OOTD. memang takde bakat. konon nak melibas jubah ni. tak menjadi langsung.
Untuk makluman, jubah yang cantik dan super comfy ni aku beli dari AmieraHijab. Gi carik kat Instagram. Serius memang best, bukan bodek sebab Miera tu member, tapi memang itulah hakikatnya. Harga pun berbaloi, RM150 je.


4 comments:

  1. elma bila bergmbr ngn abah dia mmg nmpak sbijik cm abah dia lak,
    tp sbijik cm cha, cha bukan muke ko ker, konpius sudahh...hahaha
    ke korang mmg muke sama.

    ReplyDelete
  2. muka aku ngan ekwan seiras?? hahaha..itu mcm tak je
    hidung dia mancung skit, aku batang hidung pun xde..

    ReplyDelete
  3. nampak gak raya haji berphotogedik ye..aku nan ado..dlm kete je sempat berphotogedik..asal bole laa..

    ReplyDelete