03 November 2015

Majlis Akikah dan Kesyukuran Aireen Naurah

Dua minggu lepas luangkan masa ke majlis kawan. Memang agak jauh, tapi demi tanggungjawab sosial, dan kebetulan ada kelapangan masa, bolehlah memenuhi undangan. Lagipun mengenangkan Pijan selalu datang memeriahkan majlis anjuran aku. Berasa, kali ni perlu untuk aku penuhi jemputan dia. Dulu masa lahirkan Eisya, dia kawan pertama yang muncul melawat aku. Aku balik dari hospital, petang tu dia sampai dah dengan hamper. Pastu tolong salinkan lampin Eisya. Berbakat sungguh. Pastu marah aku duduk dalam bilik ada aricond, pantang apa ni Dayu oii!! Hahaha, kawan-kawan aku memang garang.

Bila Pijan buat akikah anak sulung dia si Aireen, dan sekali dengan kenduri kesyukuran, aku booking Ekwan siap-siap. Urusan jadik senang sebab Ekwan pun memang kenal Pijan. Sama-sama merambu masa kat UiTM dulu. Teringat dulu-dulu, aku nak rebonding rambut sampaie ke rumah dia sebab kat sana murah giler. Rambut panjang paras dada pun baru RM150++ Sanggup okay dari Shah Alam ke Kuala Kubu Baru sana. Ekwan lagi gigih, sanggup tolong hantar dan tunggu 5 jam sampai rambut aku siap. Demi nak suruh aku pergi sendiri, memang tidak lah dia bagi. Hahaha, cuba sekarang.. Eh, sekarang pun ke mana-mana dia mengekor lah, mana dia bagi aku kuar sendiri lagi-lagi kalau bawak budak-budak. Aku pun tak kuasa nak kuar sorang kecuali terpaksa. 

Kami. Aireen tu muka ayah dia sungguh. Sorry lah Pijan, harap-harap anak no.2 nanti muka ko, tak dapat 100%, 50% pun jadiklah.

Aku target nak lunch kat umah Pijan je. Tapi biasalah, gerak 4 beranak semua jadik lambat. Dengan tetiba salah jalan, jalan jammed.. Pukul 2.30pm gak baru sampai. Eisya dah mengelupur duduk dalam kereta. Siap berkali-kali ajak balik. Budak tu dah lah tak suka keluar rumah. Bila dah sampai tu, alahai leganya lah rasa. Dan terus makan nasi 2 pinggan. Hahaha.. Lapar. Datang lambat ni seronok gak kan, tetamu dah tak ramai. Tinggal kawan-kawan je. Dapatlah borak puas-puas. Kita ni bukan selalu pun dapat jumpa, harapkan keep in touch kat whatsapp je.

Balik dari Kuala Kubu, singgah Kundang pulak. Dah alang-alang Ekwan kata. Jengah lah sekejap kawan dia yang baru dapat baby baru. Keberatan gak aku nak jengah orang tengah pantang petang-petang hari, manalah tahu nak bertungku ke.. berurut ke, tapi dah tuan badan bagi kebenaran, marilah singgah. Puas berjalan satu hari, sampai rumah, mandikan Eisya ngan Elma.. Bagi susu, tahu-tahu tidur dah 2 ketul tu. Toleh tengok bapak dia pun sama, Tinggal lah mak kau terkebil-kebil. Menyampah tau, tadi punyalah beriya mengantuk, tersengguk-sengguk dalam kereta, Bila dah sampai rumah, dah atas tilam, tak mahu pulak terlelap.

1 comment:

  1. dak epal auntie sue ni napa muka masham cengitu? ibu tak kasi main kee?

    ReplyDelete