20 July 2009

peristiwa pelbagai rasa

Mencari masa untuk buat entry baru, tp mcm takde masa. Hati pun mcm tak bape tenang, maka nak menulis pun mcm tiada mood *hati masih gusar*

Tapi aktiviti semalam bersama S&B adalah sgt menyeronokkan. Sampai ilang ingatan sekejap ngan masalah yang melanda. Bertemu dengan manusia2 paling banyak kerenah atas muka bumi pasti lah keje nak gelak je kan. Dah la dah lama tidak ketemuan, harus lah mulut masing2 tak reti nak tutup mulut.
Kami menjayakan acara yang telah dirancang dari awal tahun. Punyalah susah nak make sure smua org ada dan boleh join. Yelah, sorang kat UK, sorang kat Mina, kena lah tggu time derang cuti kan. Kena lah smua ada baru seronok tahap maksima infinity. Baru lah best nak buat perangai giler2 yang buat suami aku geleng kepala tgk bini dia tapi akhirnya dia join sekaki. Tapi ni pun,last minit ada yang tak dapat join. Keje kan, nak buat camne.

We called it S&B Grand Photoshoot. Heheheheh... nak gantikan gambar lama ini.

Sbb macam dah tak relevan nak gantung kat dinding umah masing2. Gambar ni dah taraf masuk album simpan elok2, tunggu masa tunjuk kat anak2 je. Sambil kata 'mak zaman anak dara comel kan?? tu yang bapak ko tergoda tu' Hahahahahah....
Nak tayang kat umum sgt dah tak sesuai. Time ni smua muda remaja, takde lemak berlebihan di sana sini. Masing-masing pun masih pegang status 'cik'. Sekarang almost smua dah jadik 'puan', dah gelek anak pun ada. Maka, sila lah update gambar anda ye...

uiiihhh nape dulu ko mcm putih terlebih dayu??

Setelah puan ummi upload gambar ni di FB, dan masing2 muncul dgn komen2 yang sgt membina, Pn Salwa selaku Yang Dipertua terus berusaha mem'booking en Fid untuk merakam aksi kami mengedik bersama. Kena carik photog yang handal, yang mampu mengawal 20 orang dewasa dan 2 orang makhluk kecil yang ligat dalam satu sesi. Kalau silap pilih, mau pengsan dia nanti. Kang tak sampai 10 shoots terus surrender kang. Hahahaha... tapi kan, kami ni senang la diuruskan. Pandai pulak mengikut arahan. Tu yang satu aksi sampai 10 shoots tu. Bagus kan kami..

Sesi Outdoor adalah sgt menyeksakan. Sangat terik. Tapi masing2 mcm steady je, peluh dah berliter kuar tapi rileks je pose sana, pose sini. Flip2 rambut..buat muka paling comel, gelak mcm org tak betul...tapi demi memastikan gambar yang terhasil adalah terbaik, masing2 sengih je dalam panas terik. Tak menyesal la Fid keje ngan kitaorg.. sbb sgt berdisiplin...

dalam perjalanan menuju ke lokasi pengambaran *mekap adalah hasil sentuhan sendiri, yg last minit buat sbb bgn lambat dan kena marah sbb tak membeli bulu mata palsu* rambut laki saya adalah cacat tapi sbb dia feeling ok, lantak kan je lah

sesi berusaha menimbulkan effect kurus yang rasanya macam gagal. ohhh, sgt la berpeluh kala ini...

suami saya kata 'kita cuba angle ni lak yang, nampak kurus tak awak' aku senyum je layan kan kehendak suami, tak ikut derhaka beb

arnab zuray yang amat mengiurkan. mahu je ramas2. owner dia kata nama dia 'banana' tapi dayu kata kat semua org 'panggil dia bugil' jgn tanya kenapa, sbb mcm suka

Hari adalah sgt panas. Dan kami semua sangat kehausan. Air adalah sgt didambakan. Tengok air tasik pun mcm sedap tapi kami masih normal, tak kan minum air tasik. Tahan je lah. Dengan mengharungi detik cemas bila Jong mula muntah2.. ohhh.. sgt merisaukan tapi kami masih juga maintain berposing. Ada sikit sifat tak bermanfaat di situ. Tapi bukan kami sengaja, sebab kami tahu dia ada suami yang terbaik, so biar suami dia yang uruskan rasa loya isteri dia tu.

Ohhh..Salwa si Puan Team Leadre sudah email few pictures disebalik tabir semalam. Sangat memahami lah dia ni.

sesi menampal muka dgn bedak agar nanti kelihatan 'wow' di dalam gambar

sebab mekap aku yg paling selenge, kena lah pastikan rambut aku paling best. tapi pa'a kata 'dayu, rambut ko dah mcm baru bgn tido je aku tgk' giler dengki dia ni tau..

kami dah sedia, sgt tidak sabar mahu beraksi ni. mana yg lain ni?? tak siap lagi ke?? *sedangkan sendiri yang lambat*


semua mempunyai sifat semulajadi seorang bapa... bagus.. practice make perfect guys. nanti bila tiba masanya tak payah nak diarah-arah kan..senang je bini kamu

Dan sesungguhnya semalam adalah yang terbaik. Dan lagi menjadi bertambah baik bila Min bagi hadiah kawin.. sangat suka. TQ Min, u mmg sgt bagus lah dlm memilih hadiah untuk kawan2.

selamat duit laki aku tak yah belikan bini dia perfume sampai taun depan. sgt best la bau paris hilton ni, rasa mau simpan dkny tu dan guna yg ini...

Fid kata bagi dia 3 hari untuk dia pass kami dvd raw pictures. Maka, weekend ni akan terima. Boleh pilih untuk dia edit dan print. Ohhh..sgt tak sabar lah... harus membeli frame dengan segera ni..

Sedikit ulasan mengenai Fid... ohhh, dia sgt profesional. Ko kena gigih memberi pose terbaik, selagi dia tak puas hati, sila la buat lagi dan lagi. Membuat aksi terlompat2 dengan 9 org di dalam satu shot.. bayangkan betapa susahnya nak dpt shot terbaik, tanpa seorang pun yg mencacatkan gambar. Maka, sila lah lompat lagi ye,walau dah 10 kali ko lompat. Jangan berani ingkar. Tu baru 9 org.. bayangkan sendiri.. 19 org beraksi untuk satu shot.. ko agak2 bape kali fid suruh kitaorg buat lagi.. tu yang sampai peluh berliter-liter tu.. ohhh, sgt berharap, hasilnya nanti akan jadik yang terbaik.

Caj?? Kira per hour, kami hire dia untuk 3 jam, tapi terlebih pakai jadik 5 jam lebih. Tapi kawan2, dia kata '3 jam dah lah' Sangat beruntung di situ. Kami ada 20 orang, dan seorang perlu bayar seorang rm35. Maka, jumlah penuh, sila kira sendiri. Dan itu hanya upah amik gambar saja ye. Print lain harga.

Ok..cukup.. nak gi photoshoot bersama BKJ lak di putrajaya. Bye..

Note: Kejadian penuh rasa ini berlaku pada 19 Julai 2009 di Shah Alam.

9 comments:

  1. fid fathir? hikss...die adalah kawan saye...oh..actually kawan kepada kawan baik saya...which makes him kawan saya la.. *sendri dah konfius ngan ayat ni* sangat jeles dgn rambut die..hiksss.. =))

    ReplyDelete
  2. wah..sgt best photoshoot dgn kwn2 ye

    ReplyDelete
  3. Bes la S&B dayu ni...semangat setia kawan.cam bole cilok idea nehh

    ReplyDelete
  4. amy:
    iye..fid fathir.. rambut dia?? jap,jap nak ingat camne rambut dia erk?? tapi mmg best keje sama dia

    dhila:
    u should did this with ur group
    it awesome babe...

    farah:
    iye..sila la buat bersma kawan2 anda
    sgt best..dan juga akan menjadi begitu bermakna

    ReplyDelete
  5. dayu : nie kwn uitm ke kwn since dr zaman sekolah? seronok kan sesekali dpt berkumpul :)

    ReplyDelete
  6. jap..jap..sbnrnye saya masih kurg dpt mengkp apa yg berlaku..sesii photoshoot er...

    tp rasa mmg happening ni...sonoknyaa...

    ReplyDelete
  7. oh! seronoknya dpt wat gini..kompem dah outcome sgt awesome!

    ReplyDelete
  8. hurmmm........nice blog...

    suka baca yg happy2 ni...

    ReplyDelete
  9. bestnye ade kawan2 yang giler2 suke amik gambar cam saya....kalo ade kawan2 sekepala camni baru havoc gambor2 tu kalo wat photoshoot kan dayu...,

    ReplyDelete