28 October 2009

tajuk pun tak tahu nak letak apa

Opis adalah sangat lengang. Macam dilanggar geroda. Semua org out-station. Bos gi Perlis. Bosan je rasa. Nak je gi masuk surau, balun tido sampai tengahari. Ni lah akibatnya kalau masuk tido awal sgt, dah terjaga awal. Tak pasal-pasal, pagi2 lagi mata dah layu je.

Hati rasa sayu je pagi ni ngadap surat khabar. Semalam dengar berita pasal perempuan yang bunuh anak sendiri kat Kelantan tu, hati menyumpah seranah lah gak. Siap kata 'giler pe bunuh anak sendiri???' Geram je rasa. Dah lah 2,3 hari lepas citer pasal pompuan yang sanggup cover line untuk laki yang dah bunuh anak dia sendiri. Yang ni lagi tak boleh diterima akal. Dia bagi lah segala macam alasan, tak kan ada sorang pun umat kat bumi ni boleh terima apa yang dia dah buat. Dalam kepala dok tanya-tanya 'takde perasaan apa pompuan ni??' Malas nak ulas lebih2, buat baran hati sendiri je.

Tapi bila baca, nape dia buat tu smua. Rasa macam bersalah lak semalam marah2 tak tentu pasal. Ada sebab nape dia buat semua tu, dia tertekan. Mesti dia dah tak boleh pikir rasional dah time tu. Orang dalam situasi mcm tu, tak pikir apa dah. Hmmm.. tekanan hidup mmg menyesakkan jiwa lah. Kes dia ni lagi kesian, dah lah hidup susah, ada suami pulak makin menambah beban. Bukan boleh jadik tempat bergantung harap, tempat nak bersandar ringankan serabut kepala otak. Makin sakit jiwa adalah. Memang malang sungguh nasib badan.

Tapi sekarang aku tengah fikir, apa lah nasib 5 orang anak-anak dia yang lain. Mak kat penjara. Ayah entah lesap ke mana. Atuk nenek nak ke bela? Takpe, rumah-rumah kebajikan mesti nak terima. Semoga mereka akan tabah jalani kehidupan. Bila kecik2 lagi dah dijamu dengan kisah2 yang begini, susah kita nak jangka bila besar nanti camne hidup dia. Tapi semua tu tak pasti, yang dididik elok dari kecik pun, belum tentu jadiknya kan..

Apa-apa pun, syukur aku masih ada kehidupan yang selesa. Biar tak mewah, tapi cukup segala. Dikelilingi insan-insan yang membahagiakan. Itu paling penting.

anak dara dan mak orang sedang mengambil angin di Japanese Tea Village. nak berangan pakai kimono, masing2 dah takde cash, layan bagi ikan makan je lah.. Gigih tak gigih lah panjat tangga2 nak naik atas ni.. ilang nafas jap..

habis rm10 mencuba nasib nak dpt kan benda ni. ternyata membazir. patutlah judi tu hukumnya haram. mmg tak mendatangkan faedah

binatang ni kata 'kacau gua nak tido lah minah ni, time mata gua layu gak lu nak amik gambar, tak macho siot'

Keje membuta je meow ni tau malam td, kenyang je perut trus naik sofa, balun tido. Sofa tu kira dah mcm tempat tido rasmi dia lah. Org dtg duduk sebelah je, jeling2 tak puas hati. erkk eleh, baru 2 hari dok sini dah nak berlagak eh ko.. aku letak dlm kotak kat belakang tu kang.. padan muka... Tapi sesungguhnya, selagi kami suami isteri tak masuk tido, lepas bebas lah dia ni dalam rumah.. dia cakar2 carpet, rileks je sound dia 'meow, jangan' -dah macam cakap kat anak sendiri pulak.. tp dia paham siot, terus dtg meleser kat kaki kita..gesel2 muka panjang dia tu.

Dan tak pasal-pasal rutin pagi bertambah, sebelum ni kena siapkan breakfast ringkas untuk diri sendiri dan suami, skrg kena sediakan makan minum dia ni sekali. Suami saya kata 'dah macam jaga anak la pulak yang' -kami dalam misi nak mengemukkan dia.

*nak balik kampung weekend ni, mana nak letak meow ni?? tak kan nak angkut sekali??

8 comments:

  1. btol kata ko dayu..tekanan..sbb tekanan bertindak x rasional..tapi aku x taulaa knpa smpi boleh bunuh anak..

    sbb tu kalo tensen baik istifar byk2..amik smyg..

    ko ni dh pra-ibu ni..dh ade kucin..jadi anak angkat

    ReplyDelete
  2. meow angkat..
    seronok gak ada dia ni,nasib baik laki aku rajin layan dia
    main2 ngan dia

    org yg boleh bunuh anak sendiri tu, otak dia letak kat kaki agaknya
    kena rasuk setan
    sampai tak boleh nak pikir

    ReplyDelete
  3. tuh ke kucing baru? comel je...

    btw, macam-macam kes skang nih. bunuh anak segala hal. menakutkan je..

    ReplyDelete
  4. cantiknya tempat yg ala2 jepun tu...

    ReplyDelete
  5. gileee ahh..ade meowww...super besttt...dia berak n kencing kt ner dayu?? ada sediakan pasir er...best dpt golek2 gentel2 kucing bila mahu...

    saya xleh..x de spe nk jaga...hik...

    ReplyDelete
  6. itu lah kucing kami
    nama dia, sebab takde idea nak bagi nama pe
    panggil je dia 'meow' hehehehe

    mula2 simpan dia dalam umah
    pasir untuk dia berak eknsing smua sediakan..tp dah ,asuk 2,3 hari, malas dahh
    letak je dia kat luar time gi keje ngan waktu malam

    dia sudah gemuk dan berat
    makan banyak la katakan..

    ReplyDelete
  7. btul2... tekanan bole buat kita xrasional.. sbb tu p'ting kita dekatkan diri ngn Allah..:):)

    hehe.. gumah MIL cikin pun ada meow.. selalu ckp2 ngn dorg.. + best bila dorang cm leh paham...;)

    ReplyDelete