Showing posts with label itu cinta. Show all posts
Showing posts with label itu cinta. Show all posts

09 December 2009

terima kasih *ok, tajuk macam tak sesuai*

Melihat gambar-gambar kawin kawan yang diupload secara meriah di FB, buat aku tersenyum sorang2 depan screen komputer. Alhamdullilah.. Dan yang buat aku gembira, mostly smua akhirnya bersatu dengan cinta pertama mereka. Cinta yang ditemui masa zaman susah senang bergelar student. Cinta zaman diploma. Sebab tak kuat terima dugaan, ada yang terputus kasih.

Tapi kalau dah memang jodoh kan, tetap bersatu.


Cinta pertama beb.. susah nak dilupakan. Lagi-lagi kalau dia tetap menjadi yang terbaik, walau ada pengganti. Dia jadik penanda aras bagi segala segi. Memang susah nak bina hubungan baru. Mungkin sebab tu, ada yang sanggup membujang ke tua bila cinta pertama tu gagal. Chemistry cinta pertama sukar digambarkan beb.. Dan tak mustahil kan, ada org yang boleh terjebak dalam isu skandal walaupun dah sah jadik milik org lain bila cinta pertama datang menegur kembali. Tambah pulak kalau ada problem dengan hubungan yang dah pasti halal tu.


Aku bersyukur sangat. Sebab akhirnya kami berdua sah disatukan. Aku ingat wish sorang member, dia sms lepas hari nikah 'bersatu jugak korang berdua' Sebab dia antara org yang saksikan perjalanan hubungan kitaorg. Dari zaman hingusan di UiTM, zaman giler dating siang malam, zaman kitaorg terpaksa berjauhan. Zaman tak tentu hala. Dan bila kitaorg kembali bersama, dia pesan 'kawin cepat2 weh'


Sesungguhnya, aku sayang sangat hubungan ni. Sedaya upaya aku akan usaha jaga hubungan ni. Gangguan luar adalah sangat minta dijauhkan. Dan paling penting, aku akan amat tidak boleh terima kecurangan. Aku tak rela ditipu. Kalau betul dah tak mahu, dah jemu.. tolong jangan tipu aku. Terus-terang.. sakit kena tipu,lagi perit rasanya dari orang tak mahu.

Dan aku paling tak boleh terima bila lelaki mahupun perempuan tu amik keputusan nak berkahwin dengan someone, sebab tuntutan sekeliling semata. Bila umur agak dah lanjut, kawan2 lain dah beranak 2, tapi kau bujang lagi. Pastu dah tak larat nak jawab pertanyaan yang satu tu. Bila mak ayah cadangkan seseorang, kau main setuju je. Tak sepenuh hati kau berjanji nak sehidup semati. Bila tiba2 nanti, muncul orang yang kau dambakan, yang kau rasa lebih sesuai untuk bersama.. pelbagai alasan kau cipta, biar konon tak salah kalau ko beralih arah.

Walau apa alasan kau bagi.. It's still NO for me.. Minta maaf..

Dia milik saya, jangan sape berani kacau..

*kalau ada masalah, bawak lah berbincang. jangan luahkan kat org lain. tu mengundang bala namanya. dah lah confirm2 dpt dosa citer hal umah tangga kat org luar.. salah citer, binasa jadiknya

18 August 2009

katakan tidak

Menonton P.S I love You bersama suami tempoh hari telah membuatkan terpikir macam-macam hal. Buat semua benda, mesti terfikir yang bukan-bukan. Sediakah kalau terpaksa hidup bersendirian tanpa dia di sisi?? Lagi-lagi kalau masih belum berasa puas hidup bersama. Dan lagi seksa kalau ada benda yang kita masih belum sempat nak buat dengan dia. Hati mesti terkilan tahap maksima.

Jawapan yang pasti : Tidak sanggup sama sekali.

Dan sebab tu ada setengah orang akan berfikir 'biarlah aku yang pergi dulu, sebab tak sanggup nak tanggung rindu' tapi lepas tu berfikir lagi 'kalau aku pergi dulu, tinggal dia sorang2, mesti dia lagi sedih' Hah, ko pilih...mampu ke nak buat pilihan.
Yang penting, sekarang ni tak nak memilih. Kedua-dua option adalah tidak menarik. Tak best langsung. Takde pilihan lain ke??

Tapi tu lah kan, bila dah hilang, dah takde depan mata baru kita reti nak appreciate apa yang kita ada.

Ohhh, dan sangat penting mengabadikan saat2 manis berdua. Momen2 terindah bersama. Biar bagi org lain peritiwa tu macam entah pape, tapi sangat bermakna bagi kita. Sama-sama lah kenang balik saat tu. Saat 1st time kita jumpe, perkataan pertama yang kita sebut masa jumpe. Sangat best lah kalau diingat kembali. Kalau nak lagi best, gi buat semula, pastu video kan. Giler over.. tak perlu kot, cukup lah kalau masing-masing boleh simpan dalam otak dan hati sendiri, tu lagi bermakna. Setuju??

Tiba-tiba rasa mahu ajak suami tour UiTM tu lah.. gi balik Blok Teratai 3 tu, tempat dia selalu park motor tunggu gf dia ni turun. Sebelum turun kena jenguk dulu dari tingkap, tgk dah sampai ke belum bf aku tu. Ohhh, kena paksa dia amik semula motor tu, kena jaga elok2 itu motor. Sangat banyak kenangan sama dia *terus rasa nak geladah carik gambar dulu2* Dan sehingga kini dia akan terus mengusik, betapa sombongnya bini dia ni dulu. Masa our 1st class, waktu semester pertama diploma dulu. Dia tegur, selamba kodok je aku buat tak laayan. Hahahahah... kamu tidak cukup menarik la sayang waktu tu. Mintak ampun..tapi lepas2 tu, dengan kamu je saya ke mana-mana.

Kenangan sangat indah lah. Dan sesungguhnya saya tak sanggup nak kehilangan kamu. Kalau dalam movie tu, the heroin took a year tu recover, mungkin bini kamu ni perlukan lagi banyak masa untuk tidak lagi terus hidup dengan kenangan sama kamu. Tempoh 7 tahun sebelum sah menjadi milik kamu tu saja, dia punya kenangan melambak-lambak. Yang tu je amik masa entah bape lama nak lupa. Ohhh..tolong lah.. sangat tidak sanggup!!!

Dan hingga kini, tiap kali kita lalu kat area tasik belakang masjid tu, mesti kita sama-sama terasa nak ulang tayang acara kita makan nasik lemak kat tempat duduk batu kan. Pe kata kita buat sekali?? Tapi kali ni, kita masak sendiri lah.. Nak tak sayang??