Showing posts with label Hong Kong. Show all posts
Showing posts with label Hong Kong. Show all posts

05 January 2016

Hong Kong Adventure - Part 3

Hari Kedua.

Hari yang padat. Penuh aktiviti agent dah susun untuk kitaorang. Kitaorang diminta tunggu kat lobi hotel pukul 8am. Tapi seawal 6am aku dah bangun dan kejutkan semua orang. Sekarang ni nak bersiap 4 orang, sejam tak cukup. Dengan nak melayan 2 ketul tu mandi, nak bagi makan. Mana aku nak bersiap lagi. Maka, memang kena reserved 2 jam, kalau tak kelam-kelibut lah jawabnya. Lagipun Ekwan kena turun dulu. Nak pergi 7 Eleven beli stok biskut dengan roti untuk hari ni. Bawak anak kecik berjalan, macam tu lah, Makanan kena sentiasa ada dalam beg.

Eh macam wajib pulak kan setiap hari nak kena posing bawah signage hotel ni.

Hari ni dalam itinerary  adalah 1 day Hong Kong City Tour. Ikut hati macam malas nak ikut sebab nak pergi Ngong Ping 360, tapi Ekwan kata join je lah, Dah alang-alang free. Aku macam malas sebab tempat-tempat yang dia nak bawak tu macam kurang menarik je, Huhuhu,, Tapi join je lah. Best apa nak gi tengok temple, tengok fishing village kat Hong Kong. Sebab memang dah inclusive dalam pakej yang ditaja percuma, aku naik je lah bas yang dah datang amik kitaorang pagi tu.Tourist lain dalam group tu semua pergi breakfast dulu. Kitaorang tak join. Kitaorang je Muslim dalam group tu. So sementara derang breakfast, kitaorang pusing-pusing lah kawasan Tsim Tsa Shui tu.

Amik gambar depan bas, senang nanti nak carik balik bas.

Bas kat sana memang semua 2 tingkat, Tourist coach je yang setingkat.

Perjalanan diteruskan ke lokasi pertama iaitu Tin Hau Temple di Repulse Bay. Masa sampai tu beriya lah si Patrick tu explain macam-macam pasal segala jenis patung yang ada kat temple ni. Aku dengar lah jugak sikit-sikit pastu terus main kejar-kejar dengan Elma. Tapi ada satu patung tu katanya untuk sesiapa yang nak berdoa minta anak, Siap kalau nak anak lelaki, kau kena letak tangan kat kepala patung sebelah kanan sambil berdoa, Kalau nak anak perempuan, pegang patung yang sebelah dia. Ramai jugak couple yang melepaskan hajat, Memang banyak patung kat temple ni, dragon ada, lion, ikan,, segala binatang lah ada, Besar-besar pulak tu. Memang keje kitaorang bergambar je lah, Sementara tunggu yang lain selesai berdoa kan.

Setiap patung kat sini adalah tujuan dia kan nak berdoa untuk apa, tapi tak rajin aku nak amik tahu. Amik gambar je yang aku tahu.

Pintu masuk Tin Hau Temple, Repulse Bay
Ramai sungguh orang, Agaknya ni memang tempat wajib pergi kot kalau pergi thru agent, Eisya masa ni dah berlari entah ke mana. Orang ramai-ramai dia sesuka hati je tau. Puas tarbiah dia lepas tu, Tapi as usual sekejap je pahamnya.

Budak ni pun boleh tahan mood bergambar dia pagi tu, Macam-macam posing dia bagi.

Ibu, amik gambar Chacha dengan dragon ni..

Kau tengok, dengan selambanya dia duduk atas patung tu. Cepat-cepat aku suruh turun, tapi sempat jugak lah amik gambar dia dulu, 

Tourist lain sibuk berdoa, Aku bergambar lah, apa lagi.

Elma pun nak posing jugak. 


Rajin pulak kat Hong Kong ni laki akak ajak selfie. Sikit-sikit ajak amik gambar. Dah dia ajak, kenalah layan. 

Berlatar belakang kan Repulse Bay. Gambar kitaorang posing kat area ni derang print atas pinggan. Sekali dengan sekeping group photo size 6R. Sila bayar HKD220. Nak je aku cakap tak nak amik, tapi kesianlah pulak, Bayar je lah. Buat kenangan. Nasib baik gambar tu lawa. 

Dari Repulse Bay, kami ke Aberdeen Fishing Village pulak, Patrick kata boleh tengok perkampungan nelayan asal kat Hong Kong. Kalau nasib baik, boleh jumpa jugak bot nelayan yang jugak merupakan rumah derang. Kira tu yang paling tradiosnal lah tu. Permandangan kat kawasan ni memang best. Cantik, dengan bot-bot nelayan dia. Pastu boleh tengok rumah-rumah dia yang tinggi bebenor tu. Budak-budak pun seronok.


The awesome view. Berbaloi bayar HKD60 untuk Sampan Ride ni. Dapat tengok kawasan nelayan yang tersepit antara bandar.

Tempat bot-bot mewah parking, Kawasan ni juga merupakan tempat orang-orang kaya Hong Kong punya rumah. Flat-flat dia pun level kondo. Luas lah sikit, Kalau yang area Kowloon tu, 300sqft je Patrick kata. Aku duduk rumah 750sqft pun rasa sesak, camne lah duduk kat rumah sekecik tu. Tak pun, tu sebabnya orang dia macam tak reti balik rumah kot. Malam-,malam pun penuh lagi berjalan sana-sini. Balik rumah untuk tidur je.

Family photo at end of ride.

Dari Aberdeen Fishing Village pergi Wong Tai Sin Temple. Tapi aku tak turun pun sebab Elma tidur, Ekwan turun dengan Eisya je. Tu pun derang tak masuk dalam, amik gambar kat depan je. 

Eisya & Ekwan di entrance Wong Tai Sin Temple.
Pandai Eisya amik gambar, Start dari sini, asyiklah dia request nak amik kan gambar, Bagus jugak, Senang ibu abah nak gambar berdua lepas ni.

Dah tengahari ni kan, baru aku tersedar yang sebenarnya susu Elma tertinggal. Issk, camne lah boleh tertinggal. Aku rasa dah masukkan dah semua dalam beg. Mesti pagi tadi lepas bancuh susu dia lupa masukkan semula. Nasiblah dia tak mengamuk minta susu masa nak tidur tengahari tu. Tapi macamana nak teruskan perjalanan sampai ke petang, Mahu malam baru sampai ke hotel semula. Banyak lagi tempat persinggahan ni. So plannya, kalau jumpa 7 Eleven belikan susu kotak je lah. Nasib kat 7 Eleven Hong Kong ni ada susu kotak Dutch Lady tu.

Dari temple ni kami di bawa ke kedai emas dan kedai herba tradisional Hong Kong. Dalam itinerary kata pergi kilang buat barang kemas. Seronoklah jugak aku. Sekali dia bawak gi kedai emas. Isskk, rasa terpedaya, Dahlah mahal belaka, sudahnya aku duduk je lah tunggu orang lain selesai membeli. Kat kedai herba pun sama. Kalau aku tahu, aku duduk je dalam bas. Bagi Elma rehat dan tidur puas-puas. Dah lah lapar time ni. Nak makan je aku pikir.

Sementara tunggu Patrick hantar orang lain ke restaurant for lunch, Untuk kitaorang Patrick arrange kan kat satu kedai indian cuisine.

Masa ni kitaorang decide tak join tour petang tu sebab terpaksa balik ke hotel, Elma dah berkali-kali minta susu, Nampak botol je minta susu, Maka, terlepas lah peluang nak ke Cheung Chau Island, tak merasalah nak naik Star Ferry dan pusing-pusing bandar Hong Kong dengan open top bus dia. Takpelah takde rezeki, Sendiri cuai, Tak double check sebelum keluar. Sebab tak join tour petang, dapat lah makan dengan tenang.

Aku tak ingat dah apa nama kedai ni. Sebab masa sampai tu tak pikir apa dah, tahu nak makan je, Dia hidang apa pun aku tak amik tahu. Lapar sungguh gayanya kan. Mula-mula dia hantar isi ikan goreng tu as starter. Sedap. Budak-budak suka tapi sikit je makannya. Alahaii, kenapalah perut ibu tak macam korang. Tak reti lapar, ni sikit-sikit lapar. Kemudian dia hantar pulak kari daging, kuah dhal dengan sayur goreng tu. Dengan roti. Aku lapar nasi sebenarnya. Tapi makan je lah. Nasiblah kenyang makan roti je. Sebab lauk dia banyak kan.

Muka kenyang lepas makan dengan kos HKD120 seorang. Maka lunch kitaorang tengahari tu adalah HKD360. Nangis bila convert ke RM. Silap kitaorang gak. Patut tak payah suruh Patrick yang bawak, carik je sendiri. Sebab banyak je kot kedai halal area Tsim Tsa Shui tu. Tapi tadi dah lapar sangat kan. Biasalah orang lapar memang kurang bijak buat keputusan.

Dah kenyang, marilah kita balik. Sebelum tu on the way nak ke MTR station, singgah solat dulu kat Masjid Kowloon. Penat. Lagi-lagi time budak-budak dah letih. Derang kalau dah letih mulalah buat perangai. Eisya pun asyik nak berdukung, berebut stroller dengan Elma. Duduklah korang berdua dalam stroller tu. Bila sampai hotel, seronok betul rasa dapat baring. Budak-budak pun dapat susu terus tidur. Letih sungguh lah tu. Macamana lah kalau sambung berjalan lagi petang tu. Sebab aku tengok itinerary memang sampai ke malam lah aktiviti nyer.


Malam tu konon nak gi ronda-ronda Ladies Market. Depan hotel je pun, seberang jalan je. Tapi budak-budak ni boleh balun tidur tak bangun-bangun. Huhuhu.. Macam letih sangat je. Sedar, bagi susu.. Tidur semula. Alahai, sudahnya ibu duduk tepi tingkap hotel je lah. Ekwan keluar sorang gi carik fridge magnet kat Ladies Market. Bawak anak kecik berjalan macam ni lah. Takpe, memang next trip yang berjalan jauh gini, ibu tunggu Elma 5 tahun sekurangnya., Time tu Eisya dah 9 tahun, dah gagah sikit kot..

Next trip kena tunggu 2 ketul ni besar sikit. Barulah endurance level setara dengan ibu abah. Sementara tu bagi ibu simpan duit dulu, Places to visit ibu panjang list dia. Ada duit dengan tidak je.

29 December 2015

Hong Kong Adventure - Part 2

Oiitt, lama ni entry Hong Kong aku tertangguh. Banyak sangat entry selingan. Marilah kita sambung pengalaman kami sekeluarga ke Hong Kong. Sebelum terlalu lambat untuk dikongsi bersama.

Kami sampai MK Hotel, Mongkok dalam pukul 3 lebih. Dah makan-makan, dah rileks-rileks sikit, budak-budak dah tidur sikit. Mandikan derang dan siap-siap keluar semula. Tak kan nak rugikan masa yang ada. Sia-sia lah sampai awal kan. Plan nya malam tu nak ke area Tsim Tsa Shui. Nak pergi Avenue of Star pastu tengok Symphony of Light. Tapi boleh pulak Avenue of Stars tu tutup masa aku datang ni sebab tengah renovation. So, kita tengok lampu je lah. Berjalan lah kami ke stesen MTR yang berdekatan dengan hotel iaitu Mongkok Station. Tak jauh mana, dalam 10minit jalan kaki. Jalan kat tempat orang. 10 minit tu seronok je. Tengok bandar Mongkok tu. Tengok orang-orang dia. Tengok kedai-kedai dia.

Hong Kong memang terlalu padat bagi aku. Sesak.

Di kawasan berdekatan hotel.

Save location hotel dulu sebelum memulakan perjalanan, Senang nak carik jalan balik semula nanti.

Berhenti tepi tiang traffic light, amik gambar hanya boleh dilakukan bila bergelar pelancong di tempat orang. Sila jangan buat di tempat sendiri. Huru-hara tudung akak, laki tak tegur pun. Huhuhu...


Jalan tempat orang, stop amik gambar gini memang lumrah. Gambar gini wajib ada. Konon blend in dengan life local peoples. Memang meriahlah malam derang. Orang sentiasa ramai. Tapi jalan raya dia tak sibuk. Takde kereta sangat. Pedestrian walk dia yang busy, sentiasa ada orang.

Masa kat MTR station, terkial-kial jugak nak beli tiket. Nasiblah ada instruction dalam english. Pastu orang dia boleh communicate in inggeris. Tak terbayang aku kalau pergi tempat yang orang dia tak paham english. Menangis kot. Tak pun sentiasa kena bergantung harap kat google translator lah. Dan luckily, orang-orang Hong Kong yang kitaorang jumpa atau tegur semua baik belaka. Masa Ekwan terkial-kial nak beli tiket tu, ada sorang ni dengan baik hati tolong kitaorang belikan tiket guna mesin tu. Tapi dia nak cepat kot, tak sempat aku nak tanya nak turun tangga mana nak amik tren dia dah laju jalan. Nasib sempat cakap thank you. Dan terkial-kial lah semula nak carik jalan ke tren. Banyak sangat okay tangga dia. Ada 4 kat atas ni, pastu kat bawah pecah lagi. Kat KL Sentral yang ada 2 laluan tu je pun aku penah silap jalan, inikan pulak tempat orang. Dan paling tak best, MTR station dia tak children friendly sungguh. Terpaksalah Ekwan angkut stroller setiap kali turun naik tangga.

Tiket MTR dia agak mahal. Untuk perjalanan yang singkat. Dari Mongkok ke Tsim Tsa Shui yang setakat 3 station tu, HKD5.2 Apa je yang tak mahal kat Hong Kong ni. Bertabah je lah.

Nasib laki i gagah.

Bagus station MTR kat Hong Kong ni. Sangat memahami keperluan para pelancong. Dia sediakan map sebelum exit kat setiap station dia. Mungkin sebab dia ada banyak exit kan, setiap exit untuk setiap attraction yang berbeza. Bila ada peta macam ni, senang lah sikit. Takdelah nanti tersalah exit. Tak pasal-pasal kena berjalan jauh.

Meriah hiasan facade hotel ni. Terang benderang dengan lampu.

Shoe Symphony of Light bermula pukul 8pm. Tapi 7.30pm penuh dah orang kat area Tsim Tsa Shui waterfront tu. Semua carik viewing point yang paling menarik, Sampai-sampai tu dapat lah jugak tempat menarik tapi sementara menunggu tu, dengan budak-budak tu. Jangan haraplah nak duduk setempat kan. Sudahnya berjalanlah kami menyusuri waterfront tu. Ramai local peoples dia yang buat bisnes amik gambar. Tapi kitaorang tengok je lah, walau puas dipelawa. Mahal sangat pakej dia, sekeping gambar size 4R pun sampai KHD60. Takpelah, kitaorang amik gambar sendiri je.

Rasa macam tak berbaloi pulak tunggu lama-lama nak tengok show lampu dan laser ni. Tengok kat web macam menarik sungguh, tapi realitinya... Biasa sangat. Tapi bolehlah..

view from Tsim Tsa Shui Waterfront. Cantik je boat ni berlegar-legar

Balik tu ingat nak singgah makan tapi macam kenyang lagi. Kat kawasan Tsim Tsa Shui tu banyak je kedai makanan arab. Mahal dengan tidak je lah. So decide balik makan sandwich ngan Berahim kat bilik je. Jimat. Nasib anak-anak aku jenis tak pemakan sangat. Dapat susu dah cukup. Bagi derang biskut dengan sandwich pun dah cukup. Malam tu tak sempat nak mandikan derang semula, dapat susu terus lelap. Penat sangat lah tu. Sorry anak-anak, berjalan dengan ibu abah, endurance level memang kena tinggi. Takpe, memang ibu nak korang tidur awal, Esok aktiviti kita full sepanjang hari.

18 December 2015

Hong Kong Adventure: Part 1

Tarik nafas. Hembus. Marilah mulakan entry jalan-jalan ke Hong Kong. Asyik belek gambar je, draft entry nya tidak. Pagi ni, sementara ada kelapangan. Silalah update Dayu.

Entry dimulakan dengan gambar ni. Rasa macam over. Nak pergi 5 hari je pun tapi makanan penuh satu beg. Hahaha.. Akak takut kelaparan kat sana. Berjalan dengan budak kecik, tak tenang kalau derang meragam sebab lapar. Bawak je lah. Malaysia Airlines dah bagi 30kg, gunakan.

Flight 29 Nov 2015, pukul 9.15 am. Pukul 5 pagi aku dah bangun, mandikan budak-budak. Siap-siap amik wudhuk, azan je terus sembahyang. Pastu terus keluar rumah. Aku target paling lewat pukul 7 pagi aku dah sampai KLIA. Kami gerak dari Desa Pandan, sejam jugak tu. As usual, aku booking teksi guna MyTeksi. Risau jugak kalau tetiba takde teksi yang available pagi-pagi buta tu. Rezeki, urusan pagi tu dipermudahkan. Sekejap je dah ada driver yang respond kat order aku. 

Desa Pandan - KLIA : RM120 (Masa : 1 jam ++)

Sampai je KLIA, terus carik kaunter nak check-in luggage. Rimas aku bergerak dengan luggage bag 2,3 ketul ni. Tengok kat display board, flight kitaorang masih tak open lagi. Tapi masa tu lagi sejam lebih je lagi nak terbang. Tak kan tak bukak lagi. Bila tanya kat staff dia yang bertugas, dia kata dah boleh check-in kat kaunter B atau C. Terus lah tuju ke sana.. Sekali tengok, punyalah panjang barisan dia. Aku dah risau tak sempat makan je. Lapar dah ni. Tengah huru-hara melayan Elma, ada staff MAS datang suruh aku gi kat special handling counter untuk check-in. Wahhh, terus berbunga riang hati akak kau. Lagi seronok tengok kaunter kosong. Thanks to Elma and Eisya, sebab korang berdua dapat kita potong barisan. Jimat masa.

Tengah nak process untuk check-in tu, boleh adik kat kaunter tu cakap 'Puan, kami minta maaf, Flight ni penuhlah. Boleh tak puan depart petang, kami akan upgrade seat puan ke business class' Kau giler ke apa?? terus aku jawab 'Tak nak!! Nak terbang pagi ni gak!!' Issskk, tak kuasa aku nak buang masa kat airport ni berjam-jam. Dengan 2 ketul ni. Yang sekejap ni pun aku dah pening kepala. Tawaran tu tak cukup menarik bagi aku. Tak kira, aku nak masuk kapal terbang pagi ni jugak. Terus kitaorang di hantar ke kaunter khas. Kami diminta tunggu sebentar sementara officer tu usahakan untuk dapatkan kitaorang seat. Aku tanyalah jugak, macamana boleh full. Bukan tiket jual ikut capacity flight ke? Dia jawab gaya membebel salahkan budak ticketing. Lantak kome lah, akak tau akak nak terbang gi Hong Kong pagi ni jugak.

Dalam 15 minit gak aku tunggu. Akhirnya 'Okay puan, ada seat untuk family puan.. Mari saya check-in kan' Hah.. ada pun lagi seat. Yang tadi kata full apa kes? Takpelah, yang penting tak payah nak merugikan masa melanguk kat airport. Bila dah dapat boarding pass, lega dah rasa. Terus gi makan. Tak sedar diri, sebenarnya patut dah gerak ke pintu masuk dah. Dengan nak check imigresen lagi. Makan lah secara gelojoh. Hhhmm, inilah antara benda yang aku tak suka bab travel by air ni. Nak terbang pukul 9am, tapi dari pukul 5am dah kena kuar umah.

Dah sampai kat pintu berlepas, boleh pulak si Elma ni berak. Arrgghh, penatnya rasa pagi tu. Berlari-larilah aku gi tukar diaper dia dulu. Keluar je toilrt, terus dengar announcement suruh masuk kapal terbang..  

Happy kid. Nasib baik pagi tadi senang nak bangun mandi.

Budak yang buat mak dia rasa flight 4 jam macam 8 jam. 

Ini adalah penerbangan pertama Elma. Dan kali pertama Eisya terbang dengan Malaysia Airlines. Eisya seronok sangat sebab ada skrin boleh tengok movie. Maka senanglah mengurus dia sepanjang 4 jam tu. Bagi makanan, pakaikan headphone, bukak cerita Minion, setel. Sesekali lah, tetiba 'Ibu, Chacha nak kencing lah' Huhu, itu sila berurusan dengan abah awak. Ibu jaga Elma. Tapi kan, kalau ada rezeki, kita terbang lagi. Ibu nak amik jaga awaklah, biar abah jaga Elma. Huhu, handle budak kecik tu. Rasa macam habis tenaga aku. Dia nak berdiri je, tengok orang belakang. Jap lagi dia tegur orang depan pulak. Tarik console controller tu, ketuk-ketuk skrin.

Walaupun penat, adatlah beranak kecik. Dia bukan paham apa. Nak tinggal, tak sampai hati. Bawak sama, layan aje lah. Tujuan berjalan pun nak bagi anak-anak happy kan. Dah tu, jangan nak merungut macam-macam. 

Ohhh, Elma sempat membuang sekali lagi dalam kapal terbang.

Dan dia akhirnya tidur jugak sejam sebelum tiba ke Hong Kong. Dapatlah akak berehat sekejap. Jeles aku tengok Ekwan sedap tidur. Masa nak landing Elma terjaga masa nak pakaikan dia safety belt. Terjaga tak puas tidur, terus cranky. Arrggh, tetiba stress mak kau. Bila dah dapat keluar dari kapal terbang terus rasa lega. 4 jam duduk bersempit, sesak.

Naik bas je transfer ke main terminal. Kira KLIA hebatlah, transfer naik train.

Rasa pelik lak bila ada bas berlegar-legar kat area taxiway ni.

Gambar gegar tapi nak juga letak. Tak kira. Sebab ni je gambar yang ada masa kat airport. Tengah sibuk-sibuk, kau tak terfikir dah nak amik gambar. Dengan 2 ketul ni tak berlari sana-sini.

Lepas amik bag, terus gi isi declaration form. Aku pilih nothing to declare, sebab dia macam fokus kat arak, ubat-ubatan dan daging fresh. Aku takde semua tu. Dan dengan penuh yakin nyer kami berjalan keluar kat pintu warna hijau. Hati ni berdegup jugak, risau tetiba kena tahan dan imigresen dia check details. Tapi tengok kitaorang dengan anak-anak ni, takde gaya penyeludup kot. Maka, lepas lah kami dengan jayanya. Kastam dengan imigresen dia pun agak friendly bagi aku. Orang asyik kata depa garang dan tegas, tapi aku tengok dia siap boleh senyum-senyum lagi kat Elma. Officer kat KLIA lagi kelat muka. Aku bagi salam pun, dia jawab dalam hati je kot.

Sampai kat Arrival Hall, terus tuju ke Tourist Pick-up area kat Exit B. Dalam itinerary, agent dari Hong Kong akan tunggu kami di sana. Puas aku carik flag atau board 'Carry On' tapi takde pun. Huhuhu, memang kami agak lewat. Tapi tak kan dah kena tinggal kot. Sementara Ekwan try call agent tu, tetiba aku nampak ada sorang laki bawak cardboard 'Carry On' Terus aku pergi approach dia. Dia kata dia pergi minum tadi sementara tunggu kitaorang.

Okay, selesai masalah. Jom kita naik bas ke hotel.

Sepanjang 5 hari kami di Hong Kong, kami diuruskan oleh travel agent. Nak bergerak ke semua tempat yang tersenarai dalam itinerary, agent yang akan uruskan. Macam senanglah sikit. Dalam perjalanan dari Hong Kong International Airport ke hotel, dapatlah perhati keadaan kat Hong Kong ni, Rasa takjub dengan bangunan-bangunan dia. Memang mencakar langit sungguh. Tinggi-tinggi weh, 

Seriau aku tengok, bangunan kurus je tapi tinggi sampai 60 tingkat. Yang duduk kat atas tu, mesti gayat kan. Ke derang tak rasa apa?

Akhirnya, jam 4 petang baru dapat baringkan badan. Nikmat sungguh rasa dapat baring atas tilam. Biar bilik tu sempit, tapi tak peduli dah. Asal boleh baring, boleh tidur aku dah syukur. Sepanjang 3 hari kami ditempatkan di MK Hotel. Seminggu sebelum bertolak, agent kat Malaysia kata kami duduk kat MK Hotel. Ingatkan duduk kat Panda Hotel. Aku malas nak tanya details, duduk je lah. Details pasal hotel ni aku review kemudian ye.

MK Hotel, Mongkok.

Kami duduk kat sini 3 hari ni.

Di kawasan hadapan hotel. 

Okay, cukup part 1. Nanti akak kumpul gambar untuk part 2 pulak. Ada berapa part, akak pun tak pasti. Kalau tak muak, baca. Rasa muak, skip dulu. Nanti datang semula baca. Baca tetap kena baca, penat tau akak taip. Kenalah korang baca.