Suka Ice Cream?? Suka Coklat??
Orang perempuan kan, siapa je lah yang tak suka dua benda tu. Perempuan, Ice cream, coklat memang kawan baik. Ice Cream tu umpama ubat stress bagi aku. Kalau tengah serabut-serabut, macam banyak sangat masalah nak pikir. Memang aku carik ice-cream. Lepas makan ice-cream, lega je rasa. Teringat dulu masa mengandungkan Elma, dalam tak boleh makan manis-manis sebab ada diabetes, aku selalu curik-curik makan ice-cream. Lepas tu minum air masak banyak-banyak. Sebab irresistable. Tak boleh, tapi nak jugak.
Dan semestinya Magnum sentiasa jadik pilihan aku.
Magnum ni special. Ice cream dia tu, alahai.. Tak reti nak cakap macamana dia punya sedap. Lembut je. Dan paling best, Ice Cream Magnum ni sangat variety. Ada macam-macam perasa. Dan seharusnya favorite aku adalah anything yang ada Almond. Ice Cream + Almond.. Memang kombinasi yang perfect. Lepas tu tambah pulak coklat kat luar dia. Perrgghhh!!! Memang kena beli 2 lah kalau makan time Eisya ada, sure dia nak jugak lepas tu aku kedekut nak share dengan dia. Sebelum terjadik aksi mak berebut ice cream dengan anak, baik belikan dia 1 siap-siap.
Dan terbaru ni, Magnum perkenalkan ahli baru mereka, Magnum White Almond. Crunchy almond dengan vanilla ice cream yang tak boleh nak describe dia punya kelembutan, pastu disaluti pulak dengan Belgian White Coklat. Memang kalau makan, sampai tutup-tutup matalah dia punya sedap.
The Luxury and Premium Magnum White Almond.
Magnum Sensation White party diadakan oleh Magnum untuk memperkenalkan Magnum White Almond secara rasmi pada 27 Ogos 2015 di Hilton, Kuala Lumpur. And thanks to Nuffnang dan Magnum, akak berpeluang untuk turut serta merasai kemewahan party tu. Bertuah sungguh rasa. Dapatlah akak menikmati ice cream kegemaran akak sepuas hati. Rasa nak duduk je depan meja penuh ice cream tu. Tak nak gerak-gerak. Punyalah tamak kan. Siapa tak geram weh, dia lambak kan ice cream setimbun depan kau, haruslah tergoda. Dahlah cara dia present ice cream tu tempting sungguh. Terus terserlah betapa eksklusifnya Magnum White Almond ni.
Magnum Buffet!!! Sebagai seorang ice cream lover, ini memang favorite corner akak. Free-flow of Magnum White Almond. Pastu ada cheese cake, chocolate cake... Memang lupalah sekejap yang kononnya akak dalam diet selepas raya. Peduli.. Malam ni akak nak Raya Ice Cream dulu.
kau tengok..kau tengok, betapa akak menikmati kelazatan Magnum White Almond tu. sampai tertutup-tutup mata. Vanilla ice cream dia memang perfect. Tak tipu dan ini membodek semata. Tapi kenyataan. Walaupun, coklat dia tu agak manis. Vanilla ice cream ngan crunchy almond tu just perfect.
Yang ke-3. Nikmati sambil tunggu pelancaran rasmi Magnum White Almond.
Pengerusi Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd,Rakesh Mohan merasmikan pelancaran
Magnum White Almond.
Meriah sungguh Magnum Sensation in White party ni. Eksklusif sungguh, rasa bestnya lah dapat join event ni. Tang dapat makan ice-cream tanpa had tu usah cakap lah, memang rasa beruntung tak terkata. Dah lah dapat makan sepuas hati sepanjang event, masa balik dapat lagi bekalan untuk seminggu. Waahhh!! Akak lah insan paling gembira malam tu. Thanks Magnum!!!
Dan thanks again for this cute Magnum White Almond shape 4G pendrive. Macam tahu-tahu je pendrive lama akak kena serangan virus jahat. Tapi dia sangat comel, rasa sayang nak guna.
Korang semua terutamanya pengemar tegar aiskrim, memang kena cuba Magnum White Almond ni. Gi carik kat kedai berdekatan. Bukak tong ice cream, carik dia dulu. Sepeket hanya RM4.50. Untuk ice cream dengan coklat belgian putih yang dijamin berkualiti, memang padan sangat harga tu.
Ingat pesan akak. Dapatkan Magnum White Almond dan rasai sendiri kesedapan vanilla ice cream dan belgian white coklat dia. *eh, terbalik pulak akak pegang ice cream tu.
Untuk maklumat lanjut pasal Magnum White Almond, check it out here:
Website: www.walls.com.my/magnum
Facebook: www.facebook.com/magnummalaysia
Hello, minta tanya, itu pendrive kamu nak jual tak?
ReplyDeleteSorry, i suka pendrive tu. sebab limited edition tu..
Delete