24 December 2010

kesan berpanjangan

Eisya dah 8 bulan, tapi aku masih seriau setiap kali masuk bilik air nak melepaskan hajat besar. Sorry lah, pagi-pagi aku dah bercerita pasal hal bilik air. Ni semua gara-gara kejadian pagi tadi. Sampai lewat aku gi keje.

Sampai bila la aku nak macam ni? Setiap kali nak tunaikan hajat, terkerut-kerut muka. Habis segala kepala paip, batang paip aku pegang. Dah rasa macam nak beranak pun iye. Cuma takde contraction je. Serius beb, aku sangat takut. Terjinjit-jinjit aku, tak berani nak betul-betul mencangkung. Dan sebab tu juga aku kini adalah peminat tandas duduk yang dulunya tak sudi langsung aku nak guna. Tapi kalau dah takde pilihan, tu yang rasa masuk toilet macam masuk labor room. Lagi-lagi kalau isi perut dah diperam 2,3 hari. Boleh mengalir air mata la aku dalam toilet tu.

Aku sorang kah yang menderita begini?? Ke korang semua takde masalah??

Eisya dulu kena sedut nak keluarkan dia dari perut aku. Dan mungkin sebab tu, bawah tu rabak dia boleh tahan. Tapi aku tak tanya pun dulu ngan doktor yang uruskan tu. Tak larat dah aku nak tanya macam-macam. Tapi memang lama lah dia kerjakan aku dulu.

forceps and vacuum extraction delivery method
-patut lah lonjong2 kepala Eisya dulu-

dan bayangkan la kalau benda-benda gini dah masuk kat bawah tu. rabak tak rabak la kan. aku nampak doktor tu pegang benda ni dulu, tapi masa tu tak pikir apa dah. buat lah apa korang suka. cepat la keluarkan anak aku ni.

Aku amik masa 4 hari lepas bersalin untuk membuang isi perut. Tu pun dah dipaksa-paksa. Telan buah oren setiap kali makan. Bila macam tak berkesan, masuk ubat dalam bontot. Berapa lama aku dalam toilet, jangan tanya. Dan sila percaya, aku tak berani langsung nak duduk. Berdiri la aku. Mak aku kata 'duduk hujung-hujung mangkuk tu je' Takpe la mak, anak mak penakut. Dia jumpa kaedah yang lagi berkesan dan selamat.

Sepanjang pantang memang aku telan buah je. Sebab tak sanggup kalau kena sembelit. Ubat paksa 'membuang' tu pun aku sediakan banyak-banyak.

Ingatkan lepas habis pantang, aku akan boleh menikmati kembali proses melepas hajat yang normal. Tapi aku silap. Tetap sama. Macam seksa sangat nak buang isi perut. Sampai aku rasa 'doktor ni jahit sekali ke lubang bontot aku??' Nak tak nak, aku akan pastikan aku mengeluarkan segala isi perut setiap hari. Jangan kasik dia duduk lama-lama, mengeras dalam perut. Mahu aku teresak-esak kan. Dah la tak bleh nak meneran lebih-lebih. Hah.. smpai sekarang juga aku tak berani nak meneran ok, aku penakut.

Tengok Eisya meneran setiap pagi, seronok je.

Macamana lah aku nak sedia nak beranak lagi, kalau kesan dia masih tetap ada sampai sekrang? Tu belum lagi tiba-tiba aku teringat sakit contraction tu.. I'm really not ready for next labor.

Eh.. adakah masalah ni hanya aku yang hadapi? Korang yang lain, yang mungkin juga anak korang disedut, ada problem sama macam saya kah?? Ke tiada?? Saya sorang-sorang saja kah? Ke korang ada apa-apa petua/kaedah yang boleh diamalkan. Sila bagitahu ye. Aku tak nak la, masuk toilet pun seriau.

*maaflah kalau entry ni buat mereka-mereka yang sedang menunggu hari tiba-tiba merasa cuak. takde niat. sungguh.

22 December 2010

itu hak dia

Semalam Eisya sangat behave. Diam-diam dia main kertas sorang-sorang. Habis renyuk-renyuk flash cards dia kerjakan. Selalu dia akan bising-bising main ngan abah dia. Tapi petang semalam, senyap je. Aku kat dapur ni dah pelik. 2 beranak ni main atas katil ke. Bila jenguk ke ruang tamu, Ekwan tengah sibuk update report, Eisya pulak tengah seronok kemam kertas kat hujung tilam yang memang sentiasa terbentang depan tv tu. Ralit je dia. Bila panggil, dia toleh sengih pastu kemam kertas balik.

Tak pulak dia tergesa-gesa tinggalkan kertas-kertas tu, mengesot nak datang kat ibu macam selalu. Aku panggil lagi. Dia toleh, sengih. Main kertas semula. Tak heran sama ibu sudah.

Tiba-tiba aku macam 'warrgghh!! Eisya tak hiraukan aku'

Terus aku tinggalkan ikan tongkol yang tengah bersinggang atas dapur. Terus angkat dia, cium dia. Peluk dia. Tiba-tiba macam sangat rindu kat Eisya. Terasa macam tak patut biarkan dia main sendiri macam tu. Terus bebel-bebel kat Ekwan sebab tak layan Eisya. Laki aku layankan aje bini dia yang tiba-tiba emosi. Tapi serius, semalam aku rasa macam sangat sedih. Terasa betapa singkatnya masa aku ada bersama Eisya. Sehari berapa jam je dia bersama aku. Pagi-pagi adalah dalam sejam. Petang pun dalam sejam dua sebelum dia tido. Harapkan hujung minggu je lah.

Hujung minggu pulak, itu je lah masanya nak bangun lambat skit. Eisya pulak seperti biasa, tetap celik jam 6.30am paling lewat. Aku sedar, ada masanya aku 'terbiar' Eisya berjaga sorang-sorang. Bergolek-golek la dia atas tilam kat ruang tamu tu sorang-sorang sampai tertido semula. Tertido sendiri lebih tepat. Bersalahnya la aku rasa sebab abaikan dia sampai macam tu. Pernah juga dia menjadi sangat cranky. Merengek je sepanjang masa. Semua aku buat tak kena. Asyik la nak berdukung. Aku penat. Aku dah tak larat. Aku jadik meluat nak melayan kerenah dia. Tanpa sedar, aku terus letak dia atas tilam dan meninggi suara 'dah la Eisya, ibu malas nak layan awak' Terus aku tinggalkan dia. Menangis-nangis dia kat situ. Aku masuk bilik. Nasib baik abah dia ada. Mengadu nasib la dia kat abah dia.

Eisya, ibu minta maaf sayang.

Terasa takde guna aku jaga segala keperluan dia yang lain. Beli baju sampai tak muat almari. Tambah koleksi mainan setiap bulan. Tapi emosi dia tak berjaga.

Memang bukan selalu terjadik, tapi sekali pun tetap terjadi kan. Hari ni, aku bertekad. As Eisya bukak mata, aku akan pastikan aku bersedia nak melayan dia. Tak mahu sampai dia kena panjat-panjat badan aku, korek-korek mulut aku baru aku nak bukak mata tengok muka dia yang tersengih-sengih baru bangun tido tu. Lagi-lagi time hari Sabtu ngan Ahad. Isnin sampai Jumaat memang tak masalah sebab selalunya memang aku yang akan bangun dulu. Aku nak pastikan Eisya akan mendapat sepenuh perhatian dari ibu ngan abah dia pada Sabtu dan Ahad.

Sebab tu je masa yang kami ada untuk luangkan bersama. 24 jam sehari.

Malam-malam kalau dia tak nak tido, asyik nak bermain pun aku tak kan marah. Biarlah. Tak kan aku paksa dia tido semula. Dan kalau dia bangun pukul 2,3 pagi pun. Selagi larat aku layan la dia borak pagi-pagi buta tu. Biar esok aku tersengguk-sengguk. Tapi tak kan aku biarkan dia sorang-sorang. Aku akan sentiasa cuba luangkan masa untuk dia.

Aku bukan nak manjakan anak secara maksima. Aku hanya nak beri sepenuh perhatian yang dia layak dapat dari mak ayah. Tiap hari, balik keje. Aku sedih sebenarnya mengenangkan Eisya yang terpaksa duduk kat nursery sampai 11 jam sehari. Tengok dia yang terlompat-lompat kesukaan dalam dukungan orang kat pintu bila nampak aku ngan Ekwan datang nak amik dia, tersentuh hati beb. Mesti dia rindu kat ibu ngan abah dia. Mesti dia tertunggu-tunggu. Tu sebab aku memang akan sangat nak mengamuk kalau Ekwan lambat datang amik aku. Aku tak nak Eisya tunggu lama. Tak nak dia jadik orang terakhir tinggalkan nursery.

Aku bukan ibu yang sempurna. Tak mungkin aku mampu berikan semuanya kat Eisya. Tapi aku percaya, langkah pertama nak mendidik anak. Sila jaga emosi anak. Berikan segala perhatian. Barulah nanti senang dia nak percayakan kita. Senang nak dengar kata.


*aku tak kan marah lagi kalau dia asyik nak berkepit je ngan aku lps ni. biarlah orang kata 'manjakan sangat lah anak tu' aku tak peduli. selagi berkesempatan nak belai dia, aku akan beri sepenuh tumpuan kat dia. sebab aku percaya, peluang ni tak kan dtg lagi. layankan sangat kata-kata org, hak anak aku terabai
** bila Eisya tak nak dengan orang, nak ngan mak bapak dia je. bagus gak aku rasa. sekurang-kurangnya aku pasti dengan yakin yang dia hanya selesa, rasa selamat hanya bila bersama mak ayah dia. biarlah orang nak kata dia ngada-ngada ke, manja ke.. peduli..