Showing posts with label Eisya 2nd Birthday. Show all posts
Showing posts with label Eisya 2nd Birthday. Show all posts

16 May 2012

Eisya 2nd Birthday: Kos Keseluruhan

*tinggalkan sebentar entry bersangkut-paut dengan Phuket. mari kembali ke entry berkaitan majlis meraikan pertambahan umur Eisya Elyssa Mohd Ekwan*

Ramai yang bertanya 'berapa kau habis untuk birthday Cha ni dayu?'

Walaupun banyak benda aku buat sendiri, almost 90% kot aku uruskan sendiri. Masak sendiri. DIY itu, DIY ini. Tapi tetap habis RM600++ jugak *ke lebih hah??* Iye, itulah kosnya. Ni kek abang ipar aku sponsor ni. Terima kasih banyak-banyak. Tak sangka jugak aku habis sebanyak tu. Masa dalam kertas kerja yang aku sediakan untuk bentang kat Ekwan, aku budget RM500 je. Tapi terlebih RM100 je pun kot. Dah lah dalam paperworks, budget aku letak untuk nasi ayam untuk bagi 50 orang makan aku letak RM80 je. Harga ayam 5 ekor je pun dah bape dayu weh.. Hahahaha, kau kira kos untuk sorang bape?? Letak kos paling minima konon. Kos tak logik, tak masuk akal iye lah.

Serius lah, kalau nak buat birthday anak, tak habis RM500 memang tak sah.

Nak aku buat cost breakdown ke?? Macam tak best je rasa. Tak payah lah eh.. Cukuplah aku katakan, kos paling besar adalah kos penyediaan makanan. Jemputan aku dalam 50orang. Menu berat ada 2, selain nasi ayam aku buat juga Spaghetti bolognise. Mee spaghetti 3 bungkus, ngan daging kisar, sos prego, cendawan butang segala.. pepandai lah anggarkan sendiri kosnya. Kos untuk muffin, cream puff, cheese tart.. campur-campur RM100++ gak.. Ngan buah, sudu, pinggan, cawan, tisu segala.. 2 kali aku gi Mydin shopping barang untuk birthday Eisya. Setiap kali pergi habis RM200++ Tu belum pada malam sebelum kejadian tiba-tiba aku suruh Ekwan gi Speedmart beli itu, beli ini..

Nasib baik, decoration segala adalah free. Beli belon je. Nasib belon tak boleh DIY, kalau tak mesti aku DIY gak.. (:

Tapi berbaloi kot dengan apa yang dibelanjakan. Tengok anak happy, gembira bukan main tengok hadiah menimbun depan mata. Tengok kawan-kawan ramai-ramai datang rumah. Kan orang kata, tetamu datang membawa rezeki. Lagipun, inilah masanya nak 'belanja' kawan-kawan makan, berkongsi rezeki kenaikan gaji 13% yang kerajaan kasik tu.

berhabis demi mengembirakan anakanda tercinta

InsyaAllah, bila kita berusaha nak mengembirakan anak *sambil memenuhi keinginan sendiri* Rezeki tu akan sentiasa ada

*aku simpan duit dari tahun lepas okay untuk buat majlis ni. sebab 3 hari lepas majlis nak cuti-cuti pulak.


09 May 2012

Little Gift from Eisya Elyssa

Sebagai tanda penghargaan kepada yang sudi luangkan masa, datang meraikan sambutan harijadi Eisya, aku sediakan la sedikit cenderahati untuk kawan-kawan dia yang hadir. Untuk pakcik dan makcik, sorry ye. Ni kan birthday Cha, so untuk kawan-kawan Cha je lah. Nanti tunggu birthday abah atau ibu, boleh lah bagi favor gift untuk aunties and uncle. (:  Memang dari awal aku dah niat nak bagi something yang kawan-kawan Cha boleh guna dan pakai. Memang aku tak nak bagi bahan makanan. Maka, aku pun gunapakai idea yang pernah Noe gunakan dulu masa birthday Sabrina. 

Sebuah notepad dan juga crayon.

Hanya itu yang mampu kami berikan. Crayon pun crayon bajet je. Niat hati nak bagi pencil kaler Luna, tak pun Faber Castell, tapi pendapatan tahunan belum mengizinkan. Mungkin lain kali. Sama-sama doakan rezeki kami sekeluarga makin murah ye. Datang mencurah-curah.

 
Customize Notepad 

Dan konsep DIY adalah amat harus diaplikasikan di bahagian ini. Aku kan suka main gunting, kertas, gam segala ni. Tapi berhari jugak aku nak sediakan benda ni. Ngan Eisya yang sama-sama sibuk nak tolong ibu gunting+tampal kertas. Dah la bila bagi gunting mainan dia tak nak, nak jugak gunting sama ngan kita. Camne lah ibu nak buat keje, sudahnya tutup lampu, baring lah tidurkan dia dulu.

Thank You tag. Ohh, ni bukan design sendiri. Ini adalah free printable thank you tag. Manfaatkan lah pemberian percuma yang tersedia di alam maya.

isi notepad dan crayon dalam brown paper bag ni. 

Harap-harap pemberian yang tak seberapa ni dapat menggembirakan kawan-kawan yang hadir. Mohon ampun awal-awal kat mak-mak sekalian jika kehadiran sekotak lagi crayon ini akan menambah sepah lagi rumah kalian. Ke tak? Ke anak aku je yang jenis dah guna, selamba dia biarkan bersepah.. Pastu serata alam rumah penuh dengan pensil color/krayon dia. Ke ibu dia ni yang malas sangat nak mengemas?? Isskk, banyak sungguh kemungkinannya (:

Tu belum lagi bila diam-diam je dia duduk dalam bilik, conteng dinding. Pengsan ibu Cha..

*aku sediakan 50 set, tapi ada balance lagi 5 kat rumah.. nak bagi kawan-kawan kat school tak cukup. hhmm, ni kalau Cha jumpa ni, harus dia bawak hulur kat aku sambil 'bukak!! bu, bukak!!' pastu buat kecah satu rumah.
*nanti aku share template TQ Tag ni eh..

Edited:
Crayon murah boleh dibeli di Mydin Hypermarket. Boleh dapat antara RM0.90- RM 1.20 sekotak.

08 May 2012

DIY Muffin Stand

Dulu aku dah publishkan cara nak buat Muffin Stand ni, so sekarang aku nak tayang pulak macamana hasilnya. Lama dah siap stand ni, tapi saja simpan dulu. Konon eksklusif sangat lah tu. Layankan aje. 

So, ini hasilnya. Memang aku puas hatilah. Jimat duit achik (:

DIY Muffin Stand beraksi 

top tier boleh isi 7 biji muffin size L, dan lebih kurang 10 biji muffin size M kat middle tiers. bottom tier boleh isi lebih kurang 10 muffin size L dan 8 bijik muffin size M.

Sape yang merancang nak buat birthday anak, kalau berdekatan dengan aku..kalau rasa nak pinjam muffin stand ni bagitau lah. Datang la rumah amik. Aku bagi pinjam free je. Tapi kalau warna tak bersesuaian dengan tema korang, aku cadangkan korang buat sendiri yang baru. Senang je. Refer balik cara-cara nak meng'DIY muffin stand ni. Pandai-pandailah korang decorate tier tu. Aku tak jumpa pulak ribbon comel-comel *malas nak carik sungguh-sungguh sebenarnya*

Tapi kalau nak beli pun ada je kot yang murah, aku yang tak pandai carik (:

*nak try DIY Cake stand lah

07 May 2012

Cupcake/Muffin Topper

Aku kan ala-ala ngada-ngada sikit on Eisya's birthday preparation ni. Beriya nak deco macam-macam, nak buat itu. Nak buat ini. Tu yang sampai muffin pun nak ada decoration. Tapi sebenarnya sebab aku tak reti nak buat topping untuk muffin tu. Resipi ada, tapi dapat last minit, tak cuba, Tu yang siapkan topper ni siap-siap. Dan seperti biasa, bahan free adalah digunapakai sepenuhnya.

muffin topper (:

muffin/cupcake topper in the making

Melambak-lambak aku buat topper ni, tapi gunanya ciput je. Tak sempat aku nak cucuk topper ni bila tambah semula muffin letak atas stand ni. Busy sungguh mak pengantin.

Macamana nak buat?? Alah.. senang je. Korang tengok gambar pun tahu kot macamana nak buat. Yang diperlukan, kertas, gam, gunting dan lidi pencungkil gigi tu. Sila pastikan yang baru sahaja ye. Yang dah guna, dilarang sama sekali. Kalau nak template muffin topper, boleh maklumkan aku. nanti aku email kan template dia. Aku ada banyak jenis *biasalah, rajin sangat meng'google'

Wording atas korang tukar lah ikut selera masing-masing..

Here the link for the Free printable Muffin/Cupcake Topper. Enjoy!!!

Eisya's day: Birthday background

Mulanya aku tak terfikir pun nak buat backgound/bunting birthday ni. Cukuplah sekadar banner HAPPY BIRTHDAY tu kan, tapi bila Ekwan kata 'buat je lah, awak design nanti print kat kedai Nain' Bila tanya berapa ringgit, Ekwan macam 'awak buat je, print orang uruskan' Apa lagi, terus ligat achik carik idea nak design background nak tampal kat dinding sekali ngan banner tu.

Google sana, google sini. Cilok idea orang tu, ciplak idea orang ni.

Dan ini lah hasilnya.

-Eisya birthday background/bunting-

Tidaklah hebat mana. Simple je. Dah la bukan hasil idea sendiri. Huhuhu..achik tak cukup kreatif. Lagipun tak pernah dapat pendedahan dan didikan sepenuhnya dalam bab design-design ni. Photoshop pun tahu yang basic je. Maka, ini lah hasilnya. Tapi aku puas hati. Rasa seronok sangat dapat buat background ni untuk menceriakan sambutan birthday Eisya.

Tengok Eisya kegembiraan bila tengok gambar dia besar-besar terlekat kat dinding, rasa berbunga-bunga je hati kau. Rasa sangat dihargai. Tak habis-habis tunding jari 'ChaCha!!' Ye nak, awak lah dalam gambar tu. Besar bebenor abah awak print. Ibu suruh buat size 18' x 24' je. Ni dah size baper pun ibu tak tahu lah ni. Over abah awak Eisya. Dah pening ibu pikir camne nak gantung background picture besar gabak awak ni. Nasib baik wall plug tu macam mampu berfungsi.

bunting size XXL penghias majlis

Bunting ni aku hantar print dengan harga RM2.50 sekaki. Dan size bunting ni lebih kurang 15 kaki. Kira lah ye berapa kos dia. Kalau berminat, maklumkan lah aku. Nanti aku boleh tolong uruskan.

tak sempat nak berfamily photoshoot berlatar belakangkan bunting ni. aku sendiri nyaris terlupa. dah hujung majlis baru teringat (:

*Birthday dia next year aku tukar gambar, tukar kaler je lah.. Hahaha.. Giler pemalas ibu awak Cha.
*biar anak macam tak mengerti, tapi tetap puas hati

06 May 2012

mekacih - Eisya kata

Aku tolong sampaikan bagi pihak Eisya. Dia memang sangat gembira dengan segala hadiah yang dia terima. Bangun-bangun, lepas je mandi terus suruh bukak segala hadiah. Bukan main teruja dia. 

TQ aunty Laili, aunty Ayu, uncle Erul and aunty Linda. Cha tak sabar nak main, tapi bila Cha carik tak jumpa dah kotak ni. Ibu sorok dah rasanya. Mesti dia yang nak main ni.

TQ aunty Min and Uncle Ahmad

yeay!!! ada 2 set tanah liat!! TQ aunty Seri and Uncle Sani

TQ Aunty Ina and Uncle Danial
yang ni dah selamat dibuka. bukan main seronok dia main masak-masak. main potong ikan, potong buah. dan selamat jugak lah bersepah di penjuru rumah. ibu kutip simpan, dia tonggengkan kotak kasik keluar.


Kepada yang lain, yang takde gambar Eisya bersama hadiah yang diterima, jangan la berkecil hati. Bukan tidak dihargai. Tapi Eisya dah hilang fokus, dah tak menyabar nak main dengan mainan baru. Tak hirau dah dia. Jangan harap lah nak amik gambar dia.

terima kasih semua!!

Terima kasih sebab mengembirakan Eisya. 

01 May 2012

Eisya is 2!!

Berbulan la dari lanya aku rancang majlis untuk Eisya ni. Kalau aku kata dari bulan t9 tahun lepas, silalah jangan kata aku over. Tapi banner birthday tu memang aku dah buat dari tahun lepas. Banner tu 100% DIY, tu yang siapkan awal-awal. Risau nanti masa tak mencukupi. Tapi difikirkan balik, ye kot, macam melampau pulak aku punya semangat buat preparation nak sambut birthday anak.

Kalau dia kawin nanti, bayangkan lah camne sibuk aku agaknya (:

Eisya lahir 20hn April, tapi aku saja pilih tarikh 28 April untuk adakan majlis sambutan harijadi dia sebab nak lepaskan tarikh penerimaan gaji dulu. Bila dah gaji, baru seronok nak buat makan-makan. Boleh berbelanja dengan tenang. Tapi terlupa la pulak, hujung minggu tu adalah cuti berangkai. Orang banyak sambung cuti. Ramai yang tak dapat nak memenuhi jemputan. Tapi tak mengapa, kami faham. Dan Alhamdullilah, majlis tetap meriah. Rumah tetap padat.

Majlis bermula jam 2 petang. Seawal 7 pagi aku dah bangun. Sedar-sedar terus masuk dapur. Badan memang letih tak payah cakap lah. Aku memang expect dah, tapi aku tetap rajin nak buat sendiri semua, masak semua benda sendiri. Aku macam yakin aku boleh buat. Dan syukur, aku berjaya siapkan semua sebelum 1 tengahari. Memang itu target aku.

hampir siap untuk menyambut tetamu, tapi tidak sepenuhnya. kelihatan pengantin, eh silap birthday girl yang masih belum mandi sedang membantu menyediakan pinggan 

Tetamu batch pertama adalah officemates sekalian. Memang terbaik, aku beriya bila dengar pintu kena ketuk ingat Ekwan yang balik bawak ais, rupanya.. hah amik kau, penuh orang depan pintu. Terkejut achik, dah lah ngan tak salin baju lagi. Terus gabra. Tapi officemates kan.. selamba lah aku suruh layan diri sendiri. Siap dikerah tiup belon lagi. Terima kasih ye. Jasa kalian amat dihargai.

tukang rasmi makanan. silakan jadik food tester achik. mana tahu ada yang tak cukup garam ke, sempat lagi nak adjust mana patut ni

Menu pada hari tersebut adalah: Nasi ayam, Balognise Spaghetti sebagai menu utama. Desert kita ada Cream puff, cheese tart dan coklat chip muffin serta vanilla mauffin. ada juga terhidang atas meja nugget dan sosej juga buah-buahan. 90% disediakan sendiri tuan rumah sampai dia sakit pinggang tengkuk segala. next time dia tak kan serajin ini. pasti dia kata

para tetamu menikmati hidangan. 

Aku plan nak buat cake cutting around 2.30 - 3.00pm. Tapi dah ramai yang sampai awal, pastu budak-budak pun ramai. Masing-masing dah nampak kek, macam tak seronok lak kalau tak potong kek dan bagi derang makan kek Maka, Ekwan pun panggil semua budak-budak kumpul.. Jom potong kek!!!

bukan main fokus Eisya potong kek

birthday girl comot (:

Majlis berlangsung hingga ke jam 7pm. Memang aku kata sampai pukul 6pm, tapi kalau dah orang sampai, tak kan nak suruh balik pulak. Harus lah jemput masuk sambil bagi senyuman paling manis dalam dunia. Yelah, orang luangkan masa datang majlis kita.. Tetamu datang membawa rezeki tau. Makanan pun ada lagi,    layan je lah tetamu. Yang datang pun kawan-kawan, bukan orang lain pun. Eisya dah seronok tengok hadiah banyak terkumpul kat ruang tamu. Dia dah macam tak tentu hala, semua dia suruh bukak. Mana yang tak bersampul, memang dia aim habis lah.

budak dah tak tentu hala tengok banyak hadiah keliling dia

hhhmmm... menarik!! bu, kak!! kak!!

Penat memang penat. Tapi puas hati. Malam tu kami 3 beranak tidur, tak sedar apa. Aku sedar pukul 5 nak bancuh susu untuk Eisya terus kemas sikit-sikit mana yang patut. Pastu aku pulak yang duduk mengadap hadiah Eisya. Rasa macam seronok pulak tengok semua hadiah yang Eisya terima. Rasa nak join dia main sama nanti. Dulu ibu tak merasa mainan best-best macam tu. Apa-apa pun, terima kasih ye.

Semoga kami sekeluarga akan terus dilimpahi rezeki, agar mampu lagi nak adakan majlis begini.

Dan semoga suatu hari nanti, bila Eisya dah betul-betul boleh mengerti, boleh memahami, dia akan hargai segala apa yang ibu dan abah dia buat untuk dia. Bukan nak mengungkit dengan anak, cuma nak dia tahu yang ibu dan abah dia sentiasa cuba mengembirakan dia. Memberi yang terbaik. Dan semoga anak kesayangan ibu ni akan terus membesar menjadi anak yang solehah, mendengar kata dan mampu membahagiakan ibu dan abah.

*for more pictures, boleh jengah FB ye, tak mampu nak upload semua kat sini. banyak sangat

29 April 2012

Eisya Birthday Bash: Terima Kasih

Alhamdullilah.

Syukur sangat majlis yang dirancang *berbulan lamanya mungkin* berjalan bagai yang direncanakan. Meriah. Walaupun ramai jemputan tidak dapat menghadirkan diri. Cuti bersambung kan, dengan dah gaji pulak tu. Takpe, kami paham. Itu pun rumah kecik kami padat jadiknya. Penuh segala sudut rumah. Syukur juga, makanan yang disediakan mencukupi menjami semua tetamu. Desert siap berlebih. Syukur. Cukup risau aku kalau makanan tak cukup. Alhamdullilah..

Rasa macam sangat berbaloi usaha yang dicurahkan.

Pastinya, terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang sudi meluangkan masa, sama-sama datang meraikan sambutan ulang tahun ke-2 Eisya ni. Sama-sama merealisasikan segala apa yang ibu dia ni rancangkan. Terima kasih sangat. Aku sangat hargai. Sungguh. Tanpa tetamu, apalah maknanya majlis kan. Tak sia-sia aku bertungkus-lumus, berjaya sampai pukul 3-4 pagi. Sakit pinggang, sakit tengkuk semua. Tengok tetamu gembira, berselara.. Hilang rasa sengal-sengal semua. Terima kasih!!


terima kasih kepada AJK bidan terjun.. kesian, sampai-sampai kena kerah tiup belon. siap sekeluarga pakai ikut tema color, walaupun tak pernah diwar-warkan adanya tema color (: Jangan serik ye muncul awal. Tapi tu pun tujuannya kan..datang awal sebab nak bantu mana yang patut *sengih*

disebabkan achik Zul yang paling tinggi, tolong gantung belon eh.. TQ 

Dan, terima kasih yang tak terhingga juga untuk Pak Teh dan Mak Teh Eisya di Sibu, Sarawak sana. Biarpun jauh, tak dapat sama-sama meraikan majlis untuk Eisya ni, sebagai tanda ingatan buat anak sedara tercinta, kek harijadi ditaja percuma. Alahaii, malu sebenarnya. Tiap tahun kek harijadi Cha derang taja. Tapi tak baik kan menolak pemberian orang, maka kami terima dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga.

Rainbow Cake with buttercream. Zoo theme!! Sedap.

semua tak sabar nak capai elephant, bear ngan giraffe tu. tapi pastu bagi kat mak masing-masing. dah la dah masuk mulut.. anak-anak..

Ohh, tak lupa juga segala pemberian dan hadiah yang dibawa bersama untuk Eisya. Buat susah-susah je *hehe..sebenarnya suka* Eisya pun sangat suka, bukan main tersengih dia bila bangun tidur tengok hadiah menimbun keliling dia. Ekspresi yang sangat berharga. Rasa sangat puas hati. 

tengok anak senyum gembira macam ni, hati rasa puas sungguh.

Eisya pun macam faham je yang semalam adalah hari meraikan dia. Walaupun mula-mula tu dia macam takut-takut tengok orang ramai dalam rumah. Tapi bila dah warm-up, orang datang hulur hadiah, tersengih-sengih sambut. Suruh salam pun dia buat tak tahu je bila hadiah dah kat tangan.


tengok..tengok.. orang tak hulur pun lagi hadiah kat dia, tapi dia dah panjangkan tangan siap-siap. 
Eisya.. Eisya

Akhir kata, kami sekeluarga.. memohon maaf andai ada terkurang apa-apa di majlis kami ni. Andai terkurang layanan, maafkan kami. Tak mampu kami nak entertain semua tetamu. Maaf ye, jangan serik pulak. Mohon maaf juga andai terpaksa bersesak-sesak dalam rumah kecik kami. Maaf ye jika tak selesa terpaksa bersila atas lantai semua *dahlah aku kelam-kabut, lupa nak bentang carpet..maafkan saya* Dan jika juadah yang disediakan kurang menepati piawaian citarasa, aku mohon maaf juga. Nanti boleh email komen berkaitan untuk aku improve di masa akan datang (:

Senang kata, TERIMA KASIH SEMUA!!!