Ini adalah salah satu tadika yang menjadi pilihan hati. Terpikat dengan bangunan dia yang comel. Hehehe.. Aku memang gitu, selalu tergoda dengan keindahan luaran sampai lupa function utama sesuatu benda tu.
Comel kan..hijau kuning gitu.. Ceria sungguh. Aku tahu kewujudan tadika ni pun sebab nampak banner dia kat masjid sebelah rumah ni. Bila try call, SICC ni pun pakai program Little Caliph dengan nama Tadika Khalifah Kreatif. Minta lah principal dia emailkan fees structure untuk tadika 2015. Dia kata masih ada 3 kekosongan untuk kelas 5 tahun.
Yuran Little Caliph, USJ 14, Subang Jaya
Tapi bila tengok jadual yuran dia ni, aku duduk lah diam-diam tepi katil. Tak mampu akak... Yuran bulan, biasalah RM430 sekali daycare. Sama macam Dzul Iman, Nur Kids juga paling murah setakat ni RM 380 termasuk daycare. Yuran tahunan pun boleh tahan.. RM1600++ semua. OT pun RM7 sejam, mahal bebenor. Normal rate RM5 je sejam. Huhuhu..program untuk 6 tahun lagi mahal kau yuran dia.. *pengsan* Tapi kalau mampu, dan ini kemahuan kita untuk anak-anak, apa salahnya.
Aku yang banyak komitmen lain ni, pilih yang bersesuaian je lah.
Esok Eisya akan ke Nur Kids, sesi percubaan sebelum bermula 5hb nanti. Mak yang berdebar kau. Hari ni hari last dia kat Tadika Temanku. Berat jugak rasa hati nak pindahkan dia. Dari umur dia 8 bulan dia kat situ. Pindah jugak akhirnya.
*malam ni buat kad untuk cikgu ye Eisya
No comments:
Post a Comment