08 October 2009

nak jemput ke tak

Bulan November bakal menjelma.. kad jemputan pun dah mula kunjung tiba. Ramai yang akan naik pelamin November ni.

Dan ada sorang membe ni, entah macam mana tengah borak2 ngan dia *online je pun* Dia tanya 'dulu ko jemput ke ex-bf ko masa ko kawin??' Hah, amik ko, soalan cepu mas dia bagi. Kan bagus kalau soalan tu tak relevan untuk dibagi kat dayu. Tapi nak buat camne, dulu saya kan agak gedik terlebih. Pastu sengal, perasan diri macam laku terlebih *yelah, dolu-dolu kita 52kg je tau* Tapi bila usia mula bertambah, otak mula bertindak tanpa terlalu mengikut kata hati. Barulah pandai nak membuat keputusan bijak. Pilihan yang dibuat pun pastilah yang terbaik.

Dan disebabkan kesengalan dan ketidakbijakan membuat keputusan pada suatu masa dulu telah mengakibatkan kewujudan mereka-mereka yang dikategorikan sebagai 'ex-bf' sebagaimana yang dimaksudkan oleh rakan saya di dalam soalannya di atas. Tapi biaslah kan, tu namanya pengalaman. Kalau tak buat silap, kita tak kan belajar pape. Samalah kes nya kat sini, kita sebenarnya dah jumpe org yang sesuai untuk kita, tapi hati masih degil, konon akan ada yang lebih baik dari dia. Sekali dapat yang lagi teruk.. padan muka *kata kat diri sendiri*

Arrgghhh sudah... kisah lama smua tu. Sudah pun dikesali.

Kembali kepada persoalan asal 'perlukan menjemput ex-bf kamu ke majlis bersejarah kamu itu??' And for me, jawapannya adalah 'tak payah' Lagi-lagi kalau ada urusan tak selesai antara kamu berdua. Kalau dulu tidak berpisah secara demokrasi. Ada perasaan tak puas hati dia terhadap kamu. Jangan carik masalah. Baik keluarkan nama dia dari senarai awal-awal. Sebelum dia buat majlis kamu huru-hara nanti. Tak terbayangkan beb...

Tapi itu kalau kamu ada masalah yang tak selesai lah. Kalau dulu kamu berpisah secara damai. Dua-dua pihak dah saling memaafkan dan menerima hakikat, tiada jodoh di antara kamu, dan menrima baik pengakhiran hubungan tu. Tak salah rasanya untuk menjemput. Walau belum tentu dia nak dtg, saksikan kamu cantik2 duduk atas pelamin ngan org lain. Agaknya kalau dia sudi datang pun, dia senyap2 je.

Hmmm..terserah lah. Kalau kamu rasa mengundang dia tidak akan mendatangkan masalah pada mana-mana pihak, teruskanlah niat tu. Takde sape rugi, tapi kalau ragu2, baik tak payah.Hubungan kamu dengan dia dah berakhir. Kamu dah jumpa pun orang akan hidup bersama kamu sampai ke hujung nyawa. Apa lagi mahu diambil pusing hal lama. Tinggalkan je lah.

Hidup baru yang akan ditempuhi akan lebih indah. Percaya lah.. dan akan lebih indah tanpa kehadiran unsur-unsur yang tak diingini..

21 comments:

  1. eemmm kalau saya kan dayu..saya jemput sbb kami x bermusuh...tapi kalau yang bermusuh...huhh!! lantak kau laa malas aku nk jemput..x gitu dayu?ekekekek

    kita ada dpt satu card wedding my bf punya ex.. punya lah jeles..dia ckp x tau la nkpi ke x...lagi pun dorg kawan sekolah.nk jeles pon dah x de maknanyaaa

    ReplyDelete
  2. hr tu jiha jemput, tp rasenye die tak dtg pon...tp mase majlis tu mang tak terpk langsung die ade dtg ke tak dtg ke.... yup pd yg ade selisih faham dolu2 baik tak payah jemput..die saket hati, kite tgk pon nanti saket hati

    ReplyDelete
  3. teringat kat acu sha yang jemput ex awek dtg, then ex awek tuh tolong maksu sha time mengandam, tolong bg bunga telur..tolong itu dan ini...yg best leh jd member ngan maksu sha.

    sangat jeles tgk mereka begitu. tp tuh macam dayu cakap, berpisah secara baik. that girl kena kawen awal dengan pilihan keluarga.

    manusia yang paling sha respect?
    that girl punya hubby yg tolong jaga anak sepanjang majlis!

    ReplyDelete
  4. betul2..

    klo akhirnya baik dan hubungan masih bagus.. ape salahnye.

    tapi.. klo akhirnya x bagus dan hubungan pun x ok.. ade yang xbetulnye.

    haik..ape nih ckp2 terbalik2 ;)

    ReplyDelete
  5. zuris jemput!
    atas kebenaran mr sharil lah
    tp,dia tak dtg pun
    frust kot
    ngegeee ;P

    ReplyDelete
  6. ye btol....

    kisah lama dah berakhir..buat apa nk dikenang..bukan krn dendam ke apa...tapi ..yg lama jgnlah dikenang kerana kisah baru lebih pnting untuk dicorakkan...

    ReplyDelete
  7. time maria dulu tak jemput pun dia..tp mak maria yg jemput family dia..sbb mak maria ngn family die dah mmg kenal..smp husband merajuk time tu..dia ingat maria yg gatal2 jemput..ish tak kuasa lah..

    ReplyDelete
  8. hehe..i dayu masa kawen ritu, nak contact ex-bf pun xtau cam ne. padahal umah selang bpe lorong je dari umah. hehe..sudahnya xjemput. sbb btl2 da lost contact. if not, nak jugak jemput die. ihiks!

    agaknya skrg ni ex-bf i tu pun xtau yg i da kawen. rasanya, xsalah kot jemput ex-bf if xde bermusuh n still kawan. but kalo bole bg impact yg teruk kat majlis kawen tu. baik toksah jemput. wat2 lupa je. huhu...

    ReplyDelete
  9. ha'ah sokong. tak yah la jempot. tak kurang apenye pon kalu tak jempot.

    ishhhh..

    ReplyDelete
  10. ha'ah sokong. tak yah la jempot. tak kurang apenye pon kalu tak jempot.

    ishhhh..

    ReplyDelete
  11. ermm nurul setuju cara dayu. better tak yah jemput. dah ada suami better tumpu kat suami right?

    ReplyDelete
  12. x tau lagi nak jemput ke tak..
    Tapi aritu bila dia tau dah tunang, dia siap happy lagi and pesan suh jemput. Siap bagi add umah lagi.

    Encik tunang kata jemputla..Lagipun exbf pun dah kawen ngan bestfriend dia yang me kenal. So maybe jemput kot.. :p

    ReplyDelete
  13. bagi phia pun tak payahlah...

    selepas putus pun phia tak berhubung langsung... rasa aman tau. hihi.

    ReplyDelete
  14. kalau amy lah, amy tak jemput kot. takut nampak muka dia, amy meroyan kat atas pelamin. hakhakhak...

    ReplyDelete
  15. ishk... tk paham btol...
    kejadahnye dorg2 ni nk jempot Ex? adoyai...

    *maybe sbb im not very good with my exs kut, tu yg mencik sgt*

    ReplyDelete
  16. huhuhuu
    kalau masih berbaik mmg boleh lah nak jemput
    lagi2 kalau dpt keizinan dr suami
    in my case
    awal2 lagi dia dak kata 'awak jgn nak jemput ex-ex awak eh'
    dah dia kata gitu
    lagi lah mmg tak berjemput
    dah lah mmg masih ada rasa tak puas hati dalam hati mereka2 tu
    baik jgn carik masalah

    ReplyDelete
  17. pd pendapat sy la kan...
    jika bergaduh cara baik, ada baiknya invite..tp klu sebaliknya tak perlulah.

    mcm sy, ex2 mmg fully lost contact.
    so, sy rasa mmg taknak invite..hehehe..

    klau future husband bg green light okla kan.. tp klu x, lupakan saja hasrat nk invite ex tu.

    apapun, terpulanglah pd individu tu smada nk invite atau x.. klu hubungan tu berakhir dgn baik, rasanya better invite. nak hadir atau tidak terpulang pada mereka. janji kite ikhlas invite kan..

    ReplyDelete
  18. dayu... kite jemput jugak die dtg aritu. tp die plak yg xnak dtg. ape kes? :P

    ReplyDelete
  19. ermm..takyah lah kan..dia hanya masa silam kita..cewah

    ReplyDelete
  20. betuk ckp cik Dayu ..

    klu masih ada
    "urusan tak selesai"
    tak payah la jemput

    ;) Dik ko terkenang kekasih lama ke

    ReplyDelete
  21. uuiihhh
    idak nyer nk terkenang
    tak bagus pun untk kesihatan luaran juga dalaman
    buat pe nak terkenang
    org kat depan mata ni sentiasa menarik perhatian
    takde masa nak pikir pasal org lain dah

    ReplyDelete