30 January 2012

Tiada Halangan

Ginilah gayanya kalau orang berhutang demi sekeping kertas bernama Ijazah *tetiba: mana aku nyer kertas yg sekeping tu erk???*

Ye, ye..hutang belajar adalah menimbun-nimbun. Boleh beli kereta sebijik. Tapi nak buat macamana, dulu masa muda belia mana terfikir hal menanggung hutang ni. Orang offer, dengan pantas aku pun gi join bawak pen sign agreement. Pastu tak menyabar nak dapat duit, lambat sikit mula bising sana sini. Konon nak beli buku lah, assignment lah. Sedangkan duit yuran mak ayah dah tolong bayar dah. Tengah nak bayar sewa rumah, pastu makan ngan minum. Alah, duduk kat UiTM ada subsidi makan. Tengahari gi je beratur kat dewan makan. Makan lah secara percuma. Tapi sebab ada PTPTN, mulalah nafsu nak itu, nak ini.

Serius, kalau aku boleh ulang balik zaman bergelar mahasiswi. Aku rela kot, hidup tanpa PTPTN. Boleh je kot aku survive dengan duit yang ayah aku bagi bulan-bulan. Ni tidak, PTPTN habis, duit ayah bagi pun habis. Memang tak bermanfaat kan. Hhhmm.. muda-muda, tak merasa sendiri susah payah carik duit. Tu yang tahu menghabiskan je. Pastu sekarang menyesal. Tapi tak guna beb, hadap lah slip penyata hutang PTPTN tu. Tak bayar, elok-elok 32K, tahun depan 33K.. Memang menangis lah.

Setahun pertama lepas belajar, walaupun dah ada keje tetap. Dengan gaji yang agak lumayan sebagai seorang  bujang yang tiada komitmen hutang, tapi aku agak degil nak melaksanakan tanggungjawab sebagai pemiutang. Bila mak aku call sekali-sekala dan dia tanya 'bulan ni dah bayar PTPTN??' Dan bila aku kata 'tak lagi' dan dia mula berhujah, rajinlah aku berjalan gi bank bayar. Tu pun bayar seminimum yang boleh. Gila degil. Bila dah mula ada hutang, dah beli kereta. Sibuk pulak nak kawin, makin liat aku nak membayar. Macam tak sedar diri kan, masa dapat bukan main seronok. Suruh bayar semula, terkedek-kedek. Tak tahu malu pun iye.

Pastu bila Imigresen mula menyekat pemiutang dari keluar negara, aku macam cuak. Takut gaya macam selalu sangat lah ke oversea, sedangkan sekali pun tak pernah. Mulalah aku sedar diri, bayar la jugak. Biar sikit, tetapi PTPTN tetap terima duit aku setiap bulan. Bila semak, nama tidak tersenarai dalam golongan yang disenarai hitam, mulalah liat balik. Dasar degil kan.

Mana nak semak?? Dulu boleh semak dari URL PTPTN, tapi sekarang dah tak boleh rasanya. Aku rasa, yang imigresen punya ni boleh digunapakai kot.Aku tetiba gabra gak manalah tahu tiba-tiba blacklisted kan. Aku dah beli tiket nak gi negara jiran ni. Tak mahulah kang tiba-tiba kat boarding gate kena tahan. Malu weh.. Tu yang gagah aku semak status kelayakan nak ke luar negara ni. 


Alhamdullilah.. TIADA HALANGAN katanya. 


Aku nak didik diri, jangan degil. Jangan liat. Jangan jadik kacang lupakan kulit. Hutang tetap hutang. Mati berhutang ni payah. Kalau ikut jadual, aku kena bayar dalam RM400++ sebulan kat PTPTN. OMG!! Banyak, memang banyak. Kalau aku bayar 400 seperti yang disuruh, memang aku duduk diam-diam je lah. Tak beli baju baru, duit makan gi opis pun kena mintak kat laki. Duit belanja rumah, bil segala, memang aku tak bleh tolong bayar lah. Semua Ekwan kena tanggung sendiri, makin melidi lah laki aku. Maka, aku nak latih diri, awal bulan bayar RM100 minimum, hujung bulan, ada lebih bayar lagi. Kalau takde, cukuplah yang awal bulan tu (:

Dah cukup baik akak bayar tau.

Yang sama macam aku, yang berhutang demi sekeping Ijazah. Bayarlah balik hutang tu, tak boleh banyak, sikit pun jadik lah. 

Dan InsyaAllah, anak-anak aku nanti. Tak payah lah berhutang nak belajar. Menabung la dari sekarang. Semoga nanti bila dah kerja, tak payah pening nak pikir bayar study loan. Pikir mana nak bawak ibu abah gi holiday je (: 

Amin

*bila la nak gi buat pasport ni???

27 January 2012

Menu Diet: Ayam Kukus Bersayur

Program pengurangan lemak dibadan masih gigih diteruskan. Baru 2 hari apa, tak kan nak stop. Main-main namanya tu. Jadik bahan jenaka je kang. Hari pertama hanya bersalad. Hari ke-2, ingatkan nak bersup sahaja. Tapi mengenangkan perut anak dan suami yang masih berkeinginan nasi. Kenalah juga aku masak sesuatu yang sesuai untuk smua perut. Untuk aku, nasi semestinya tidak. Jawabnya makan lauk je lah.

Bahan pengisian perut kami anak beranak malam tadi.

Ayam yang dikukus bersama sayur-sayuran

Eisya kata 'dappp.. lagi' Suka hati ibu dia. Satu mangkuk habis sekali santap je. Punyalah aku niat nak bawak untuk lunch hari ni pulak, tapi habis licin laki aku keje kan. Tapi bagus lah jugak, tak membazir. Nasi pun habis. Senang keje aku. Memang akan repeat lagi sekali ni. Mudah dan lazat untuk diratah. Sehat pun iye. Kukus kan. Resipi?? Okay, marilah aku kongsikan resipi yang aku temui di alam maya ni. Sorrylah, tak ingat dah tempat asal resepi ni aku temui. 

Ayam Kukus Bersayur

Bahan-bahan yang perlu ada:
  • isi ayam di potong kecil (ikut suka la nak letak banyak mana, aku guna 1/4 ayam)
  • halia dihiris halus
  • bawang putih 6,7 ulas
  • 1/3 cawan sos tiram
  • 1/2 cawan air panas
  • sayur-sayuran: brokoli, cauliflower, carrot
Cara memasak: (yang sangat mudah)
  1. Tumis halia dan bawang putih  dengan sedikit minyak. Bila dah naik bau, masukkan bancuhan sos tiram dan air panas. Masak sampai mendidih.
  2. Bila dah mendidih, asingkan sedikit kuah tumisan tadi. Kemudan masukkan ayam ke dalam baki kuah, dan gaul rata. Kemudian tutup api.
  3. Kemudian tuang tuah ke dalam bekas yang sesuai (kalau ada caserole correlle mmg best) untuk dikukus. Susun carrot dan kukus 10min
  4. Lepas tu masukkan pulak cauliflower, kukus lagi 5 min. Pastu brokoli pula, curahlan lebihan ramuan bawang dan sos tiram ke atas brokoli. Kukus lagi 5 min.
  5. Siap dan boleh hidang. Sedap

Patutnya masak guna periuk kukus, tapi aku malas nak kuarkan periuk kukus. Nak guna electric steamer pun malas. Malas nak membasuh segala part dia nanti. Sudahnya aku guna microwave je. Hahaha..senang keje achik. Achik memang suka segala benda yang memudahkan. Kalau guna microwave, boleh kurangkan sikit timing mengukus tu rasanya, lagi-lagi kalau guna high temperature. Nanti sayur terlebih masak.

Malam ni boleh cuba Sup Brokoli, untuk breakfast esok. (: