06 April 2015

Moms of Malaysia Project - Drypers Malaysia

Parenting is lifetime learning process, orang kata. Dan setelah menjadi mak, aku akur dan setuju sangat dengan statement tu. Tak kiralah, 1st time mother ke, mother of 2 ke.. Selagi kau ada anak, selagi tu ada je benda baru nak kena belajar. Macam-macam cabaran yang muncul bila jadik mak ni. Yang tak terduga dek akal pun ada.  Setiap peringkat umur anak, lain cabaran dia. Dan setiap anak tu berbeza-beza. Aku yakin, korang mesti ada pengalaman yang tak kan korang lupakan bersama setiap anak. Betul tak? Dan pengalaman itu tidak semestinya yang indah belaka.

Aku selalu sayu setiap kali lepas aku marah-marah Eisya. Dia sekarang memang susah nak dengar arahan. Kalau suruh mandi tu, asyik lah berlengah. Nak tunggu aku terpekik-terlolong dulu baru nak bergerak. Kalau takde nak kejar masa ke apa, laratlah aku layankan. Tapi kalau dah lambat, orang lain semua dah siap.. tinggal dia je yang masam tak mandi lagi. Memang aku tarik je masuk bilik air. Mulalah menangis beriya macam kena pulas telinga. Sedangkan aku gertak je. Aku pun bukanlah jenis mak yang penyabar. Selalu je lost patience. Lagi-lagi kalau time aku penat, aku mengantuk.. budak-budak buat perangai. Memang senanglah aku mengamuk. Kadang kesian kat budak-budak ni.

Dan biasalah, bila dah selesai marah-marah, budak pun dah berhenti menangis.. Baru menyesal, rasa tak patut marah dia beriya macam tu. Elok-elok aku explain kat dia kenapa aku marah dia, bagitau aku tak suka nak marah-marah macam tu sebenarnya. Dia kenalah dengar dan buat apa aku suruh.. Puas explain nak bagi anak paham. Tapi budak tu rileks je macam takde apa. Selamba je datang duduk sebelah rangkul bahu aku sambil kata 'tu lah ibu tu..lain kali janganlah marah-marah Chacha' Alaahai anak kan, mudah memaafkan. Dan semudah itulah dia lupa pesanan aku, nanti buat lagi.

So, bila aku dapat tahu pasal Moms of Malaysia Projects oleh Drypers Malaysia. Aku terpanggil untuk turut serta. Sebab banyak moments antara aku dan Eisya serta Elma yang selama ini aku simpan untuk kenangan aku sahaja. Kongsi cerita pun, kongsi sesama rakan sebaya yang berada dalam situasi yang sama. Yang tak akan menilai aku sewenangnya, sebab mereka jugak lalui apa yang aku lalui. The only mother who will understand. 

Kisah yang aku kongsikan bersama Drypers Malaysia.

Drypers mencari detik dan kisah yang hanya dialami oleh ibu bapa sebenar. Detik yang dialami oleh ibu-ibu bersama anak-anak yang tidak dapat, yang eksklusif, yang sangat jarang dikongsi bersama orang lain. Marilah ramai-ramai sertai Moms of Malaysia Project anjuran Drypers ni. Apa yang perlu korang kena buat hanyalah:-

1. Private Message Drypers Malaysia kat Facebook.
Jawab 2 soalan ini:
1. Apakah detik-detik anda bersama anak yang tidak dapat dilupakan yang jarang dikongsi dengan orang lain"?
2. Beritahu kami detik istimewa harian yang telah anda kongsi dengan bayi anda baru-baru ini?

2.Attach sekali gambar korang dengan bayi anda. Bayi mestilah berumur 0-3 tahun. Sertakan sekali Nama penuh, Emel, Alamat dan tempat asal.

Drypers akan reply message korang untuk approve kan submission. Bila dah approve, gambar korang akan muncul kat gallery album. Dan kita tunggu je lah apa perancangan Drypers untuk Project Moms of Malaysia ni. Mungkin ada kempen-kempen akan datang yang Drypers nak lancarkan. Dia tengah kumpul maklumat lah ni. Nak buat poster ke. New pacckaging design ke.. *berangan muka kat plastik Drypers* Takde hadiah apa pun.. Saja suka-suka.. Alah, segala hal pasal mak-mak ni.. Takde ganjaran apa pun, seronok je nak share.

Dah, gi join sana.. nanti boleh sama-sama muka terpampang kat brochure Drypers *berangan lagi*

4 comments:

  1. mcm nk join je..tp kena tgk de xpic yg kualiti cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kriteria utama dia bukan gambar lah Ana. Try je..
      saje suka-suka..share pengalaman

      Delete
  2. Assalamualaikum kak dayu, berangan itu percuma. hehehehe

    ReplyDelete