18 December 2015

Hong Kong Adventure: Part 1

Tarik nafas. Hembus. Marilah mulakan entry jalan-jalan ke Hong Kong. Asyik belek gambar je, draft entry nya tidak. Pagi ni, sementara ada kelapangan. Silalah update Dayu.

Entry dimulakan dengan gambar ni. Rasa macam over. Nak pergi 5 hari je pun tapi makanan penuh satu beg. Hahaha.. Akak takut kelaparan kat sana. Berjalan dengan budak kecik, tak tenang kalau derang meragam sebab lapar. Bawak je lah. Malaysia Airlines dah bagi 30kg, gunakan.

Flight 29 Nov 2015, pukul 9.15 am. Pukul 5 pagi aku dah bangun, mandikan budak-budak. Siap-siap amik wudhuk, azan je terus sembahyang. Pastu terus keluar rumah. Aku target paling lewat pukul 7 pagi aku dah sampai KLIA. Kami gerak dari Desa Pandan, sejam jugak tu. As usual, aku booking teksi guna MyTeksi. Risau jugak kalau tetiba takde teksi yang available pagi-pagi buta tu. Rezeki, urusan pagi tu dipermudahkan. Sekejap je dah ada driver yang respond kat order aku. 

Desa Pandan - KLIA : RM120 (Masa : 1 jam ++)

Sampai je KLIA, terus carik kaunter nak check-in luggage. Rimas aku bergerak dengan luggage bag 2,3 ketul ni. Tengok kat display board, flight kitaorang masih tak open lagi. Tapi masa tu lagi sejam lebih je lagi nak terbang. Tak kan tak bukak lagi. Bila tanya kat staff dia yang bertugas, dia kata dah boleh check-in kat kaunter B atau C. Terus lah tuju ke sana.. Sekali tengok, punyalah panjang barisan dia. Aku dah risau tak sempat makan je. Lapar dah ni. Tengah huru-hara melayan Elma, ada staff MAS datang suruh aku gi kat special handling counter untuk check-in. Wahhh, terus berbunga riang hati akak kau. Lagi seronok tengok kaunter kosong. Thanks to Elma and Eisya, sebab korang berdua dapat kita potong barisan. Jimat masa.

Tengah nak process untuk check-in tu, boleh adik kat kaunter tu cakap 'Puan, kami minta maaf, Flight ni penuhlah. Boleh tak puan depart petang, kami akan upgrade seat puan ke business class' Kau giler ke apa?? terus aku jawab 'Tak nak!! Nak terbang pagi ni gak!!' Issskk, tak kuasa aku nak buang masa kat airport ni berjam-jam. Dengan 2 ketul ni. Yang sekejap ni pun aku dah pening kepala. Tawaran tu tak cukup menarik bagi aku. Tak kira, aku nak masuk kapal terbang pagi ni jugak. Terus kitaorang di hantar ke kaunter khas. Kami diminta tunggu sebentar sementara officer tu usahakan untuk dapatkan kitaorang seat. Aku tanyalah jugak, macamana boleh full. Bukan tiket jual ikut capacity flight ke? Dia jawab gaya membebel salahkan budak ticketing. Lantak kome lah, akak tau akak nak terbang gi Hong Kong pagi ni jugak.

Dalam 15 minit gak aku tunggu. Akhirnya 'Okay puan, ada seat untuk family puan.. Mari saya check-in kan' Hah.. ada pun lagi seat. Yang tadi kata full apa kes? Takpelah, yang penting tak payah nak merugikan masa melanguk kat airport. Bila dah dapat boarding pass, lega dah rasa. Terus gi makan. Tak sedar diri, sebenarnya patut dah gerak ke pintu masuk dah. Dengan nak check imigresen lagi. Makan lah secara gelojoh. Hhhmm, inilah antara benda yang aku tak suka bab travel by air ni. Nak terbang pukul 9am, tapi dari pukul 5am dah kena kuar umah.

Dah sampai kat pintu berlepas, boleh pulak si Elma ni berak. Arrgghh, penatnya rasa pagi tu. Berlari-larilah aku gi tukar diaper dia dulu. Keluar je toilrt, terus dengar announcement suruh masuk kapal terbang..  

Happy kid. Nasib baik pagi tadi senang nak bangun mandi.

Budak yang buat mak dia rasa flight 4 jam macam 8 jam. 

Ini adalah penerbangan pertama Elma. Dan kali pertama Eisya terbang dengan Malaysia Airlines. Eisya seronok sangat sebab ada skrin boleh tengok movie. Maka senanglah mengurus dia sepanjang 4 jam tu. Bagi makanan, pakaikan headphone, bukak cerita Minion, setel. Sesekali lah, tetiba 'Ibu, Chacha nak kencing lah' Huhu, itu sila berurusan dengan abah awak. Ibu jaga Elma. Tapi kan, kalau ada rezeki, kita terbang lagi. Ibu nak amik jaga awaklah, biar abah jaga Elma. Huhu, handle budak kecik tu. Rasa macam habis tenaga aku. Dia nak berdiri je, tengok orang belakang. Jap lagi dia tegur orang depan pulak. Tarik console controller tu, ketuk-ketuk skrin.

Walaupun penat, adatlah beranak kecik. Dia bukan paham apa. Nak tinggal, tak sampai hati. Bawak sama, layan aje lah. Tujuan berjalan pun nak bagi anak-anak happy kan. Dah tu, jangan nak merungut macam-macam. 

Ohhh, Elma sempat membuang sekali lagi dalam kapal terbang.

Dan dia akhirnya tidur jugak sejam sebelum tiba ke Hong Kong. Dapatlah akak berehat sekejap. Jeles aku tengok Ekwan sedap tidur. Masa nak landing Elma terjaga masa nak pakaikan dia safety belt. Terjaga tak puas tidur, terus cranky. Arrggh, tetiba stress mak kau. Bila dah dapat keluar dari kapal terbang terus rasa lega. 4 jam duduk bersempit, sesak.

Naik bas je transfer ke main terminal. Kira KLIA hebatlah, transfer naik train.

Rasa pelik lak bila ada bas berlegar-legar kat area taxiway ni.

Gambar gegar tapi nak juga letak. Tak kira. Sebab ni je gambar yang ada masa kat airport. Tengah sibuk-sibuk, kau tak terfikir dah nak amik gambar. Dengan 2 ketul ni tak berlari sana-sini.

Lepas amik bag, terus gi isi declaration form. Aku pilih nothing to declare, sebab dia macam fokus kat arak, ubat-ubatan dan daging fresh. Aku takde semua tu. Dan dengan penuh yakin nyer kami berjalan keluar kat pintu warna hijau. Hati ni berdegup jugak, risau tetiba kena tahan dan imigresen dia check details. Tapi tengok kitaorang dengan anak-anak ni, takde gaya penyeludup kot. Maka, lepas lah kami dengan jayanya. Kastam dengan imigresen dia pun agak friendly bagi aku. Orang asyik kata depa garang dan tegas, tapi aku tengok dia siap boleh senyum-senyum lagi kat Elma. Officer kat KLIA lagi kelat muka. Aku bagi salam pun, dia jawab dalam hati je kot.

Sampai kat Arrival Hall, terus tuju ke Tourist Pick-up area kat Exit B. Dalam itinerary, agent dari Hong Kong akan tunggu kami di sana. Puas aku carik flag atau board 'Carry On' tapi takde pun. Huhuhu, memang kami agak lewat. Tapi tak kan dah kena tinggal kot. Sementara Ekwan try call agent tu, tetiba aku nampak ada sorang laki bawak cardboard 'Carry On' Terus aku pergi approach dia. Dia kata dia pergi minum tadi sementara tunggu kitaorang.

Okay, selesai masalah. Jom kita naik bas ke hotel.

Sepanjang 5 hari kami di Hong Kong, kami diuruskan oleh travel agent. Nak bergerak ke semua tempat yang tersenarai dalam itinerary, agent yang akan uruskan. Macam senanglah sikit. Dalam perjalanan dari Hong Kong International Airport ke hotel, dapatlah perhati keadaan kat Hong Kong ni, Rasa takjub dengan bangunan-bangunan dia. Memang mencakar langit sungguh. Tinggi-tinggi weh, 

Seriau aku tengok, bangunan kurus je tapi tinggi sampai 60 tingkat. Yang duduk kat atas tu, mesti gayat kan. Ke derang tak rasa apa?

Akhirnya, jam 4 petang baru dapat baringkan badan. Nikmat sungguh rasa dapat baring atas tilam. Biar bilik tu sempit, tapi tak peduli dah. Asal boleh baring, boleh tidur aku dah syukur. Sepanjang 3 hari kami ditempatkan di MK Hotel. Seminggu sebelum bertolak, agent kat Malaysia kata kami duduk kat MK Hotel. Ingatkan duduk kat Panda Hotel. Aku malas nak tanya details, duduk je lah. Details pasal hotel ni aku review kemudian ye.

MK Hotel, Mongkok.

Kami duduk kat sini 3 hari ni.

Di kawasan hadapan hotel. 

Okay, cukup part 1. Nanti akak kumpul gambar untuk part 2 pulak. Ada berapa part, akak pun tak pasti. Kalau tak muak, baca. Rasa muak, skip dulu. Nanti datang semula baca. Baca tetap kena baca, penat tau akak taip. Kenalah korang baca.

5 comments:

  1. Dayu, kira hebatlah ni update lepas seminggu. kaksu lepas 2 bulan. HAHAHAHAH.
    lekas la update entry lain, nak baca jugak! kaksu tau perasaan bawak budak kecik mcm mana. cuma kalau nak pergi oversea, amek flight malam. budak confirm tido.

    ReplyDelete
  2. Bayar teksi RM120, takkan nak tunggu flight petang ye tak?
    Haha.

    Orang MLM siap approach suruh masuk MLM. Siap kata, bila masuk MLM, senang ada duit, boleh bawa travel luar negara.

    I jawab, duit bukan masalah utk travel luar negara (haha kan main belagak), tapi saya yang kurang sabar je nak menangani karenah anak time diorang kecil ni.

    Memang ya pun, travel dengan anak kecil ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi lahaii.

    ReplyDelete
  3. Salam..singgah petang...wahh..teruja menengok bangunan ngan stok makanan tu.. ;p

    ReplyDelete
  4. slm perkenalan.. saya pun baru ke hk bln 9 tahun lepas. masa nak blk tu, flight penuh, so mas offer hkd3000, stay di marriot hotel and food provided :) memang terus setuju je la kan hehe. tapi tu masa nak blk msia. kalau time baru nak pegi sana, memang panas hati gak..

    ReplyDelete