Ini betul-betul lama punya peram ni. Lama dia dok jadik draft. Semua sebab aku tak transfer-transfer gambar dari kamera. Tu yang sampai 3 minggu tertangguh. Citer pun agak dah basi, tapi dah alang-alang..publish kan aje. Alah, 3 minggu je pun. Sedangkan cerita setahun lepas pun boleh dibahankan, apa lah sangat kisah 3 minggu lepas.
Ini adalah kisah semasa di Cherating, masa cuti Hari Pekerja yang lepas. Masa kat Cherating tu, aku amik kesempatan untuk bagi Eisya potong kek bersama sepupu-sepupu dia. Yelah, masa buat birthday kat KFC, tak semua dapat datang sama. Dah alang-alang semua ada, sepupu yang kat Sarawak pun ada balik time ni. Marilah kita potong kek sekali lagi. Aku nak beli kek Secret Recipe, tapi pagi sangat sampai kat Kuantan. Semua Secret Recipe tak bukak lagi. Time tu pukul 9.45am. Hhhmm, tak kan nak tunggu depan kedai lak. Kang dah menunggu, kek pun takde. Buat frust je. Lagipun, tak rajin nyer Ekwan nak melayan aku tercongok depan kedai. Maka, sambil drive menuju ke Cherating nampak kedai King's Bakery dah bukak. Jadiklah, asal namanya kek.

Tempekkan gambar Elsa dengan Anna. Sukalah budak tu.
Potong kek sekali dengan Farisha, sebab sama-sama birthday bulan 4. Farisha 25 April tak silap. Sorry, Achik Yu failed bab ingat birthdate anak-anak buah.
Eisya seperti biasa, malu-malu. Dengan sepupu sendiri pun nak malu. Ntah pape je dia ni. Time main, takde pulak malu.
Jom makan kek!!!
Tahun depan InsyaAllah kita celebrate kat kampung nak.. Buat dengan sepupu-sepupu, mesti lagi meriah. Okay,sediakan tabung birthday anak dari sekarang. Hahaha..Over kau Dayu. Macam nak kawinkan anak je gayanya.
No comments:
Post a Comment