Showing posts with label Singapore. Show all posts
Showing posts with label Singapore. Show all posts

04 June 2012

Singapore: Merlion & Esplanade Park

Merlion Park adalah destinasi wajib kalau ke Singapore ye. Selagi tak sampai jangan balik. Objektif aku ke Singapore ni, selain beli fridge magnet, adalah gi amik gambar berlatar belakangkan singa berbadan duyung yang memancutkan air dari mulutnya tu. Aktiviti wajib buat ni, kalau tak nanti balik JB mesti terngigau-ngigau.
Seperti yang diberitahu dalam mostly semua blog, dari Raffles Place silalah susuri Sungai Singapura untuk ke Merlion Park. Silalah patuh. Kalau tak nanti sesat.

Sungai dia lawa. Tapi Sungai Melaka pun lawa jugak *Malaysia tetap di hati*


berhenti menikmati permandangan

sungai melaka pun ada river cruise gini. bot kat Melaka lagi best 

biasalah. aksi begini hanya berani dilakukan di tempat orang

Nak ke Merlion Park sebenarnya jalan je straight ikut tepi sungai ni. Tapi entah kenapa, boleh lak Ekwan ngan ayah aku patah balik ajak seberang sungai ni. Beriya tak nak dengar cakap aku. Memang lah jalan depan tu macam sempit je, nampak macam takde jalan. Tapi memang itulah jalan dia sebenarnya. Aku siap dah tanya awek tourist guide dalam pondok putih tu pun derang tak nak caya. Memikirkan mungkin jalan dia sama je, cuma at opposite way, aku turutkan je lah.

Dan akhirnya sampai ke Esplanade Park

ini adalah wajib.

Alang-alang dah sampai jalan lah jap sekitar Esplanade ni. Amik gambar sambil merehatkan kaki. Time ni masing-masing memang dah letih. Yang tak letih Eisya je sorang. Dia super seronok tengok kawasan luas gini. Dapat je turun dari stroller, punyalah pantas dia berlari. Ibu dia ni gak yang keletihan nak mengejar. Sudahnya, larilah awak sesuka hati. Ibu tengok dari jauh je.

berlari sambil kepit botol. ingat ni acara sukaneka ke Cik Cha weh?

alang-alang dah sampai.

Mula-mula macam nak lepak lama sikit kat sini, nak masuk Esplanade tu. Nak tunggu malam, nak tgk kawasan ni waktu malam. Tengok gambar kat Google macam sangat menarik. Tapi mengenangkan nak berkejar-kejar ke station bas, terus 'dah jom.. gerak..gerak' Nasib baik time ni ada Singapore Arts Festival, so melambak la orang mengedar brochure. Adalah tempat nak bertanya arah mana nak tuju. 

Atas tunjuk ajar yang sahih dan dipercayai, akhirnya singa berbadan duyung ada depan mata.


jumpa pun akhirnya. tengok bangunan belakang tu, semua tinggi-tinggi, rapat-rapat pulak tu, memang penggunaan tanah ditahap maksima

apa lagi.. kami kan pelancong.. hahahahaha

okay, En Ekwan sila masuk dalam gambar. sian dia, asyik amik gambar je.
*ini wajib print gantung kat rumah mak ayah. alah Cha x tgk kamera, sibuk tgk fish la pulak*

Manusia memang super ramai la kat sini. Macam-macam bangsa ada. Memang ni lokasi wajib datang lah kalau melawat Singapore. 1 group balik, segerombolan lagi tiba. 

sebelum membawa diri pulang ke negara asal, bagilah peluang pakcik ni bergambar puas-puas. 

Ingat nak ke Marina Bay kat belakang tu. Nak naik 'bot' atas hotel tu, nak amik gambar. Tapi serius, letih bebenor dah masa ni. Nak jalan balik pun macam tak mampu je rasa. Ayah aku nak amik teksi je dah nak ke bus station. Tapi teksi macam takde pulak. Maka, jalan je lah kaki ke MRT Station.

01 June 2012

Singapore: MRT Station

Kat MRT Station lah baru dapat tengok peta Singapore. Sesiapa yang nak melawat Singapore, print je lah siap-siap dari GoogleMaps, bukan besar mana pun. 

mana nak pergi kalau datang Singapore?? nah.. pilih je nak pergi mana 
*klik untuk tumbesaran gambar*

Tambang dari Bugis ke Raffles Place adalah S$1.10 je. Tapi untuk standard tiket, kena bayar deposit S$1. Deposit ni boleh redeem masa pulangkan tiket tu. Maknanya, pepandailah simpan tiket tu. Kalau hilang, leburlah deposit anda. Dia ada juga offer Singapore Tourist Pass. S$10 untuk tempoh 1 hari. Boleh guna untuk MRT, LRT dengan bas. Tapi sebab aku nak ke 1 station je, aku beli standard tiket je lah.

tapi mesin dia macam sangat complicated compare dengan kita punya.

Kat Singapore, mostly local people dia guna card. Bila kat mesin, diaorang tengah top-up je. Macam sistem yang kita tengah nak adapt kat LRT sistem kita. Nasib baik dah familiar dengan mesin beli tiket kat Malaysia ni. Takdelah terkial-kial. Bugis ke Raffles Place, 2 station je. Kejap je. Tak puas rasa aircond, dah sampai. Escalator kat MRT station dia sangat laju okay. Cuak aku tolak stroller atas eskalator dia. 

cara nak baca arah laluan tren pun sama macam kat Malaysia. jangan risau. InsyaAllah, tak sesat

surrounding dia sama je macam kat LRT station kita

aksi ini juga hanya boleh dirakam kalau berada di negara orang. kalau buat dalam LRT kat Malaysia 'alahaiii.. gediklah dia ni' *peace yo*

Keluar dari station Raffles Place, nak ke Merlion Park jalan je terus menuju ke kawasan tepian sungai Singapore ni. Kagum aku kejap tengok bangunan-bangunan kat sini. Semua tinggi-tinggi. Rapat-rapat. Memang padat lah bandar dia. Yang lagi kagum, memang super bersih lah. Takde sampah bersepah-sepah okay. Even kat Bugis Street yang penuh dengan manusia tu pun bersih je. 

sebagai seorang pelancong, ini adalah wajib (:

berlatar belakangkan bangunan pencakar langit

sekeping lagi *nasib baik laki aku rajin nak layan*

arca-arca macam ni banyak kat sekitar kawasan ni. rajin pulak derang nak pasang arca size besar-besar macam ni.

Nak ke Merlion Park dan Esplanade, just jalan terus menghala ke kawasan tepi sungai kat depan Raffles Place station ni. Lintas jalan, dah boleh nampak sungai dah. Seronok jugak jalan-jalan menyusuri sungai ni. Lagi-lagi jalan sungai kat negara orang.. (:


30 May 2012

Singapore: Bugis Street

Bugis Street ni umpama arked-arked kat Jalan TAR lah. Cuma yang beza dia tak jual kain. Kat Bugis Street ni memang tempat untuk memborong souvenirs kalau ke Singapore. Fridge magnets, keychain, baju adalah melambak-lambak. Pilih je lah nak memborong kat kedai mana. 

Duit aku habis kat sini je kot.

Bugis Street. Best Street in Singapore

Tapi jangan lupa tawar menawar. Kebanyakan kedai yang jual fridge magnet akan bukak 4 for 10. Silalah minta '5 for 10, can?' Kalau dia tak bagi, cakap je 'ok, TQ' sambil melangkah membawa diri. Melambak lagi kedai lain. Sebelah menyebelah pun ada. Tapi mesti dapat punya. Aku siap mintak 'aunty, 6 for 10 okay?' Aunty tu kata boleh tapi kena amik lebih 20. Huhuhu.. nak 10 bijik je. Maka, terima lah 5 bijik 10 dollar.

Sila pilih mana yang berkenan. Yang best, fridge magnet dia adalah jenis yang plastik tu, bukan yang batu. lagilah aku jatuh hati kan. terus amik 10 ketul

Baju pun banyak. Mostly 3 for 10. Tapi ni jenis kain low quality lah. Kalau nak yg kain best sikit, amiklah yang 2 for 10. Tak pun amik yang sehelai belas2 dollar. Sebab kepala otak aku sibuk asyik nak convert mata wang je, aku pilih yang 3 helai S$10 je lah. Walaupun ayah aku offer suruh amik yang S$10 sorang, aku tak sampai hati nak suruh ayah bayar. Niat nak bawak mak ayah jalan-jalan, tak best lah nak suruh dia belanja pulak.

Kebanyakan kedai jual baju yang sama, design sama je semua. Display price pun sama. Cuma discount je lah yang beza. Ikut nasib lah kalau dapat kedai yang bagi most best price. So kalau nak harga paling terbaik, kenalah jalan 1 Bugis Street tu. Tapi tak larat okay. Dah lah panas.

duit kami habis kat kedai ni. 


price variation. ada yang sehelai S$6, 4 helai S$10. Bukak wallet tengok duit. Rasa ada banyak keping singapore dollar, boleh masuk dalam tengok yang sehelai S$16.90. 

pilih baju untuk Eisya. memang rambang la mata aku. rasa nak amik 4 helai untuk dia saja. tapi Ekwan kata tak payah. maka amik sehelai je, lagi 2 helai untuk aku ngan Ekwan.

mengira bape dollar nak kena bagi kat tokei kedai. kat kedai ni kami habis S$30++ 
*jgn convert..jgn convert*

Banyak je benda lain yang jual kat Bugis Street ni. Handbag, kasut, korean blouse pun banyak. Tapi itu kat Malaysia pun melambak kot. Kita carik apa yang takde kat Malaysia je. Manusia memang sangat banyak. Mungkin sebab hari Sabtu kot. Jalan TAR pun hari Sabtu penuh orang. Panas sungguh. So bila nampak kedai jual fresh jus, terus serbu. Nikmatnya la sedut fresh jus sejuk-sejuk. Dah lah murah, S$1++ je secawan.

kedai jus S$1++. memang heaven la minum lepas berpanas-panas kat dalam tu.

Kalau lepas keluar dari Bugis Street duit masih banyak, boleh sambung shopping kat bazaar seberang jalan, depan Bugis Street pulak. Boleh lah cuba naik beca Singapore.. Ekwan kata aku gedik, kat Melaka pun tak naik, sibuk nak naik beca Singapore.. *peace yo* Disebabkan tak niat nak shopping, terus lah tuju ke MRT Station. Kalau nampak shopping mall pun, lalu je lah. 

bazaar depan bugis street.

Destinasi yang dicari-cari adalah Bugis Station. Bila nampak je MRT Station, memang super lega. Mula-mula tu macam 'betul ke ni?? mana tren dia??' Terus kena lepuk dengan Ekwan 'ni MRT lah, bawah tanah semua, bukan LRT lalu atas kepala' Aiyakk, macamana boleh lupa ni. Penat sangat kot. 200m okay berjalan dari Rochor Road. Belum lagi campur tawaf Bugis Street. Badan letih otak lembab sikit.


yeay!! sampai pun akhirnya. kaki achik dah penat nak berjalan lagi ni

Cha!! Kita kat mana ni?? 
*kalau amik gambar gini gaya kat LRT Masjid Jamek mesti kena cemuh kan, maka aksi begini hanya boleh dilakukan di negara orang. jangan buat kat Malaysia*

Dari Bugis Station, kami tuju ke Raffles Place. Sasaran seterusnya adalah Merlion Park dan Esplanade Park. Kalau datang Singapore, selagi tak pergi Merlion Park, tak boleh balik. Wajib pergi.

Singapore: Part 1

Perjalanan kami ke Singapore bermula dari JB Sentral ataupun Gerbang Selatan Bersepadu. Dan entah apa lagi nama tempat ni. 1 tempat yang sama tapi ada macam-macam nama. Hebat. Ada yang panggil CIQ. Tapi CIQ tu kastam sebenarnya. Dan kastam terletak dalam JB Sentral ni. Hah, ikut suka lah nak panggil apa tempat ni.

Tapi aku memang bangga giler sebagai warga Johor sebab kat Johor ada bangunan best macam ni. Rasa macam kat airport pun iye. Sangat teratur pintu keluar/masuk pengangkutan darat JB ke Singapura sekarang. Memang bertaraf antarabangsa. Kalau signages ditambahbaik, lagi bagus. Takde lah aku termangu-mangu tak tahu mana nak pergi bila keluar dari parking. Nasib baik polis bantuan bersepah. Peramah pulak tu. Ada lah jugak tempat aku nak bertanya.

Bila google, katanya size JB Sentral ni 2 kali ganda dari KL Sentral. Memang iyelah kot. Penat okay berjalan dari parking nak ke CIQ. Parking kat JB Sentral adalah RM1.50 sejam. Maksimum RM12 sehari. Motor RM3 je. Dari parking naiklah ke atas tuju ke Custom, Immigration & Quarantin (CIQ) kat atas. Agak jauhlah nak berjalan. Alah exercise sikit. Pe de hal, fully air-condition..

bila sampai buat pertama kali, aktiviti ini adalah wajib

Lepas kastam, turun bawah amik bas. Ikut je lah signboard yang tersedia. Boleh pilih nak naik bas ekspress atau bas awam. Tambang cuma RM2.50 seorang dari JB hingga Rochor Road. Transaksi adalah dalam ringgit Malaysia. Atas cadangan sepupu aku, kami pilih untuk naik bas ekspress. Sampai kat immigration Singapore, semua kena turun. Sila simpan tiket bas anda. Nanti dah lepas dari immigration, beratur semula kat SJE Ekpress lane untuk tunggu bas, dan terus kan perjalanan ke Kota Singa. Jangan lupa bawa pen, senang nak isi 'white form' masa kat imigration Singapore.

Tak lama pun dari JB ke Singapore. Tak sampai setengah jam pun kot. Kalau tak jammed kat Tambak Johor, mesti lagi cepat.

Samapi je Rochor Road masing-masing dah lapar. Mana nak makan ni? Dalam kepala aku terfikir Arab Street je. Tapi dengan takde petanya. Memang hilang arah lah kan. Lagi haru, puas carik peta. Boleh pulak takde kedai yang jual. Kat JB Sentral tadi lupa nak beli. Maka, jalanlah ikut suka kaki dengan berpandukan signboard menuju ke MRT.

nampak bangunan dengan nama Bugis Village, aku rasa macam dah tahu hala tuju sikit. terus rasa macam yakin kini berada di sekitar Bugis Street.

dan iye.. saya memang betul. Bugis Street di depan mata.

Terus lintas jalan dan join lambakan manusia kat dalam tu. Peerghh!! Bugis Street memang best. Sesuai dengan jolokan 'Bugis Street.. Best Street in Singapore' Tapi siap sedialah dengan keadaan super sesak dan siapkan tisu. Peluh akan mengalir keluar secara maksima. Tapi Eisya selamba je tidur. Hebat anak aku. Kitaorg berhenti makan kat Burger King kat Bugis Street. Lapar sangat dah. Sebelum redah lautan manusia kat dalam Bugis Street tu, kita makan dulu. Bila tengok ada cop halal, terus tolak pintu.

Harga dia sama je macam kat Malaysia, tapi dalam Singapore Dollar lah *jangan convert..jangan convert*

sorrylah ye mak.. sorry ye ayah, ikut along berjalan dah tak dapat makan nasik sehari

*jus-jus kat dalam Bugis Street sangat best.. S$1++ je *jangan convert..jangan convert*

29 May 2012

Singapore: Jalan-jalan tengok negara orang

Biarpun Singapura itu terletak bersebelahan sahaja dengan kampung halamanku di Johor Bahru, entah bila kali terakhir aku jejak kaki ke sana. Zaman kecik-kecik dulu kot. Zaman berkongsi pasport dengan mak. Pastu memang takde langsung aku masuk Singapore. Bila dah memiliki passport ni, haruslah dimanfaatkan sepenuhnya passport tu. Kebetulan lak mak ayah, adik-adik aku pun ada passport.. Apa lagi, jom!!

Jom kita gi singapore ramai-ramai!!

Pergi sehari je. Masuk pukul 10 pagi, keluar pukul 6pm. Memang super padat lah aktiviti. Super penat juga. Kaki kalau boleh menjerit, dah menjerit dah suruh berhenti. Jangan berjalan lagi. Tapi sebab gi tempat orang, tengok tempat baru. Penat pun peduli apa. Nasib baik mak ayah aku larat layan anak-anak berjalan. Tapi muka masing-masing memang jelas kepenatan. Sorry ye. Next time kita plan trip yang leasure sikit. Tapi unsur ekstrem tetap kena ada, kalau tak nanti tak terpahat di ingatan (:

Aku pergi Sabtu lepas. Kebetulan balik JB, so amik lah kesempatan ni berjalan-jalan anak beranak. Kitaorang gunakan pengangkutan awam. Memang tak nak bawak kereta masuk Singapore. Semua tak recommend. Dengan parking susahnya, mahal pulak tu. Lagipun bukan tahu jalan pun nak bawak kereta, sebelum kena saman tak tentu pasal. Marilah manfaatkan kemudahan pengangkutan awam. Lagipun boleh merasa MRT Singapore.

Gi negara yang nilai duit dia lagi tinggi dari Ringgit Malaysia memang sadis lah time kat money changer. Rate terkini adalah S$1 = RM2.41. Giler murah duit kita. Redha jelah, bila bagi RM500, dapat S$200 je. Huhuhu.. Amyway, tukar duit kat JB adalah lagi berbaloi. Aku tukar kat JB Sentral. Melambak money changer kat sana.

huhuhu.. dari 10 keping jadik 4 keping je

guna 2 keping je *jimat habis*

Aku memang niat nak sight seeing je masuk Singapore ni. Masuk nak beli fridge magnet dengan t-shirt Singapore. Hahahaha...Takdelah nak ke USS ke, Sentosa Island ke, Night Safari ke.. Tiada budget lah. Mungkin lain kali boleh lah. Kali ni cukuplah setakat jalan-jalan tengok negara orang je.

ni wajib beli ni kalau pergi negara orang

Jalan kat bandar Singapore memang sangat teratur bagi aku. Pedestrian facilities juga sangat best. Taklah aku rasa terseksa tolak stroller Eisya. Signages pun boleh lah. Takde lah sangat details sampai aku tak termangu-mangu nak carik jalan kan. Tercengang-sengang jugak kejap. Signboard yang penting tu adalah. Tahulah aku mana nak tuju nak ke MRT Station. MRT sistem pun lebih kurang sama je dengan sistem kita. Sistem kita lagi friendly kot. Train dia lagi bestlah, sebab lagi luas, lagi panjang. Tambang pun tak mahal mana, tapi sebab duit dia lagi mahal. Terasa lah jugak.

ke mana kita?? mana MRT ni?? 

Eisya mulanya macam takut, pastu sibuk nak turun,

Aku cuba jugak tak nak convert bila each time bayar pape, tapi otak ni tetap nak convert. Terus rasa mahalnya air mineral ni. Sedangkan S$0.80 je kot.

*orang kata, jauh berjalan luas pengalaman. so lepas ni ke mana kita??