Showing posts with label naik bulan hisap madu. Show all posts
Showing posts with label naik bulan hisap madu. Show all posts

04 August 2009

Ekspedisi Ke Bulan Langkawi

Hoyay!!!

Dah tamat aktiviti menghabiskan masa berdua bersama suami. Hari ni dia keje. Bini dia amik cuti. Biasalah, mana i larat nak gi keje. Cuti yang tak bape banyak tu kena la gunakan. Dah tinggal umah 3 hari, melambak ok keje menanti.
Badan ada sikit rasa letih, tapi hati masih lagi dalam mood kegembiraan, sbb tu lupa jap rasa penat tu. Lagi2 bila layan gambar-gambar gedik bersama suami. Tak rasa letih sikit pun jadiknya.

Kami ke mana?? Alah, gi Langkawi je. Tu pun guna penerbangan Economy Promo Air Asia. Ni ekspedisi naik ke bulan budget namanya. Tapi bila dah ada kat sana, feeling mcm org terlebih duit pulak gamaknya. Asyik keje membeli je. Nampak tu nak, nampak ni nak.. smua nya nak. Aiiyyooo!!! Sgt tidak berdisiplin. Tapi takpe lah kan, setahun sekali je. Confirm lepas ni laki aku kuarkan polisi 'Percutian Setahun Sekali' tampal besar2 kat dinding umah. Hahahahah *imaginasi terlebih*

suka hasil gambar ini, walau agak tidak menjadi.

melayan sang suami. suka hasil keje kamu la suami. gambar kamu guna panoramic view yang saya amik smua mcm tak bape jadik je. jgn marah ye


alah, yang ni kira ok lah kan

hahahah.. org smua ngan bangga hurung DSLR, kitaorg rileks je. Mengedik ngan N86 ni je. Gambar tetap mantap. Kata 8MP, 8G..pe lagi mau

kamu mmg pandai amik gambar lah suami. ni pakai hp je ni. kalau bagi DSLR,mesti lagi hebat kan. pe?? hadiah bday taun depan nak satu?? boleh..boleh... pastu 10 taun takde present, sila pilih.. mau yg mana.

berlindung di belakang suami.. dengan topi rm19.90 beli kat kedai kat Chenang..
sedang menunggu feri mahu ke Pulau Payar main kejar-kejar sama ikan..

gayat ok kat atas ni. mmg cuak, dah lah angin kuat, goyang2 ok jambatan ni. tapi laki aku mcam tak rasa pe je gamaknya, asyik snap sana, snap sini..

saya sedang ketakutan

tengok, dia sedang mengajuk bini dia yg sedang ketakutan dan gayat. eleh..

tapi bila suami saya ajak amik gambar sambil diri tgk air terjun kat bawah tu, tak pulak gayat.. haiiyyyaaa...tp ko tak tau, merangkak aku nak bangun pegang tiang tu smua. senyum pun mcm terpaksa je tu

Ini adalah edisi tayang gambar secara rawak. Sila jangan muak atau geli sebab tuan punya badan sedang dalam mood dengan gambar sendiri. Ok, sebentar lagi suami mau pulang. Nak panaskan mihun sup. Misi tak mau makan nasik kini dilancarkan. Tapi mulai esok 3 hari duduk hotel, berkursus... habis jahanam kawalan pemakanan. Isskkk, dah la makan 6 kali sehari.. habis rosak program...

mihun sup main tibai, sekali jadik dan mantap. guwe suke...

* tak nak makan nasik, abis tu coklat yang melambak2 ko borong kat langkawi tu nak bagi sape makan???