09 December 2015

Pengalaman Tak Terlupakan

Hong Kong sememangnya tempat yang aku tak sangka akan sampai. Tak pernah pasang impian nak ke sana. Sebab Hong Kong bagi aku sama je macam Kuala Lumpur. Aku tak minat sangat pergi ke bandar-bandar besar. Aku kan tak suka benda-benda sibuk, orang ramai-ramai.. Akak suka kan tempat yang tenang, tak bersesak-sesak. Pulau, Gunung, Hutan, itu memang tempat kegemaran aku. Tapi kalau dah namanya rezeki, peluang depan mata. Dapat pergi berjalan melihat tempat orang, percuma.. Gemar tak gemar, aku melonjak gembira je nak pergi.

Ye, lawatan 5 hari 4 malam kami sekeluarga ke Hong Kong adalah ditaja sepenuhnya. Alhamdullilah, rezeki anak-anak ni namanya. Percutian percuma ke Hong Kong ini adalah sempena kemenangan
grand prize pertandingan anjuran Friso. Memang tak sangka, hasil usaha submit gambar-gambar Eisya, akhirnya membawa kami 4 beranak ke Hong Kong. Rasa sungguh bertuah. Peluang sekali seumur hidup rasanya ni. Siapa yang tak gembira, semuanya ditanggung. Dari tiket flight, hotel sepanjang 4 malam, dapat pulak tiket masuk ke 2 taman tema kat Hong Kong tu. Tinggal sediakan duit makan sahaja. Aku sendiri macam tak percaya Friso sanggup sediakan hadiah sebegitu rupa.

Hadiah dah diterima seawal April 2015 dulu. Tapi saja kami pilih nak ke Hong Kong hujung tahun. Hajatnya nak merasa musim sejuk Hong Kong. Siap konon nak pergi time cuti Krismas lagi. Pastu tetiba baru sedar, kang pergi time tu.. Penuh pulak theme park dia, yelah time holiday kan. Maka decide pergi hujung November. Winter just started masa tu.

Dan ke Hong Kong lah kami pada 29 November 2015.

5 hari kat sana, sangat padat. Penuh aktiviti dari pagi sampai ke malam. Aku sebenarnya tak berapa suka aktiviti penuh macam ni. Penat. Kalau takde budak-budak, layan kan aje. Memang aku maksimumkan aktiviti. Tapi bila dengan anak-anak, 2 orang pulak tu. Adeeiihh, petang je rasa tak larat dah. Rasa nak balik hotel je tidur. Hahaha.. Luckily, Ekwan jenis penyabar dan rajin layan kerenah Eisya dan Elma. Cuba lah jugak bersabar kan sebab kenangkan kita ni bawak anak berjalan nak bagi dia happy, dah kalau kau asyik marah je. Apa gunanya kan.. Sesungguhnya trip kali memang mencabar, first time berjalan dengan Elma. Dengan 2 anak, penat dia pun 2 kali ganda.

feeling tourist sangat kan 2 beranak ni. tengah berjalan berhenti amik gambar.
depan hotel je pun sebenarnya ni

View from Aberdeen Fishing Village.
Bangunan kat Hong Kong super tinggi. Rapat-rapat. Takde tanah kosong langsung.

Hong Kong memang best, bandar maju. Orang sangat ramai. Serabut. Orang macam aku tak sesuai duduk kat sana. Bagi aku seminggu cukuplah. Barang kat sana sangat mahal. Mahal sungguh-sungguh. Bayangkan gula-gula pun sampai RM7 duit kita Makanan halal lagi lah. Memang super mahal. Duit kitaorang habis kat makanan je lah sepanjang kat sana. Tak payah lah nak bermimpi nak shopping. Memang aku tak pasang niat pun. Citygate Outlet tak singgah pun. Lalu tepi je masa on the way nak ke airport hari balik.

Kalau tanya 'Nak ke gi Hong Kong lagi?' Laju aku jawab 'Tak nak' Hahaha.. Tapi aku nak gi Disneyland lagi. Tak puas. Ekwan kata 'Kita gi Paris Disneyland eh.. Kumpul duit. Elma 5 tahun kita pergi' Wahhh... Impian kena tinggi!!

*gambar pun tak transfer lagi. ada 1000++ lebih semua. 

3 comments:

  1. Seronoknya ditajaa & kagum dengan ko Dayu sebab memang gigih masuk macam2 pertandingan. Tahniah!

    ReplyDelete
  2. syoknya boleh jalan-jalan ke tempat orang..

    ReplyDelete
  3. bestnyer bercuti... awwww jelesssss!!!

    ReplyDelete