12 November 2010

Rezeki ni namanya

Ohhh, permulaan hari yang sgt memberangsangkan. Kalau kejadian ni berlaku pada hari Isnin mesti lagi bagus. Mesti aku lebih bersemangat nak keje aritu.

Masih ingat contest yang Eisya sertai baru-baru ni?

Wah, sangat tak sangka. Boleh tersenarai dalam penerima hadiah. Walau hanya saguhati. Hadiah tetap hadiah. dan ibu dia makin berbesar hati sebab buat pertama kalinya penyertaan membuahkan hasil. Wahh..sukanya hati saya.

Habis la. Lepas ni makin galak la ibu masukkan Cha segala jenis penyertaan.

Penerima hadiah saguhati Giveaway: Baby in Style anjuran Puan Fad, ibu Imaan.
Eisya: Tq ye aunty.. nanti buat conetst lagi eh

*ni buat gua semangat nak shopping baju anak lagi ni

#4 Tabiat kegemaran yang patut dilupus

Day 04- A habit that you wish you didn’t have.

Tabiat yang aku harap aku tak miliki?

Mungkin lebih tepat, yang suami aku tak ingin. Sebab aku tak kesah pun ngan habit yang satu ni. Tapi laki aku yang yang rimas tgk aku mcm tu. Dia mmg cukup hangin. Tapi sayang bini punya pasal, dia tegur 2,3 kali aku masih gak mcm tu. Dia biarkan je lah. Malas nak layan.

Apakah tabiat itu??

Jawapan: Balik keje, tak mandi terus landing join Eisya tido.

Hohoho..ini namanya pengakuan berani mati beb. Tapi itu lah, adakalanya badan kita ni sgt manja. Letih terlebih. Tu yang pantang terbaring, terus lena. Tepuk-tepuk bontot anak, terus sendiri pun lelap sama. Tapi selalunya aku akan terbangun pukul 10 atau 11 malam, Time Ekwan dah nak tido. Time tu lah aku bangun mandi, kemas dapur, kosongkan sinki sambil basuh baju. Gosok baju, basuh bottle susu Eisya. Uiihh, rutin kehidupan malam yang tak tahu bila akan berakhir. Settlekan segala keje yang tertangguh. Pastu tak bleh tido dah. Dan terhasil lah entry di tengah malam yang akan dipublish esok pagi.

Dan saya juga berharap saya mempunyai memori yang sangat kuat. Jangan jadik pelupa. Lagi-lagi bila masuk bilik air pagi-pagi, pastu tak tahu mana satu berus gigi sendiri. Beli lagi berus gigi sama design ngan laki punya. Dah lah asyik 'yang, berus gigi orang kaler pe?' Tapi kalau dia tgh tido lagi, aku balun je. Kata suami isteri.. pe de hal.

Hah lagi satu, saya juga berharap saya tak mudah lupa diri di kala dapat duit gaji. Semua aku nak borong. Pastu mulalah menganga.

Okay. Sudah. Jangan dedahkan banyak sgt keburukan diri. Tak elok.