Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts

05 June 2015

Lavender Garden, Cameron Highland

On the way balik, sempat singgah ke Lavender Garden. Nasib baik tak tutup lagi. Masa sampai tu dah pukul 6.00pm. Rezeki. Kalau tak memang frust menonggeng lah aku. Mesti terasa sia-sia je gi Cameron tu. Dapat penat je. Dah lah Lavender Garden ni antara tempat aku teringin nak pergi. Konon nak posing habis-habisan dengan anak-anak. Tapi time sampai Eisya baru bangun tido, Elma pulak dah mula mengantuk. Ibu amik gambar sorang-sorang lah jawabnya.

Dengan bunga matahari kecik ni pun jadik lah.

Anak takde perasaan sebab baru bangun tidur. Bapak dia over. Jarang kejadian ni berlaku ni. Rare ni. Aku rasa patut print gambar ni masuk frame atas katil ni.

Setakat gambar makan ice-cream berlatar belakangkan bunga warna-warni, tak rare. Tapi haruslah tempek kat blog sebab suka.

Memang lawa sangat tempat ni lah. Sesuai sangat untuk orang yang kaki bergambar macam aku ni. Dapat pulak laki rajin melayan. Gembira lah hati. Tapi kalau dapat masuk celah-celah bunga tu mesti lagi menarik kan.

Kereta masih penuh di jalan raya.

Anak pun rajin melayan. Berlari-lari ajak ibu bergambar sana-sini. Biasalah, budak baju pink tu, dari dalam perut lagi dah diajar 'Nampak kamera, senyum'

Tapi akhirnya dia lari entah ke mana. Bergambar lah ibu kau sorang-sorang situ. Nasib baik Elma setia temankan ibu posing. Kekalkan prestasi ni ye Elma, jangan nanti dah besar sama perangai macam kakak awak.

Eisya kekaguman tengok rumah cendawan

Akak bunga


Muka aku sangat budak Eisya ni. Memang sohih anak aku. Waktu ni memang asal bergambar mesti kat pinggang. Mak dia yang suruh. 

Lavender Garden ni memang lawa. Memang best bergambar, kalau lah dia kasik masuk celah-celah bunga tu, mesti lagi seronok kan. Ada jugak cafe kat sini, tapi tak berkesempatan nak merasa. Masa sampai dia dah kemas-kemas dah. Hmmm, memang aku ada alasan yang sangat kukuh untuk datang sekali lagi ke Cameron Highland ni. Lepas raya boleh kot.. Tak pun extend cuti raya, singgah Cameron. Tapi raya tahun ni balik KL dari JB. Harus idea aku tu kena reject mentah-mentah dengan Ekwan.

04 June 2015

Dari Pasar Malam Brinchang ke Ladang Teh

Dari ladang strawberry, kami ke Pasar Malam Brinchang pulak. Punyalah sesak kan, dekat macam tu pun sampai sejam lebih okay. Memang tidaklah aku jejak Cameron Highland time cuti lain kali. Kalau teringin nak pergi, aku pastikan aku akan amik cuti. Pergi time Cameron tu lengang.

Meriah. Penuh kereta. Nasib dapat parking berdekatan. Tak payah nak berjalan jauh.

Alahai ibu aku ni, beli strawberry pun heboh nak amik gambar. Biasalah Elma, ibu awak tu ada kerjaya sampingan. Bergambar memang skop utama. Baik awak biasakan diri dari sekarang. Kakak awak dah immune, tu asyik melarikan diri je. 

Penuh tangan akak. Kalau ikutkan hati nak je borong sayur-sayur segar tu. Tapi mengenangkan risau layu je dok dalam peti. Akak borong teh, strawberry dengan sweet potato je lah. Tengok, sampai senget benget tudung akak membeli kat pasar malam ni tau. Anak kecik akak tu ketat je muka. Baby garang sungguh.

Akak teringin sangat nak merasa minum teh kat cafe Teh Garden Sungai Palas tu. Masa tu dah pukul 4.30pm, cubalah nasib, pergi je lah. Berdoa banyak-banyak yang cafe tu tak tutup lagi. Tapi takde rezeki akak, sampai-sampau guard tu tengah tutup gate masuk. Huhuhu.. Bodek-bodek minta masuk tapi dia tak bagi. Huhuhu.. Terus kata kat Ekwan, dia kena bawak aku datang Cameron semula. Aku nak merasa minum petang atau breakfast kat situ. Tak kira.. Nak jugak.

Bagi merawat kekecewaan hati bini, Ekwan ajaklah bergambar puas-puas kat celah daun teh. 


Masa ni Eisya tidur, kesian dia tak dapat bergambar kat ladang teh ni. Aku rasa kalau dia jaga, mesti dia seronok main lari-lari celah pokok teh tu. Mesti terjerit-jerit aku. Ada baguslah dia tidur. Serious, aku memang kena datang Cameron ni sekali lagi. Tak puas. Paling penting, aku nak merasa minum teh kat ladang teh boh ni. 

Okay, check jadual.. tapi macam dah padat sangat je jadual 2015 ni. Hujung tahun cuti sekolah, memang masa yang perlu dielakkan kalau nak ke sini.


03 June 2015

Petik Sendiri Strawberry Anda

Aku sebenarnya asyiklah pasang niat nak create entry pasal lawatan aku ke Cameron Highland ni, tapi asyiklah tertangguh. Isskk.. Dah lama sangat kisah kejadian. Masa cuti Hari Merdeka tahun lepas. Huhuhu.. Dah nak setahun. Masa tu Elma baru 4 bulan, ni budak tu dah pandai berjalan dah. Tapi tak kira, nak jugak abadikan dalam blog. Tak kira, alah.. anggap je lah akak gi Cameron tu cuti Hari Pekerja hari tu. Hahaha..

Lawatan ke Cameron Highland adalah sesi lanjutan selepas ke Pulau Pinang. Ekwan rajin bawak bini lepas berpantang berjalan-jalan. Kesian bini lama terperam kat rumah. Dan tidaklah pulak kami ni tahu sesungguhnya Cameron Highland di kala cuti umum adalah sangat berkepadatan tinggi. Kalau aku tahu, memang tidaklah aku setuju dengan cadangan Ekwan nak ke Cameron lepas Penang. Baiklah kami sambung lepak-lepak kat Penang. Tapi itulah, malas bertanya.. Hadap lah ko bersesak kat tanah tinggi tu. Dah lah gerak dari Penang petang, sampai Cameron dalam pukul 10 malam. Dari Tanah Rata dah jammed. Aku siap call balai polis Tanah Rata lagi, tanya kenapa jammed sangat. Huhuhu.. Barulah achik tau, begitulah Cameron time cuti umum.

Nasib hotel dah booking. Hotel siap call lagi confirmkan aku jadik datang ke tak.. Duduk hotel biasa je. Tu pun nasib baik ada bilik kosong lagi. Harga agak mahal di hari cuti. Tapi boleh lah buat nak tidur semalam.


Jammed sungguh ok. Dari hotel nak ke ladang strawberry berdekatan pun sejam kot. Nasiblah anak-anak aku elok je dalam kereta. Elma pun merengek sikit-sikit je.Tengok gambar ni, rindu tengok Elma di kala botak..

Tak mampu dah nak duduk dalam kereta. Nampak je Strawberry Healthy Farm ni, terus masuk.



Walaupun memetik sendiri strawberry adalah lagi mahal, layankan je lah. Experience tu yang penting. Bagi Eisya merasa petik strawberry segar dari pokok. Ehh.. i pun kali pertama akak petik strawberry. Sian akak.. Last gi Cameron Highland dulu masa kecik-kecik. Tu pun gi umah pakcik, takde pun mak ayah bawak gi ladang strawberry gini.

Over gaya kau Eisya. Petik strawberry je pun. Spek tetap tak tinggal.

Bapak budak ni mengeram je tengok bini dengan anak dia posing sakan petik strawberry. Terus pass kamera kat akak, pastu gi posing dengan Cha. 

Minta bangla tu amik kan gambar. Punyalah beriya snap 3,4 keping. Tapi semua blur. Hmm..Jadiklah. Dari takde langsung. Nak mintakan orang lain amik, takde langsung family lain kat situ. Nampak sangat aku anak beranak je yang jakun nak petik sendiri strawberry.

Lepas penuh sebekas strawberry, marilah membeli pokok kaktus pulak. Eisya rambang mata, semua dia amik. Pilih macamkan rumah dia ada laman je nak simpan smua kaktus ni.

Elma muka bosan. Mesti menyampah je dia time ni.

Akhirnya ni je yang aku benarkan dia bawak balik. Kalau tak penuh bakul dia pilih. Tu yang mencebik bibir tu. Kita tengok berapa lama kaktus ni bertahan. 

Nasiblah akak duduk umah bertingkat-tingkat, kalau tak boleh bawak balik 2,3 ketul.

Tak payah nak feeling diva sangat lah Cik Eisya. Kat ladang strawberry je pun. Pastu posing tepi baja lak tu.. Tak sesuai langsung.

Acara wajib kan ni. Disebabkan Cameron taklah sejuk mana, selamba je balun 2 cawan ice-cream tu. Elma teriak sebab geram tak boleh makan sama.

Lama gak kitaorang melepak kat sini. Saja larikan diri sekejap dari kesesakan melampau. Isi perut kenyang-kenyang sebelum merempuh jammed kembali. Masa kat Strawberry Healthy Farm ni aku beli strawberry sikit je. Tapi bila dah blah baru terasa tak cukup. Nasib nanti nak singgah pasar malam dia, boleh lah borong. 



14 November 2014

KPI Tengahari Ini


Peristiwa 2 bulan lepas. Baru terhegeh-hegeh godek external hardisk, filter gambar nak update blog. Sesambil pilih gambar nak buat photobook.

*tapi pagi ni akak ada meeting, so akak target tengahari ni blog akak akan mula dilimpahi dengan entry cuti-cuti tahunan kami ke Cameron Highland. Layankan je eh..