30 December 2015

Ihtifal 2015 NurKids

Ini memang sungguh-sungguh entry tertunggak namanya. Tapi event ni adalah event sekali dalam hidup, event yang sangat bermakna untuk Eisya bagi aku. Perlu diabadikan dalam blog untuk dijadikan kenangan. Nanti dia dah besar nak tunjuk semula kat dia. Maka, walau dah berlalu sebulan lepas, aku tetap nak citer pasal konsert akhir tahun dan ihtifal NurKids ni. Majlis diadakan pada 22 Nov 2015, seminggu sebelum kami ke Hong Kong. Sehari sebelum berpindah sepenuhnya ke kuarters. Malam sebelum tu senang nak suruh Eisya tidur. Risau sungguh dia kalau kitaorang terlambat. Dan nyaris-nyaris aku tersilap masa. Aku ingatkan event mula pukul 3pm tapi actually 2pm. Nasiblah terfikir nak tanya cikgu dia semula. Kalau tak silalah hadap kemerajukan Eisya.

Nasiblah majlis ni buat berdekatan kawasan rumah. Dekat Dewan MBSJ sebelah Sunway Pyramid. Memang selalu nampak dewan tu tapi masa nak pergi tu boleh pulak pintu masuk yang biasa kelihatan tu tutup, kena masuk ikut pintu depan. Dah berpusing-pusing carik jalan. Cik Eisya dah risau dia lambat. Risau teacher marah dia kata. Huhuhu.. Bukan main lagi, pesan cikgu punyalah patuh. Nasib baiklah dapat sampai sebelum event bermula. Parents kat NurKids ni semua kebanyakannya memang punctual. Jarang event NurKids ni mula lambat dari jadual.

Sampai-sampai terus bagi Eisya kat teacher dia. Semua student akan buat 2 persembahan. Budak 5 years akan menarik lagu tradisional dan 1 lagi nyanyi lagu arab ngan  bdk 6 years. Sebelum konsert ni memang tiap malam lah Eisya ni tunjuk kat aku apa yang dia berlatih kat sekolah. So, arini dapatlah tengok full performance dia. Walau pun keras semacam je, okaylah tu. Dia ingat steps, tak kejung atas tu. 

Sebelum majlis bermula, baca doa dan ikrar beramai-ramai.

Tersengih-sengih atas pentas. Sebelum tu berkali-kali dia kata 'Ibu, teacher Yana kata nanti jangan panggil-panggil ibu abah, boleh senyum je' Anak aku memang patuh cakap cikgu. Kalau tengok, semua kawan-kawan dia pakai anak tudung hitam tu. Tapi aku tengok dalam plastik baju yang cikgu bagi takde pun. Sudahnya Eisya sorang lah tak bertudung.. bukan salah mak, 

Eisya dan kawan-kawan sekelas. Selama ni aku dengar je dia sebut nama kawan-kawan dia tu. Kawan yang paling selalu disebut Puteri dengan Nufah.Sebab derang ni je yang stay sampai petang dengan Eisya kat NurKids. Yang lain balik tengahari.

Masa persembahan dengan budak 6 years. Keluar dah perangai galak dia, terlompat-lompat atas stage. Tu kadang macam tak percaya bila pagi-pagi dia buat muka sedih tak nak gi sekolah, aku tau dia happy sebenarnya kat NurKids ni.

Persembahan beramai-ramai. Nanyi lagu Terima Kasih Cikgu, Upin Ipin tu. Meriah

Ibu, abah dan Elma. Elma tu berkali-kali membuat percubaan nak ceroboh pentas masa orang buat persembahan, Terpaksa ibu jadik mak guard.

Sementara tunggu budak-budak 6 tahun bersiap untuk majlis graduasi. Waahh, hebat sangat budak-budak tadika zaman sekarang ni kan. Siap berjubah bagai. Lagu konvo. Dapat scroll. Takpe buat pembakar semangat bila besar nanti boleh konvo betul-betul. Hiruk-pikuk lah dewan tu sementara tunggu majlis bermula. Elma lah paling seronok, tercapai impian dia nak naik dan berlari-lari atas pentas. Lasak sangat dia ni, Bila amik turun kan, dia panjat semula. Nak biarkan main sorang kan dia terjun pulak pentas tu. Nak tak nak, kenalah mengekor dia.

Kitaorang tak tunggu sampai habis sebab Elma dah start mengamuk sebab berebut belon, lagipun nak full blast kemas rumah nak pindah esoknya. Acara yang melibatkan Eisya pun dah habis, Maka, jom kita balik.

Setahun Eisya dengan NurKids. She's enjoying it. Belajar pun ada improvement tapi bab tu subjektif sebenarnya, Eisya ni jenis kena selalu follow up, kena selalu buat latihan dengan dia, Kalau tertinggal, memang dia lupalah. Macam sekarang ni, kalau suruh baca suku kata pun dah lupa-lupa, Sebulan asyik main, tengok TV je. Mak malas, gitu lah. Tak boleh harap sekolah sangat. Maka, antara azam aku 2016 adalah, Balik rumah jangan bukak TV dulu, Masak, mandi.. Lepas maghrib makan pastu buat revision dengan Eisya dulu. At least 30 minit sehari. Lepas tu baru tengok TV. Semoga aku dapat disiplinkan diri. Kena. Eisya nak sekolah dah 2017, dia masih tak boleh membaca, Aku kena gandakan usaha. Mesti.

**Banyak video tapi malas lah upload sini. Kita upload kat Google Drive ngan Google+ je lah sebagai back-up.

29 December 2015

Hong Kong Adventure - Part 2

Oiitt, lama ni entry Hong Kong aku tertangguh. Banyak sangat entry selingan. Marilah kita sambung pengalaman kami sekeluarga ke Hong Kong. Sebelum terlalu lambat untuk dikongsi bersama.

Kami sampai MK Hotel, Mongkok dalam pukul 3 lebih. Dah makan-makan, dah rileks-rileks sikit, budak-budak dah tidur sikit. Mandikan derang dan siap-siap keluar semula. Tak kan nak rugikan masa yang ada. Sia-sia lah sampai awal kan. Plan nya malam tu nak ke area Tsim Tsa Shui. Nak pergi Avenue of Star pastu tengok Symphony of Light. Tapi boleh pulak Avenue of Stars tu tutup masa aku datang ni sebab tengah renovation. So, kita tengok lampu je lah. Berjalan lah kami ke stesen MTR yang berdekatan dengan hotel iaitu Mongkok Station. Tak jauh mana, dalam 10minit jalan kaki. Jalan kat tempat orang. 10 minit tu seronok je. Tengok bandar Mongkok tu. Tengok orang-orang dia. Tengok kedai-kedai dia.

Hong Kong memang terlalu padat bagi aku. Sesak.

Di kawasan berdekatan hotel.

Save location hotel dulu sebelum memulakan perjalanan, Senang nak carik jalan balik semula nanti.

Berhenti tepi tiang traffic light, amik gambar hanya boleh dilakukan bila bergelar pelancong di tempat orang. Sila jangan buat di tempat sendiri. Huru-hara tudung akak, laki tak tegur pun. Huhuhu...


Jalan tempat orang, stop amik gambar gini memang lumrah. Gambar gini wajib ada. Konon blend in dengan life local peoples. Memang meriahlah malam derang. Orang sentiasa ramai. Tapi jalan raya dia tak sibuk. Takde kereta sangat. Pedestrian walk dia yang busy, sentiasa ada orang.

Masa kat MTR station, terkial-kial jugak nak beli tiket. Nasiblah ada instruction dalam english. Pastu orang dia boleh communicate in inggeris. Tak terbayang aku kalau pergi tempat yang orang dia tak paham english. Menangis kot. Tak pun sentiasa kena bergantung harap kat google translator lah. Dan luckily, orang-orang Hong Kong yang kitaorang jumpa atau tegur semua baik belaka. Masa Ekwan terkial-kial nak beli tiket tu, ada sorang ni dengan baik hati tolong kitaorang belikan tiket guna mesin tu. Tapi dia nak cepat kot, tak sempat aku nak tanya nak turun tangga mana nak amik tren dia dah laju jalan. Nasib sempat cakap thank you. Dan terkial-kial lah semula nak carik jalan ke tren. Banyak sangat okay tangga dia. Ada 4 kat atas ni, pastu kat bawah pecah lagi. Kat KL Sentral yang ada 2 laluan tu je pun aku penah silap jalan, inikan pulak tempat orang. Dan paling tak best, MTR station dia tak children friendly sungguh. Terpaksalah Ekwan angkut stroller setiap kali turun naik tangga.

Tiket MTR dia agak mahal. Untuk perjalanan yang singkat. Dari Mongkok ke Tsim Tsa Shui yang setakat 3 station tu, HKD5.2 Apa je yang tak mahal kat Hong Kong ni. Bertabah je lah.

Nasib laki i gagah.

Bagus station MTR kat Hong Kong ni. Sangat memahami keperluan para pelancong. Dia sediakan map sebelum exit kat setiap station dia. Mungkin sebab dia ada banyak exit kan, setiap exit untuk setiap attraction yang berbeza. Bila ada peta macam ni, senang lah sikit. Takdelah nanti tersalah exit. Tak pasal-pasal kena berjalan jauh.

Meriah hiasan facade hotel ni. Terang benderang dengan lampu.

Shoe Symphony of Light bermula pukul 8pm. Tapi 7.30pm penuh dah orang kat area Tsim Tsa Shui waterfront tu. Semua carik viewing point yang paling menarik, Sampai-sampai tu dapat lah jugak tempat menarik tapi sementara menunggu tu, dengan budak-budak tu. Jangan haraplah nak duduk setempat kan. Sudahnya berjalanlah kami menyusuri waterfront tu. Ramai local peoples dia yang buat bisnes amik gambar. Tapi kitaorang tengok je lah, walau puas dipelawa. Mahal sangat pakej dia, sekeping gambar size 4R pun sampai KHD60. Takpelah, kitaorang amik gambar sendiri je.

Rasa macam tak berbaloi pulak tunggu lama-lama nak tengok show lampu dan laser ni. Tengok kat web macam menarik sungguh, tapi realitinya... Biasa sangat. Tapi bolehlah..

view from Tsim Tsa Shui Waterfront. Cantik je boat ni berlegar-legar

Balik tu ingat nak singgah makan tapi macam kenyang lagi. Kat kawasan Tsim Tsa Shui tu banyak je kedai makanan arab. Mahal dengan tidak je lah. So decide balik makan sandwich ngan Berahim kat bilik je. Jimat. Nasib anak-anak aku jenis tak pemakan sangat. Dapat susu dah cukup. Bagi derang biskut dengan sandwich pun dah cukup. Malam tu tak sempat nak mandikan derang semula, dapat susu terus lelap. Penat sangat lah tu. Sorry anak-anak, berjalan dengan ibu abah, endurance level memang kena tinggi. Takpe, memang ibu nak korang tidur awal, Esok aktiviti kita full sepanjang hari.